Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, April 21, 2012

Blogger Pakatan Jangan Jadi Pembohong - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 21 Apr - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengecam tindakan blogger pembangkang yang memutarbelitkan fakta mengenai isu perolehan kereta perisai pacuan empat roda dan kereta perisai pertahanan buatan Malaysia, AV8 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Saya mahu mengingatkan blogger pembangkang terutamanya, tolong letakkan agenda keselamatan negara melebihi kepentingan agenda politik sempit anda," katanya.

Beliau mengulas mengenai salah laporan dan fakta beberapa blog pembangkang dalam isu pembelian kereta perisai pacuan empat roda dengan kereta perisai pertahanan buatan Malaysia, AV8.

Zahid Hamidi berkata kerajaan cukup teliti dalam menjalankan kajian terhadap pacuan empat roda (6x6) bagi kegunaan ATM untuk tugasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan. Begitu juga dengan rancangan pembangunan kereta perisai AV8 dengan 12 varian bernilai RM8 bilion adalah keluaran Malaysia adalah untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata mustahil untuk menunggu sehingga terlaksananya projek pembangunan AV8 yang memakan masa 15 tahun sedangkan keperluan ATM untuk tugasan di Lubnan amat penting bagi UNIFIL.

“Pasukan kita di Lubnan sangat memerlukan kereta perisai 6x6 ekoran kereta perisai sedia ada iaitu jenis Condor yang digunakan sejak 1980 tidak lagi sesuai.

Sumber - klpos

No comments: