Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, January 31, 2009

Hanya pengecut tanding guna sistem kuota, hapus segera - Malaysiakini

mStar | Sambil menyifatkan mereka yang cuba mengelak daripada saingan sebagai "pengecut", anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman menggesa agar sistem kuota pemilihan parti itu dihapuskan secepat mungkin.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata, MT Umno seharusnya mengambil keputusan segera berhubung penggunaan sistem kuota tanpa menunggu sehingga selepas perhimpunan agung tahunan dan pemilihan pusat Mac ini.

"Hanya pengecut memilih untuk bertanding di bawah sistem kuota. Puteri Umno tidak pernah mengamalkan sistem kuota ketika era saya dan malah sekarang dan sesiapapun boleh bertanding apa juga jawatan.

"Dan, begitu juga parti-parti lain seperti DAP, PKR dan PAS. Mereka tiada sistem kuota.

"Saya sedih dengan sistem ini yang tidak menggalakkan demokrasi dalam pertandingan parti," kata beliau pada sidang media selepas melancarkan "Zoom! Homestay Pulau Pinang di Pulau Betong, Balik Pulau, hari ini.

Azalina berkata, sistem itu mengurangkan peluang individu berkelayakan untuk bertanding.

Beliau menegaskan, sekiranya sistem itu dibubarkan maka ia akan menjadikan pemimpin yang bertanding untuk sesuatu jawatan itu lebih bertanggungjawab.
"Sistem kouta ini hanya menjadikan pemimpin menjaga orangorang tertentu mendapatkan kouta untuk membolehkannya bertanding," katanya. [..selanjutnya]

Abby kantoi dengan siapa.? - Malaysiakini

Kita digemparkan dengan penceraian artis kita baru-baru ini,Abby & Norman.Memang kita semua kesian akan Abby,tetapi kenapa Abby menunjukkan diri dia bersama Zul.WQalaupun Abby memberitahu dia dan Zul cuma sebagai kawan,sepatutnya beliau perlu lebih berhati-hati kerana orang ramai simpati padanya.Jangan suatu hari nanti,orang ramai akan menyesal kerana bersimpati pada beliau dahulu.Nanti orang ramai akan samakan Abby dengan Norman.Apabila sudah menjadi ibu tunggal,dia perlu menjaga segala-galanya,kerana bukan senang hidup untuk memenagang 'title' mak janda,mudah mengundang fitnah walaupun kita tidak seburuk yang disangkakan.
Sumber Artikel - alalalan.com