Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, July 6, 2009

Info kawasan DUN Manek Urai - Malaysiakini

  • Penduduk seramai 31,000 (99 peratus Melayu).
  • Pemilih 12,292 orang - Temalir (960); Sungai Perial (2,021); Manek Urai Lama (1,917); Manek Urai Baru (1,088); Sungai Sok (987); Chuchoh Puteri (1,523); Lata Rek (1,086); Manjor (1,046) dan Laloh (1,664).
  • Sosial ekonomi penduduk - Pertanian - kelapa sawit, getah, buah-buahan dan berniaga.
  • Jalan perhubungan - Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Lumpur, Kuala Krai-Dabong dan kereta api Tumpat-Kuala Lumpur.
  • Pekan Utama - Laloh dan Manek Urai.
  • Perkembangan politik - 1969 (Pas); 1974 (BN); 1978 (Pas); 1982 (BN); 1986 (Pas); 1990 (Pas); 1995 (Pas); 1999 (Pas); 2004 (BN) dan 2008 (Pas).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12

Satu lawan satu BN Vs Pas di Manek Urai - Malaysiakini

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara calon BN dan Pas.

BN menampilkan bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, manakala Pas diwakili peniaga, Mohd Fauzi Abdullah.

Nama calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 11.10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu. Jika ada pertandingan pengundian akan dijalankan 14 Julai.

Gambar Terkini Penamaan Calon di Manek Urai - Malaysiakini


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di khemah menunggu sebelum berarak ke pusat penamaan calon.
Penyokong Pas berhimpun di pusat penamaan calon di Manek Urai, pagi ini.

Calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat (tengah) bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), ketika masuk ke tempat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sutlan Yahya Petra 1, Kuala Krai, pagi ini.
Calon PAS - Mohd Fauzi Abdullah, diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ke pusat penamaan calon pada kira-kira jam 8.10 pagi tadi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang di luar Pusat Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri N.41 Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (1) Kuala Krai Kelantan, pagi ini.
Shahidan Kassim berbual bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Khemah Pas.