Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, February 10, 2009

PANAS.!!! Demonstrasi Pemuda UMNO Selangor dan Wilayah tanda sokongan kepada Sultan Perak - Malaysiakini


Klip video ikhsan dari - Malaysiakini

Tiada cadangan guna ISA terhadap Karpal, kata PM - Malaysiakini

mStar | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata setakat ini tiada cadangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Bagaimanapun, katanya, siasatan terhadap Karpal telahpun dimulakan dan ketika ini, siasatan masih berjalan.
"Dan apabila siasatan itu selesai, laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk apa jua tindakan yang wajar yang boleh diambil terhadap Karpal," katanya selepas merasmikan persidangan Eksekutif Muda Khidmat Awam 2009: Kepimpinan Masa Depan Sektor Awam dan Misi Nasional di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu tindakan segera diambil terhadap Karpal termasuk di bawah ISA bagi mempertahan ketenteraman awam di seluruh negara.

Karpal Singh sebelum ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakan mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar bersedia dengan apa juga akibatnya.

Mengenai sama ada perlu mengenakan tindakan terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan keluar dari pejabat dan kediaman rasmi menteri besar, Abdullah berkata ia tidak perlu kerana Nizar boleh dinasihati dengan tegas agar berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya Mohammad Nizar akan keluar akhirnya dan tidak akan mengambil masa yang panjang kerana pihak kerajaan negeri telah mengingatkannya berulangkali bahawa beliau mesti meninggalkan rumah dan kediaman rasmi tersebut berikutan menteri besar yang baru telahpun dilantik.

SPR mesyuarat Jumaat ini - Malaysiakini

mStar | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini untuk membincangkan mengenai tarikh pilihan raya bagi kedua-dua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membincangkan mengenai kekosongan dan langkah-langkah seterusnya termasuk tarikh mengadakan pilihan raya kecil bagi dua kerusi berkenaan.

Bagaimanapun kata beliau, sehingga tengah hari ini, pihaknya belum menerima notis maklumat kekosongan daripada Speaker DUN Kedah dan Speaker Dewan Rakyat.
"Kita belum menerima notis memaklumkan kekosongan dan kita harap menjelang esok kita akan terima.

"Kita sudah tentukan tarikh mesyuarat...tak boleh ditangguhkan," katanya.
Tambah beliau, mesyuarat tersebut akan menentukan kewujudan kekosongam kedua-dua kerusi tersebut.
"Dalam kes Parlimen Bukit Gantang, sudah jelas sebab ia berpunca dari kematian manakala DUN Bukit Selambau, kita akan melihat notis dan dokumen-dokumen yang disertakan," katanya. [..selanjutnya]

Portfolio Exco baru Perak - Malaysiakini

Berikutan senarai Exco Perak dan portfolio masing-masing.

Datuk Zamby Abdul Kadir

Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (Pangkor): Perancangan Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah dan Hasil Bumi, Perumahan, Pertanian dan Agama.

Hamidah Osman (Sungai Rapat): Industri, Pelaburan, Pembangunan usahawan, ICT, Pelancongan dan Wanita).

Datuk Ramly Zahari (Manong): Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air).

Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan): Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan.

Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting): Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi.

Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik): Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Dr Mah Hang Soon (Chenderiang): Kesihatan, PBT, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam).

Datuk Saarani Mohamad (kiri) dan Datuk Ramly Zahari

Zainol Fadzi Paharudin (kiri) dan Dr Mah Hang Soon

Istiadat angkat sumpah Exco Perak hiri ini - Malaysiakini

Istihadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang baru di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak berlangsung hari ini.
Antara barisan Exco baru yang telah mengangkat sumpah ialah:

1) Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat)

2) Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong)

3) Dr. Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang)

4) Datuk Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan)

5) Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting)

6) Zainol Fadzi Paharudin (ADUN Sungai Manik)