Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, April 9, 2012

Sejarah komunis di Selangor

Rahmat Serangan Jepun
Jepun menduduki Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora, Thailand, Patani dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya menduduki Kajang dan Kelang pada 11 Januari 1942.

Serangan Jepun 1941-1945 merupakan ' rahmat tersembunyi' kepada pergerakan komunis. Parti Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai MPAJA dapat senjata yang dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina menyebabkan komunis mendapat simpati daripada kaum Cina.

Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

Rejimen Menuntut Kemerdekaan yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah dibentuk di Selangor pada Mac 1942. ( First Independent Regiment ). Hampir keseluruhannya disertai oleh pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India , walaupun Bintang tiga bermaksud tiga kaum iaitu Melayu , Cina dan India. [...baca selanjutnya]

No comments: