Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, March 29, 2009

TERKINI LINTAS LANGSUNG PENAMAAN CALON (Edisi 4) - Malaysiakini

KETUA Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri) bersama-sama jentera wanita Barisan Nasional (BN) menunjukkan isyarat bagus selepas mengadakan perjumpaan dengan petugas-petugas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Sungai Petani.

CALON Bebas Tan Hock Huat (dua, kanan) membawa kain rentang bersama penyokongnya ke pusat penamaan calon DUN Bukit Selambau.

TAN Sri Khalid Ibrahim bersama Jawah anak Gerang pada penamaan calon pilihan raya kecil DUN Batang Air.

MENTERI Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan bersorak girang meniup semangat penyokong BN pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Batang Air.

PETUGAS PKR membetulkan kain di kepala rakannya sebelum berarak ke pusat penamaan calon di sekolah Menengah Teknik 1.

PASUKAN Unit Amal menghalang salah seorang penyokong PKR dari memasuki perkarangan pusat penamaan calon.

PENYOKONG PKR menggunakan gendang untuk menarik perhatian orang ramai semasa proses penamaan calon berjalan di luar perkarangan Sekolah Menengah Teknik 1.

ANGGOTA polis merampas bendera Pas yang dibawa penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Batang Air. Bagaimanapun ia dikembalikan semula selepas itu.

TIGA calon yang bertanding dalam Pilihan raya Parlimen Bukit Gantang, (dari kiri) calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Calon BN, Ismail Saffian mengangkat tangan selepas di umumkan secara rasmi sebagai calon di pusat penamaan calon di dewan Perbandaran Taiping.

PENYOKONG Pas membawa replika Kapal Selam di Padang berhadapan Dewan Majlis Perbandaran Taiping Barisan bagi proses penamaan calon.

3 comments:

Pendekar Perak said...

Tu je la yang mereka tahu!

GOMO said...

SALAM..
TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Hidup Barisan Nasional!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

PemudaIKS.blogspot.com