Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, April 8, 2012

SEBAB MENYOKONG UMNO GERAI PERSATUAN IBU TUNGGAL DIROBOHKAN

Dengan rendah diri dan rendah hati penulis memberi ucapan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Shah Alam kerana membreri tahu kepada rakyat Malaysia tentang kezaliman Pakatan Rakyat Selangor .

Terima kasih juga kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat dengan laungan seperti anjing menyalak tetapi semuanya berhabok.

Terima Kasih Ahli Parlimen Shah Alam Kahlid Samad yang bersungguh-sungguh mempertahankan tindakkan untuk membina Kuil Hindu diseksyen 23 dengan alasan tapak kuil tersebut tanah kerajaan negeri.Agaknya dengan alasan itu atau vito yang diberi oleh rakyat pada pru 2008 semua memo yang dihantar untuk membantah pembinaan kuail tidak dijawab.

Apabila deretan kedai Persatuan Ibu Tunggal Shah Alam(PITSA) yang sudah oprasi dan yang dalam pembinaan diroboh oleh MBSA, tidak pula Khalid Samad melenting marah sebagaimana suaranya menuduh umno menghalang pembinaan Kuil Seksyen 23.

Kerana apa? Kerana pengerusi PITSA , Puan Hjh Horyatuani Abdullah adalah orang umno yang berjawatan sebagai ketua pergerakan wanita cawangan 18 Selatan(seksyen 18 Shah Alam)

“Senang cerita roboh kedai itu kerana yang berniaga disitu adalah orang umno..”

Andainya Pengerusi persatuan itu orang,PAS,PKR,DAP, yang berkedudukan setaraf dengan Puan Hjh Horyatuani Abdullah, sudah tentu mereka tidak menggunakan MBSA bagi memberi alasan seperti, “MBSA telah mengeluarkan NOTIS dibawah Akta Jalan,Parit dan bangunan kerana mendirikan binaan tanpa kebenaran dan dibawah Akta Perancangan Bandar dan Desa kerana berniaga tanpa kelulusan”

Jika BN melakukan perkara yang mungkin sama,sudah tentu akhbar ternakan dikandang babi MEGA Pakatan Rakyat Selangor akan menghebohkan bahawa “BN Zalimi Rakyat”dan berbagai lagi kata-kata yang kurang enak didengar.

Persatuan Ibu Tunggal Shah Alam membina deretan kedai itu diatas tanah anugerah Sultan bukanya anugrah mana-mana kepala otak pemimpin Pakatan Rakyat.

“Senang cakapnya,Bina kedai tersebut diatas tanah persatuan itu sendiri”

Apapun kebajikan yang dilaung selama ini hanyalah ciptaan Pakatan Rakyat hanyalah untuk melembukan rakyat Selangor.

Bagaimanapula dengan YB Yaakob Sapari ADUN Kota Anggerik yang begitu perihatin dan sanggup turun ke UP TOWN(Kompleks Muhibbah) seksyen 24 seawal pagi semasa seorang anggota PKR ditahan polis diatas sebab-sebab yang diketahui oleh ADUN itu sendiri .Pada malam kejadian itu peniaga UP Town mengalami kerugian besar (peristiwa itu ada kaitan dengan BERSIH 2.0) Yakoob Sapari tahu siapa yang ditahan polis.

Dalam hal PITSA ,Yakoob Sapari BERDENGKUR lena ,sebab apa?Sebab persatuan Ibu Tunggal yang diroboh kedainya adalah orang-orang umno…- shahalamkini

No comments: