Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, October 14, 2009

Wanita, Pemuda dan Puteri Umno mulakan perhimpunan agung

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama (dari kiri), Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin melaungkan 'Hidup Umno' pada majlis perasmian serentak perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini mengadakan perhimpunan agung masing-masing secara berasingan dan sekaligus memulakan perbincangan bagi pindaan perlembagaan parti itu, yang akan dibentangkan dalam satu Perhimpunan Agung Khas Umno esok.

Para perwakilan dijangka membincangkan cadangan pindaaan perlembagaan itu sewaktu mereka membahaskan usul ucapan dasar ketua pergerakan masing-masing.

Pindaan perlembagaan itu merupakan sebahagian daripada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden Umno untuk mentransformasi parti itu secara menyeluruh bagi membolehkannya kekal sebagai pilihan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Ketiga-tiga ketua sayap parti itu, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menyampaikan ucapan sulung mereka selepas peralihan kepimpinan pergerakan masing-masing pada Perhimpunan Agung Umno 2008, Mac lalu.

Perhimpunan Agung Wanita berlangsung di Dewan Merdeka, Pemuda di Dewan Tun Dr Ismail manakala Puteri di Dewan Tun Hussein Onn. Mesyuarat bermula pada pukul 8.30 pagi.

Seramai 795 perwakilan masing-masing menghadiri perhimpunan agung Wanita dan Pemuda manakala sejumlah 789 perwakilan mengambil bahagian dalam perhimpunan agung Puteri.

---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang