Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, July 14, 2009

Gambar Terkini PRK N41 Manek Urai [Ver.3] - Malaysiakini

CALON Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Man (kanan) dan calon Pas berhenti rehat sambil menikmati air kelapa yang dijamu wartawan berhampiran pusat mengundi SMK Laloh.

PENYOKONG Barisan Nasional (BN) dan Pas berbalas cakap di depan pusat pengundian SMK Laloh. Suasana hingar bingar bermula sejak pengundian.

Suasana pada pukul 12:15PM

Pemandangan dari atas jambatan hadapan Sek. Keb. Peria... kelihatan penyokong BN di sebelah kanan dan penyokong PAS di sebelah kiri jalan di mana tempat berlakunya perang botol dan batu sekejap tadi...

Gambar Terkini PRK N41 Manek Urai [Ver.2] - Malaysiakini














Gambar Terkini PRK N41 Manek Urai [Ver.1] - Malaysiakini

SUASANA proses pengundian di luar Sekolah Kebangsaan Peria, di DUN Manek Urai pagi tadi. Orang ramai keluar menunaikan hak mengundi sejak awal pagi untuk mengelakkan kesesakan.

PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meninjau pusat mengundi SK Peria yang agak tegang berikutan rasa tidak puas hati penyokong Pas dan BN berhubung kedudukan tempat mereka berkumpul. Beliau menyatakan rasa kecewa kerana parti terbabit tidak memastikan penyokong mereka mematuhi peraturan seperti yang dipersetujui.

Suasana di luar pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh.

WARGA emas, Semail Chik, 95, dibantu petugas SPR yang juga cucunya Mohd Fadil, 21, membuang undi di Sekolah Rendah Kebangsaan Karangan pada Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai.

PENGUNDI beratur menunggu giliran mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria, awal pagi tadi.

ORANG ramai beratur untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai di Sekolah Rendah Kebangsaan Karangan di Kuala Krai.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penerangan mengenai buletin Barisan Nasional oleh ketua penerangan Datuk Ahmad Maslan (kanan) semasa melawat jentera BN di Pusat Operasi BN, Manek Urai, Kuala Krai. Turut hadir Datuk Dr Awang Adek Hussien (kiri) dan Datuk Ramzi Abd Rahman.

Calon Pas meninjau pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria iaitu yang paling ramai dengan 2,019 pemilih berdaftar.

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melihat penduduk warga emas Lazim Mat Din 63, membuat pemeriksaan darah oleh Dr Ismadi Ismail, sambil diperhatikan Yusof Kancil 82 (kiri), selepas merasmikan pusat rawatan air GFS Kg Bukit Budu, Manek Urai, Kuala Krai.

PETUGAS jentera pilihanraya Barisan Nasional sibuk menyusun risalah untuk diedarkan kepada pengundi DUN Manek Urai di bilik gerakan Barisan Nasional Kg Sg Sok Luar, Kuala Krai.

CALON Barisan Nasional DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkempen menggunakan motosikal melintasi landasan keretapi untuk memasuki kampung di sekitar Manek Urai.

PERMULAAN ...Irawan Abd Razak memasang lampu isyarat sebagai memudahkan penduduk menggunakan jambatan di Kampung Manek Urai.

POSTER kempen yang diletakkan di sepanjang jalan di Manek Urai Baru.