Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, January 15, 2009

Menanti Menjelang PRK KT P.36 - Malaysiakini

Che Zawiyah Omar (kiri) dibantu suaminya Mohd Azizi Jusoh sibuk menyusun roti paung panas untuk di jual di kedainya di Lorong Hj Da, Kuala Terengganu. Sejak bermula kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, rotinya menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang enak dan harganya tetap kekal walaupun kebanyakan peniaga menaikkan harga hingga RM2.50 sebiji.
JALAN Pasir Panjang, Kuala Terengganu kini meriah dipenuhi bendera dan poster parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Perang poster semakin sengit ketika kempen pilihan raya hanya tinggal dua hari lagi.
CALON BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah) ditemani Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Dr Aseh Che Mat (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Syed Faisal Albar (kanan) meluangkan masa dalam kesibukan kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu berjumpa dan beramah mesra dengan kakitangan Pos Malaysia ketika menyertai Majlis Mesra Sokmo anjuran Pos Malaysia Terengganu di sini, hari ini.
PRIHATIN: Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kanan) bersama isteri Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahad (dua kanan) yang turut sama membantu suami bertanya masalah yang dihadapi oleh peniaga sayur di pasar Cabang Tiga di Kampung Losong, Kuala Terengganu.
BERSEMANGAT: Khairul Sayuzi 29, (kanan) bersama rakan melekatkan bendera kecil dan poster calon Barisan Nasional pada kereta untuk menarik perhatian pengundi Parlimen Kuala Terengganu di Bilik Gerakan BN, Tanjung Paya.
PETUGAS Barisan Nasional, Azlan Said, 32, membetulkan patung yang lengkap berpakaian di Markas Barisan Nasional, Cawangan Kampung Aur (B), Chendering.
PELBAGAI cara dilakukan untuk menarik pengundi ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.