Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, May 9, 2012

Raikan Sambutan Hari UMNO Dengan Semangat Perjuangan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru ahli-ahli UMNO yang berjumlah lebih 3.3 juta orang agar menghayati perjuangannya sempena ulang tahun yang ke 66 pada 11 Mei ini.

Katanya, UMNO telah lahir pada 11 Mei 1946 dan dengan usianya yang ke-66 tahun maka sewajarnya ahli-ahli UMNO akan terus memberikan semangat dan jiwa telus supaya memahami perjuangan UMNO yang sebenarnya.

“Kita telah pun berjaya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dan juga dapat membantu rakyat dalam segala keperluan-keperluan rakyat selama ini,” katanya.

Jelasnya, sambutan Hari UMNO yang telah pun bermula dengan Larian Bendera di tiap-tiap bahagian dan cawangan perlu dimeriahkan dengan kibaran bendera parti disemua kawasan.

“Saya menyeru semua bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan untuk mengibarkan bendera UMNO sepanjang bulan Mei ini.”

Dalam masa yang sama, beliau menyeru ahli-ahli UMNO termasuklah masyarakat pelbagai kaum agar dapat bersama-sama memeriahkan Stadium Bukit Jalil dengan acara kemuncak sambutan akan diadakan pada 11 Mei ini.

“Marilah kita sama-sama menghayati perjuangan UMNO dan kita perlu bersyukur kehadrat Allah SWT kerana parti kita telah pun menjangkau 66 tahun dengan terus gagah dan kukuh.”

No comments: