Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, March 3, 2009

GAMBAR & VIDEO TERKINI KRISIS POLITIK DI PERAK (Edisi 3) - Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
VIDEO PERSIDANGAN DUN DI PERAK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RAKAMAN BERITA DARI NTV7
RAKAMAN BERITA DARI TKO

Saiful buat laporan polis, kaji saman Ramlang - Malaysiakini

Saiful Bukhari Azlan ditemani ayah dan peguamnya sedang menjawab soalan wartawan.
Bekas pembantu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat yang telah disiarkan di sebuah blog yang mendakwa beliau kononnya sakit tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Mohd Saiful tiba di balai polis tersebut kira-kira pukul 11 pagi diiringi bapanya, Azlan Mohd Lazim serta peguam, Zamri Idrus,selesai membuat laporan tersebut 45 minit kemudian.

Beliau yang ditemui pemberita di luar balai polis tersebut berkata laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat penulis blog dan pengendali laman web berkenaan yang memfitnahnya dengan mengatakan bahawa beliau kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah. [..]

[..] Katanya, beliau juga sedang mengkaji untuk menyaman bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang didakwa telah memutarbelitkan fakta mengenai sumpah laknatnya yang dibuatnya tahun lalu.

Jelas Mohd Saiful, saman ke atas Ramlang dibuat ekoran kenyataan bercanggah yang pernah dikeluarkannya sebelum ini yang mendakwa pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Khairil Anas mengatur sumpah tersebut.

Namun dalam satu wawancara bersama portal berita, Malaysiakini awal Februari lalu, Ramlang telah menyatakan bahawa Pengarah Jawi pula yang mengatur sumpah tersebut. [..Baca Selanjutnya]

GAMBAR TERKINI KRISIS POLITIK DI PERAK (Edisi 2) - Malaysiakini

NOTIS... SEBAHAGIAN daripada notis yang ditampal di pekarangan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri sejak petang Selasa. Bagaimanapun difahamkan notis-notis itu telah diturunkan sebahagiannya kemudian.

FAIL SAMAN... Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dengan ditemani ADUN BN dan Exco menjawab soalan wartawan di pejabatnya di Ipoh, petang semalam.

NOTIS... Exco Perak, Mohd. Zahir Abdul Kadir (kiri) dan peguamnnya menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kepada Setiausaha Politiknya, A. Basu (kanan). Tindakan ini diambil sebelah pagi semalam.

MESYUARAT DI BAWAH POKOK...Exco Kerajaan Pakatan mengadakan mesyuarat tergempar DUN Perak di bawah pokok.

TETAP HADIR...Datuk Seri Nizar Jamaluddin melambai kepada penyokongya di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau hadir pada sidang DUN tergempar pagi tadi.

GAMBAR TERKINI KRISIS POLITIK DI PERAK (Edisi 1) - Malaysiakini

SPEAKER dan Adun Pakatan Rakyat mengadakan sidang tergempar di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini, untuk meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran DUN Perak.

Orang ramai berkumpul di hadapan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi tadi.

PENYOKONG Pakatan Rakyat berkumpul depan pejabat DAP di Jalan Medan Istana 1, Ipoh.

Umno digesa tangguh pemilihan, selesai kes rasuah politik - Malaysiakini

Dua ahli Umno hari ini menggesa supaya perhimpunan Agung Umno ditunda supaya kes-kes rasuah politik dalam parti itu dapat diselesaikan.

Datuk Kadar Shah dan Datuk Mazlan Harun memberi kata dua bahawa mereka bersedia mendapatkan injuksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang gagal diselesaikan sebelum perhimpunan aung berlangsung hujung Mac ini. - mStar