Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, March 5, 2012

SAYA CABAR KERAJAAN SELANGOR SAMAN - NOH OMAR

KUALA SELANGOR, 4 Mac - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan Selangor mengambil tindakan saman ke atas beliau apabila mengatakan peningkatan simpanan tunai Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kepada RM114 juta hasil dari tindakan kerajaan negeri sewaktu dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

Beliau mempertahankan kenyataannya dengan berkata peningkatan tersebut berbanding RM8.3 juta pada tahun 2008 diperolehi hasil transaksi jual beli tanah PKPS di Sarawak ketika Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri.

"Ia bukannya daripada kecekapan pengurusan kerajaan pakatan pembangkang sekarang." kata Noh Omar.

"Saya bersedia disaman jika kerajaan Selangor berpendapat pendedahan itu tidak betul." Noh Omar mencabar kerajaan negeri Selangor sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor, semalam.

Beliau turut mencabar Menteri Besar Khalid Ibrahim untuk memberikan jawapan terhadap isu tersebut untuk menerangkan kepada rakyat bagaimana PKPS mampu mendapatkan wang sebanyak itu dalam tempoh tiga tahun.

Noh Omar turut menyindir Pakatan Rakyat bagaimana pembangkang mampu menjana wang sebanyak ini kerana beliau tidak sabar ingin belajar daripada kerajaan Selangor serta-merta.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mencabar kerajaan negeri mendedahkan sumber simpanan tunai PKPS yang meningkat kepada RM114 juta tahun lalu dan jangan mendabik dada bahawa kerajaan dibawah pimpinan PKR yang mengusahakan kenaikan simpanan tunai tersebut.

No comments: