Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, August 7, 2009

Koroner lawat lokasi Teoh mati

Koroner Azmil Munthapa tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam, hari ini untuk meninjau tempat setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, ditemui mati. Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima plaza tersebut, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.