Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, April 7, 2009

KRONOLOGI SUASANA PILIHAN RAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU - Malaysiakini

10.25 PAGI : Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari.

Beliau yang melawat pusat mengundi di SRJK (T) Ladang Perbadanan Kedah di sini berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian setakat ini.

10 PAGI : Jalan ke beberapa pusat mengundi di sekitar Sg Petani seak berikutan para pengundi yang keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Di beberapa pusat pengundian di sini, hanya perayu undi bagi parti BN dan PKR yang kelihatan.

Sementara perayu undi bagi calon Bebas tidak kelihatan.

9.35 PAGI : Calon Bebas, T. Chandrarajan bersama-sama isterinya, M.Sugunadewi membuang undi di SM Teknik Sg Petani.

8.30 PAGI : calon PKR, S. Manikumar membuang undi di SMK Aman Jaya. Dia hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya.

8.20 PAGI : Calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan Datin R. Vatsala membuang undi di SRJK (T) Ladang Perbadanan.

Beliau turut diiringi dengan beberapa penyokong ketika menuju ke tempat membuang undi pagi tadi.

8.00 PAGI : Proses pembuangan undi bermula. Sebanyak 64 saluran di 22 pusat mengundi dibuka serentak dan akan ditutup pada pukul 5 petang.

Hanya 3 calon daripada 15 calon bertanding merupakan pengundi berdaftar di DUN Bukit Selambau iaitu Datuk S.Ganesan (BN), S. Manikumar (PKR), dan T. Chandrarajan (Bebas).

Ganesan akan mengundi pada pukul 8 pagi di SRJK (T) Ladang Perbadanan. Sementara Manikumar akan membuang undi pada pukul 8:30 pagi di SMK Aman Jaya dan Chandrarajan dijangka mengundi pada pukul 9 pagi di SM Teknik Sg Petani.

No comments: