Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, January 17, 2009

Keputusan Rasmi PRK KT P.036 - Malaysiakini

CALON Pas Mohd Abdul Wahid Endut (kanan) mengangkat tangan selepas diumumkan pemenang Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Wan Mustafa Wan Hassan (tiga kiri) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. - Bernama

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252


Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883


Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193


Info:
Majoriti : 2,631
Undi Rosak : 665
Pemilih berdaftar : 80,229
Keluar Mengundi : 63,993
% Keluar Mengundi : 79.9%

Lagi Gambar Terbaru Sekitar PRK KT P.036 - Malaysiakini

POLITIK SIHAT... Walaupun berlainan idealogi tetapi tetap mesra ketika masing-masing meraih undi.

CERIA... Gelagat penyokong Barisan Nasional (BN) di hari pengundian pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

PENYOKONG PAS memegang poster calon mereka sebagai tanda sokongan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu hari ini.

SEMAK Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyemak namanya sebelum membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu.

CALON PAS, Mohd Abdul Wahid Endut bersama keluarganya di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.

TANGGUNGJAWAB... Bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 90, memasukkan kertas undi ke dalam peti undi pada Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Pusat Mengundi di Sekolah Sultan Sulaiman Satu, hari ini.

TIMBALAN Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan penyokong PAS di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tengku Mariah, Kuala Terengganu.

RAYU UNDI... Perayu undi BN berkempen di Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu.

TUNAI TANGGUNGJAWAB... Warga Kuala Terengganu mula keluar mengundi bagi memilih calon yang akan memperjuangkan nasib mereka pada Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu Pusat Mengundi di Sekolah Sultan Sulaiman Satu di sini, hari ini.

SABAR... Orang ramai menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga di sini, hari ini.

Laporan Terkini Dari PRK KT P.036. - Malaysiakini

5:23 ptg SPR akan mengadakan sidang media pada pukul 6 petang ini.

5:00 ptg TEMPOH MEMBUANG UNDI TELAH PUN TAMAT - ramai pemerhati sudah bergerak ke Kelab Golf untuk kerja mengira undi.

Keadaan di pusat pengundi membabitkan 143 saluran mengundi tidak jauh beza ketika dibuka jam 8 pagi dengan proses mengundi dilaporkan lancar.

Pihak berkuasa keselamatan, terutama polis berkawal di sekitar kawasan pusat mengundi, termasuk helikopter PDRM berlegar-legar di ruang udara bagi memantau keadaan.

Dalam masa beberapa jam lagi, tumpuan seharusnya kepada proses pengiraan undi serta pengumuman kemenangan calon yang bertanding di Stadium Negeri, di Jalan Sultan Mahmud, yang dijangkakan sekitar jam 10.30 malam ini.

4:30 ptg Sebanyak 76 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi.

4:10 ptg Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau 'ditahan' skuad pemantau PAS kerana menyamar sebagai agen tempat mengundi. Berita mengenainya di siarkan dalam Harakahdaily.net hari ini, yang mendakwa Azeez ditahan ketika keluar dari tempat mengundi di SK Pusat Cabang Tiga. Ketika dihubungi Malaysiakini, Azeez berkata ia adalah satu fitnah kerana beliau sepanjang masa berada di pondok panas Tok Ku di DUN Bandar.

4:00 ptg Beberapa insiden yang berlaku di pusat-pusat pengundian sehingga pukul 12 tengah hari ini bukanlah satu “ketegangan” antara penyokong parti-parti bertanding tetapi ia lebih merupakan keseronokan perayu undi, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan.

“Saya tafsirkan ia bukan ketegangan, tetapi lebih kepada keseronokan mereka untuk meraih undi,” katanya.

3:55 ptg Hampir 70 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi.

3:43 ptg Melapor dari Kuala Ibai, polis menutup beberapa jalan dan merubah laluan kepada laluan-laluan sehala, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

3:24 ptg Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tidak wujud pengundi hantu pada pengundian pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung hari ini.

Sekiranya pihak mempunyai maklumat mengenai kewujudan pengundi hantu, mereka hendaklah membuat laporan segera kepada SPR untuk tindakan lanjut.

3:17 ptg petugas parti yang bertanding semakin hebat meningkatkan usaha membawa keluar serta meraih undi di pos yang disediakan.

Seorang wakil Puteri Umno di Gong Kapas di sini, berkata pihaknya menggandakan usaha untuk membawa dan meraih pengundi keluar supaya menunaikan kewajiban masing-masing.

Bagaimanapun, katanya purata pengundi yang keluar pada sebalah tengah hari agak perlahan berbanding pagi.

Lagi Gambar Terbaru Sekitar PRK KT P.036 - Malaysiakini

Kelihatan seorang anggota Polis sedang memerhati gelagat para penyokong BN dan Pas bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

PUTERI UMNO.... bersemangat dan berani.

WANITA UMNO.... berjuang berhabis-habisan.

MERIAH...!!! mungkin itulah yang terlintas difikiran makci yang sedang berbasikal tu..

Laporan Terkini Dari PRK KT P.036. - Malaysiakini

2:45 ptg Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.

2:00 ptg Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.

1:46 ptg Satu pergaduhan kecil berlaku antara beberapa penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi.

Pergaduhan yang berlaku pada kira-kira 12.15 tengahari tadi berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara kedua belah pihak di situ.

1:27 ptg Saluran satu dan dua yang mewakili pemilih warga emas mencatat jumlah paling tinggi, iaitu 50 peratus, manakala saluran pengundi muda masih rendah.

Dengan peratusan pemilih yang sudah keluar mengundi dijangkakan lebih 90 peratus pemilih akan keluar mengundi menjelang waktu penutupan pusat pembuangan undi pada jam 5 petang ini.

1:00 ptg Kira 42 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih ahli Parlimen yang baru.

12:30 tgh Sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.

12:02 tgh Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR) berkata kira-kira 41 peratus pemilih telah keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu sehingga jam 12 tengahari.

Demikian diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Gambar Terbaru Sekitar PRK KT P.036 - Malaysiakini

Semua jentera bekerja keras bagi meraih undi dalam PRK KT P.036 yang sedang bwerlangsung hari ini.

Pondok panas BN

Pondok panas PAS ... sekitar kawasan yang sama

Keadaan di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar pagi tadi.

Laporan Terkini Dari PRK KT P.036. - Malaysiakini

11:47 pagi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) boleh memasuki kawasan pusat mengundi untuk memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini, namun mereka dilarang daripada memasuki bilik saluran mengundi untuk berbuat demikian.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menjelaskan, perkara itu telah termaktub di dalam undang-undang kerana individu yang mahu mengundi tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

11:40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.

11.36 pagi Kira-kira 30 peratus pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu telah keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan 90 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundi berdaftar itu turut melibatkan 1,302 undi pos daripada anggota polis dan tentera.

11:30 pagi Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.

11:15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.

11:00 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.

SPR kaji guna semula dakwat kekal hari mengundi - Malaysiakini

mStar | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kemungkinan besar akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang.

Penggunaan dakwat kekal yang dibatalkan pada saat-saat akhir dalam pilihan raya umum lalu akan diteruskan dalam pemilihan akan datang, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.
"Kami sedang mengkaji untuk meneruskan rancangan penggunaan dakwat kekal," kata beliau selepas meninjau proses pengundian pilihan kecil Kuala Terengganu di Sekolah Menengah Tuanku Bariah, Kuala Terengganu, pagi tadi.
Tambah beliau, satu kajain akan dijalankan untuk meneliti kemungkinan tersebut.

Ketika ditanya sama ada ia akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata jika boleh SPR akan menggunakan dalam mana-mana pilihan raya kecil jika ada.
"Kalau boleh kita akan cepatkan, kita akan mulakan dengan pilihan raya yang kecil di kawasan yang kecil lebih awal sebelum pilihan raya umum," katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, langkah tersebut memerlukan kajian dalam aspek perundangan.

Laporan Terkini Dari PRK KT P.036. - Malaysiakini

10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

10:20 pagi Kira-kira 20 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih ahli Parlimen yang baru - kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.

Tinjauan menunjukkan pengundi-pengundi sudah mula menuju ke pusat-pusat pengundian dalam jumlah yang banyak sepanjang dua jam yang lalu.

Berbanding persekitaran hari pengundian pada 8 Mac lalu, suasana kelihatan lebih rancak pada pagi ini.

Bagi Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, beliau menyifatkan proses pengundian ketika ini berjalan dengan lancar.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah dan berharap keaadaan ini beterusan sehingga petang," kata beliau ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang sebentar tadi.

9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.

8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'.

Gambar Sekitar PRK KT P.036 - Malaysiakini

PERAIH undi kedua-dua parti yang bertanding, Barisan Nasional dan Pas menunjukkan poster calon pilihan raya masing-masing kepada pemandu yang lalu di hadapan tempat pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga Kuala Terengganu, pagi tadi.

CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersama isteri membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di sini, pagi tadi.

CALON Pas, Mohd Abdul Wahid Endut bersama isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah, 52 membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga pada pikul 8.00 pagi tadi.

Laporan Terkini PRK KT P.036. - Malaysiakini

8:48 pagi Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu mempunyai sejarah tersendiri apabila seorang daripada tiga calonnya tidak mengundi di kawasan Parlimen berkenaan.

Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, 45, tidak mengundi hari ini di sini, sebaliknya beliau didaftar sebagai pengundi di Parlimen Petaling Jaya Utara.

7:50 pagi Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Chabang Tiga, Seberang Baruh, jam 7.50 pagi untuk mengundi di pusat itu.

Beliau ditemani isteri, Wan Fatimah Wan Abdullah bersama lima daripada sembilan anaknya yang turut mengundi di pusat sama.

7:45 pagi Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, antara yang terawal tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Ladang, di sini jam 7.45 pagi.

Beliau yang ditemani isteri, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab yang turut mengundi di tempat sama, kemudian masuk ke pusat mengundi tepat jam 8.03 pagi dan keluar dari pusat berkenaan kira-kira 10 minit kemudian.

Kehadiran Wan Ahmad Farid mendapat perhatian penyokongnya dengan Wan Farid melambai-lambai ke arah mereka sambil melaungkan "Hidup BN, Hidup Umno".

7:24 pagi Semua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dibuka jam 8 pagi tadi bagi membolehkan 80,229 pemilih menunaikan hak masing-masing hari ini.

Keadaan di pusat pengundi membabitkan 143 saluran mengundi dilaporkan tenang sebaik dibuka dengan pengundi tiba seawal jam 7 pagi.

Pihak berkuasa keselamatan, terutama polis dilihat berkawal di sekitar kawasan pusat mengundi, termasuk helikopter PDRM berlegar-legar di udara bagi memastikan tiada keadaan tidak diingini berlaku.