Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, March 19, 2012

Beri tumpuan pengundi atas pagar

KL - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bekerja lebih kuat dengan memberi tumpuan terhadap kumpulan pengundi yang berada ‘di atas pagar’

Beliau berkata, kumpulan pengundi tersebut tidak harus diabaikan kerana sebahagian besar daripada mereka kini sedang membuat penilaian terhadap parti kerajaan dan pembangkang.

‘‘Walaupun kita tahu di mana kita boleh dapat sokongan dan kita tahu di mana pembangkang hendak dapat sokongan tetapi kita perlu ingat ada sebahagian besar yang belum membuat keputusan.’’

‘‘Mereka sedang menilai kelebihan dan kebaikan di kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan tetapi jangan kita abaikan peranan mereka, jadi usaha kita ialah turun padang dan pergi menemui mereka,’’ katanya dalam ucapan perasmian Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Muhyiddin berkata, usaha menemui kumpulan atas pagar perlu dilakukan segera kerana tempoh masa yang sudah terbatas.

‘‘Tempoh masa yang ada di hadapan kita tidak lama, apa pun keadaan kita tidak mempunyai banyak masa dan dalam tempoh terbatas ini banyak kerja yang kena kita buat,’’ katanya.

No comments: