Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, November 10, 2009

Ahli Parlimen Tanjong Karang Bersama Masyarakat Cina

Majlis Perasmian Perayaan Dewa dan makan malam yang dianjurkan oleh Persatuan Penganut Dewa Qi Jian Xian Shi di Kampung Nelayan, Pasir Penambang, Kuala Selangor berlangsung dengan meriah sekali pada 8/11/2009 (Sabtu malam) yang lalu.

Kehadiran pada malam itu..menjangkau lebih 2000 orang yang mana rata-rata dari mereka nelayan di kawasan Parlimen Tanjong Karang. Dengan adanya program sebegini memberi peluang kepada Dato' Seri Noh Omar untuk bersama dengan rakyat khususnya masyarakat Cina. Dato' Seri juga menyatakan bahawa beliau amat menghargai dengan kesungguhan mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional.

Masyarakat Cina menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional.
Dato' Seri telah mengumumkan sumbangan sebanyak 20 ribu untuk tujuan membaik pulih Dewan Masyarakat Cina di Kampung Nelayan Pasir Penambang ini. Dato' Seri juga turut meluluskan peruntukkan ahli parlimen bagi menaik taraf jalan masuk ke Kampung Nelayan Pasir Penambang ini, serta mengucapkan terima kasih dan syabas beliau kepada pihak penganjur. Salam 1 Malaysia!

Sambutan meriah yang diberikan oleh masyarakat Cina.

Antara tetamu yang hadir.

Dato' Seri Noh Omar Menyampaikan sumbangan...

Dato' Seri Noh Omar beramah-mesra dengan pengundi-pengundi Cina.

No comments: