Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, April 7, 2009

TERKINI GAMBAR & VIDEO PRK 7 APRIL 2009 (Versi 5) - Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KETUA Petugas SPR di Pusat mengundi SK Nanga Aup di Nanga Kumpang menyerahkan peti kertas undi kepada pembantu pilihan raya, Veronica Siah Ebau di pusat pengiraan undi N29 DUN Batang Air di Komplek Sukan Lubok Antu, hari ini.
MULA MENGUNDI...Seorang warga emas menjalankan tanggungjawabnya dengan mengundi di Sekolah Panglima Bukit Gantang.

Lintas langsung terkini PRK 7 April 2009 - Malaysiakini

Berikut adalah sumber dari Malaysiakini :

2.40pm Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 58.11 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

2.00pm Sebahagian besar pusat mengundi di Batang Ai telah ditutup, dan jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi.

Contohnya, di tiga daerah yang ramai pengundi - Sebangki, Mepi dan Batu Kaya - mereka keluar mengundi sejak awal pagi tadi dan dua jam sebelum pusat itu ditutup, jumlahnya mencecah lebih 70 peratus.

Ia dipercayai berkaitan dengan minat pengundi terhadap beberapa faktor termasuk pentingnya pilihanraya kecil DUN Batang Ai kepada PKR dan BN di Sarawak serta banyak isu-isu tempatan termasuk isu tanah adat.

Pemimpin PKR dan BN masing-masing menyuarakan keyakinan untuk menang.

1.50pm Laman web Mafrel mendakwa pemerhatinya, di sebuah sekolah, ternampak seorang wanita menukar pakaian untuk masuk semula membuang undi beberapa kali ke pusat tersebut.

Baca laporan lanjut.

1.45pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan, sebuah bas yang disyaki pembawa pengundi hantu menimbulkan suasana kecoh di luar SK Panglima Bukit Gantang kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Polis sedang mengawal keadaan di pusat pembuangan undi itu bagi parlimen Bukit Gantang. Hujan mula berhenti di banyak tempat dan jalan di sekitar Simpang mulai lengang.

Sementara itu, SPR menyatakan, kira-kira 50 peratus pengundi di Bukit Selambau telah memangkah calon masing-masing sehingga 1 tengah hari tadi.

1.17pm ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila bekas wakil rakyat PKR itu tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.

Bekas exco kerajaan Perak yang kini ADUN bebas bawah parlimen Bukit Gantang memberitahu Malaysiakini, bagaimanapun penyokong PKR hanya diam sahaja.

Beliau keluar dari tempat pengundian kira-kira jam 12. Tiada kekasaran fizikal dilakukan terhadapnya.

1.02pm Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang.

Hujan yang mulai turun dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

12.40pm Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata dilepaskan di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini, setakat ini.

Bagaimanapun, blogger Anil Netto menyiarkan rakaman video mengenai kejadian tersebut.

Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata beliau tidak mendapat maklumat itu dan akan menyemak perkembangan tersebut.

Tambahnya, semua pusat pembuangan undi berjalan lancar kecuali kesesakan lalulintas di banyak kawasan.

12.08pm Walaupun tiada sebarang kekecohan di SMK Aman Jaya di di Bukit Selambau, kira-kira 30 anggota polis termasuk 10 anggota unit pencegah rusuhan mengawal keadaan.

Sementara di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur dalam parlimen Bukit Gantang, lebih 35 peratus telah memilih calon masing-masing. Seramai 2,305 pemilih berdaftar di situ.

12.05pm Di DUN Bukit Selambau: Cif Inspektor Mohammad Shofee Tayib dari ibu pejabat polis daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa sebuah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" telah ditahan oleh penyokong pembangkang di Gurun, kira-kira 20 km dari Sungai Petani.

Katanya, bas tersebut ditahan pada kira-kira jam 10 pagi dan kini berada di balai polis Gurun. Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis tidak pasti sama ada penumpang bas itu penyokong atau pengundi.

Pihak polis sedang menyemak status mereka dengan senarai pengundi.

11.50am Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 40 peratus telah keluar mengundi di Bukit Selambau dan angka itu dijangka mencecah 50 peratus pada jam 1 tengahari.

11.46am Batang Ai Penulis blog Lina Soo melaporkan SPR memutuskan untuk membawa 14 daripada 26 peti undi melalui udara dan sungai ke pusat penjumlahan undi.

Ejen tempat mengundi calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan mengawasi peti-peti undi ini sewaktu ia diangkut.

Pemantau pilihanraya Mafrel berkata tindakan ini boleh membuka peluang berlakunya penyelewengan, sama ada peti undi hilang atau ditukarkan.

11.45am Cuaca di DUN Batang Ai terang. Di pusat pembuangan undi Mepi, dekat kawasan penempatan semula di empangan Batang Ai, kira-kira 290 daripada 437 pengundi (66 peratus) telah membuang undi jam 11 pagi.

Pusat ini akan ditutup jam 2 petang.

11.42am Menurut perangkaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10 pagi tadi, 17.7 peratus atau 9,849 pengundi di Bukit Gantang telah keluar membuat pilihan.

Sementara 21.92 peratus (7,700) pengundi DUN Bukit Selambau dan 32.41 peratus (2,581 orang) di DUN Batang Ai telah membuang undi.

Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian. Tiada maklumat terbaru di dua kawasan pilihanraya lain.

11.38am Masih ramai pengundi muda di DUN Bukit Selambau belum keluar membuang undi. Setakat ini, hanya 20 peratus berbuat demikian setakat jam 11 pagi, kata seorang ADUN PKR Sim Tze Tzin.

Wakil rakyat Pantai Jerejak, yang kini berada di kawasan pilihanraya tersebut, berkata PKR akan cuba mengajak lebih ramai pengundi muda - dipercayai cenderung menyokong parti itu - sewaktu makan tengah hari ini.

11.20am Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata jumlah pengundi yang keluar mengundi di pusat pengundian SJKC Simpang di Bukit Gantang mencecahkan 50 peratus selepas dua jam setengah pengundian berjalan.

Di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau, 32 peratus daripada 5,122 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

11.00am Penyokong BN dan PAS hampir bergaduh jika anggota polis pencegah rusuhan FRU lambat bertindak di luar SK Ayer Putih di Bukit Gantang.

Penyokong BN didakwa menggoncangkan dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin melawat pusat pembuangan undi tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi sehingga menghalangnya turun di situ.

Rasa tidak puas hati penyokong PAS mendorong mereka marah pada penyokong BN sehingga mencetuskan suasana tegang.

Beberapa puluh anggota FRU berjaya menyelamatkan keadaan dengan memisahkan dua kumpulan penyokong parti-parti tersebut.

TERKINI GAMBAR PRK 7 APRIL 2009 (Versi 4) - Malaysiakini








TERKINI GAMBAR PRK 7 APRIL 2009 (Versi 3) - Malaysiakini








KOLEKSI VIDEO TERHANGAT sepanjang kempen PRK - Malaysiakini




TERKINI GAMBAR PRK 7 APRIL 2009 (Versi 2) - Malaysiakini

GELAGAT perayu undi untuk menarik perhatian orang ramai berhadapan sekolah Rendah Aman Jaya di Sungai Petani

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan penyokong-penyokong Pas yang bertugas sebagai perayu undi ketika hadir meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih di Changkat Jering.

RAYU UNDI ... Seorang penyokong calon Bebas sanggup berdiri di atas sebuah kereta sambil menunjukkan gambar calon berkenaan iaitu Husaini Yaacop yang mahu meraih undi di Jalan Taman Ria Jaya di Sungai Petani, sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau hari ini.

SEORANG peraih undi memeriahkan suasana hari mengundi di SMK Simpang, bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang di Taiping hari ini.

PERAHU panjang menjadi pilihan utama pengundi di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai untuk ke pusat mengundi. Kelihatan perahu-perahu panjang membawa para pengundi tiba di jeti Sungai Engkelili di Lubok Antu.

CALON dari Pakatan Rakyat Bkt. Gantang DS Ir Nizar.

TERKINI GAMBAR PRK 7 APRIL 2009 (Versi 1) - Malaysiakini

KREATIF DAN MENARIK... antara bendera yang dipasang oleh penyokong Umno/BN bagi menghadapi PRK hari ini.

Muhyiddin (berbaju batik) berada bersama beberapa penyokong BN.

SEMAKAN SALURAN MENGUNDI..Pengundi menyemak kedudukan saluran mengundi di kaunter SPR di Sekolah Panglima Bukit Gantang.

KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan keluar mengundi.Tidak ketinggalan penyokong Pas turut serta berkonvoi menuju ke tempat membuang undi.

PERAIH UNDI dan penyokong Barisan Nasional mula berkumpul di tepi jalan menuju ke tempat pembuangan undi di kasawan Parlimen Bukit Gantang.

Nizar mengangkat tangan kepada penyokong (berada ditengah) gerombolan manusia.

KRONOLOGI SUASANA PILIHAN RAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU - Malaysiakini

10.25 PAGI : Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari.

Beliau yang melawat pusat mengundi di SRJK (T) Ladang Perbadanan Kedah di sini berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian setakat ini.

10 PAGI : Jalan ke beberapa pusat mengundi di sekitar Sg Petani seak berikutan para pengundi yang keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Di beberapa pusat pengundian di sini, hanya perayu undi bagi parti BN dan PKR yang kelihatan.

Sementara perayu undi bagi calon Bebas tidak kelihatan.

9.35 PAGI : Calon Bebas, T. Chandrarajan bersama-sama isterinya, M.Sugunadewi membuang undi di SM Teknik Sg Petani.

8.30 PAGI : calon PKR, S. Manikumar membuang undi di SMK Aman Jaya. Dia hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya.

8.20 PAGI : Calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan Datin R. Vatsala membuang undi di SRJK (T) Ladang Perbadanan.

Beliau turut diiringi dengan beberapa penyokong ketika menuju ke tempat membuang undi pagi tadi.

8.00 PAGI : Proses pembuangan undi bermula. Sebanyak 64 saluran di 22 pusat mengundi dibuka serentak dan akan ditutup pada pukul 5 petang.

Hanya 3 calon daripada 15 calon bertanding merupakan pengundi berdaftar di DUN Bukit Selambau iaitu Datuk S.Ganesan (BN), S. Manikumar (PKR), dan T. Chandrarajan (Bebas).

Ganesan akan mengundi pada pukul 8 pagi di SRJK (T) Ladang Perbadanan. Sementara Manikumar akan membuang undi pada pukul 8:30 pagi di SMK Aman Jaya dan Chandrarajan dijangka mengundi pada pukul 9 pagi di SM Teknik Sg Petani.

KRONOLOGI SUASANA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG - Malaysiakini

10.00 PAGI : Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Misalnya, peratusan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih.

9.50 PAGI : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih dan Sekolah Kebangsaan Simpang.

9.45 PAGI : Cuaca terang. Proses pengundia berlajan lancar. Kesesakan lumpuhkan sebahagian kawasan Bukit Gantang.

9.20 PAGI : Wujud sedikit ketegangan di SK Panglima Bukit Gantang.

9.05 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

9.00 PAGI : Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang.

7.55 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian berkumpul di rumah Ketua Umno Bahagian, adakan doa selamat sebelum bertolak untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang.

7.35 PAGI : Calon Pas, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas Pas, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.

Pusat pengundian pertama dikunjungi ialah Sekolah Menengah Aur Air Kuning.