Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, March 30, 2009

TERKINI LINTAS LANGSUNG PERSEDIAAN PRK (Edisi 1) - Malaysiakini

Video - Apa komen KJ.?


MANTAN Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menunjukkan 'countdown' bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang yang hanya tinggal lapan hari ketika melawat Bilik Gerakan Wanita Umno Malaysia di Taiping, hari ini. Turut serta Ketua Wanita Umno Bahagian Bukit Gantang, Zanazat Abdul Samad (kanan).

KETUA Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (empat dari kiri) dan Ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Nor Ashikin Wan Nordin (dua dari kanan) serta ahli Puteri Bukit Gantang menyiapkan kad nama pertugas di Bilik Gerakan Puteri Umno, Bukit Gantang bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

TIMBALAN Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan calon Barisan Nasional Parlimen Bukit Gantang, Ismail Saffian beramah mesra dengan pengundi di Pasar Simpang, Taiping.

Petugas-petugas dari Umno Bukit Gantang memasang poster calon Barisan Nasional (BN) P59, Ismail Saffian di Jalan Air Kuning.

No comments: