Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, March 26, 2009

Video ucapan sulong KP UMNO Malaysia yang baru - Malaysiakini

PEMUDA SETIAKAWAN

GAMBAR SEKITAR KEMENANGAN KHAIRY - Malaysiakini











Pengundian pemilihan Umno selesai, keputusan dijangka 10 malam - Malaysiakini

PROSES PENGUNDIAN BERMULA...Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuang undi bagi memilih ahli pimpinan Majls Tertinggi Umno sesi 2009-2011.
Proses pengundian bagi memilih barisan pimpinan Majlis Tertinggi (MT) Umno telah berakhir kira-kira 3:45 petang tadi.

Proses pengiraan undi akan bermula pada bila-bila masa sahaja.

Bagiamanapun keputusan penuh dijangka akan diketahui menjelang pukul 10 malam ini.
KEMPEN SAAT AKHIR...Pelbagai cara dilakukan oleh penyokong-penyokong calon untuk menarik sokongan perwakilan untuk mengundi calon masing-masing..
Sementara itu, pada sebelah pagi tadi kempen pada saat-saat terakhir sebelum para perwakilan Perhimpunan Agung Umno memilih barisan pimpinan MT terus mewarnai suasana sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seawal pukul 7 pagi para peraih undi dan penyokong calon-calon yang bertanding berkumpul dan berbaris di sepanjang laluan masuk ke PWTC mengedarkan risalah dan kad yang tertera nombor calon-calon.

Mencuri perhatian, penyokong kepada calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar tampil dengan memakai topeng wajah beliau.

Menerusi kaedah kempen sedemikian, Syed Hamid yang memegang nombor pencalonan '05' dilihat seolah-olah berada di mana-mana.

Penyokong bagi calon-calon juga tidak ketinggalan dengan cara kempen masing-masing sama ada dengan menyanyi mahupuan sorakan secara berkumulan.

Pada pemilihan kali ini tumpuan pastinya diberikan kepada dua jawatan utama yang menyaksikan pertandingan sengit iaitu bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib selepas Lembaga Disiplin Umno membatalkan penyertaan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali didapati bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli Umno melibatkan politik wang.

Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden, seramai lapan orang yang betanding bagi jawatan berkenaan.

Mereka ialah Datuk Seri Hinshammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Tan Sri Mohd Isa Samad, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Bagi jawatan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menang tanpa bertanding apabila Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan.

Keputusan Penuh Sayap UMNO - Malaysiakini

Berikut senarai lengkap pemegang jawatan utama tiga pergerakan Umno bersama jumlah undi yang diperolehi masing-masing seperti diumumkan malam ini.

PEMUDA


Pengerusi tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)

Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)

Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)

Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)

Ahli jawatankuasa
Mohamed Suffian Awang (653 undi)
Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
Sohaimi Shahadan (541 undi)
Mohd Gasing Saling (534 undi)
Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
Jamawi Jaafar (471 undi)
Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
Ahmad Darus (446 undi)
Ahmad Zaki Zahid (446 undi)

Ali Mazat Salleh (437 undi)
Megat Zulkarnain (436 undi)
Zuber Zabidi
Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
Lokman Noor Adam (406 undi)
Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)

WANITA


Pengerusi tetap
Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)

Timbalan pengerusi tetap
Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi)

Ketua
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)

Naib ketua
Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)

Ahli jawatankuasa
Hasnah Salam (520 undi)
Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
Datuk Rosni Zahari (480 undi)
Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
Datuk Norhayati Omar (432 undi)
Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
Marlia Abd Latiff (416 undi)
Noriah Mahat (412 undi)
Ros Suryati Alang (405 undi)

Jamelah A Bakar (400 undi)
Suraya Yaacob (388 undi)
Azihani Ali (385 undi)
Norliza Abdul Rahim (377 undi)
Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)
Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
Norliza Hj Ahmad (347 undi)
Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)

PUTERI

Pengerusi tetap
Azlieza Azizan (445 undi)

Timbalan pengerusi tetap
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)

Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)

Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

Ahli jawatankuasa
Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
Hasrunizah Hassan (514 undi)
Azlinda Zubir (510 undi)
Zahida Zarik Khan (501 undi)
Asmaiza Aahmad (498 undi)
Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
Fahariyah Md Nordin (474 undi)
Wan Salwati Abdullah (465 undi)
Dg Maimunah Sidek (453 undi)
Isfarina Mohd Ali (444 undi)

Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
Seriwani Sabtu (395 undi)
Jamilah Hanim Othman (388 undi)
Idamoerni Zakaria (384 undi)
Anita Murad (379 undi)
Zauyah Zainuddin (377 undi)
Rina Mohd Harun (375 undi)