Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, March 29, 2009

TERKINI LINTAS LANGSUNG PENAMAAN CALON (Edisi 1) - Malaysiakini

CALON Barisan Nasional, Malcolm Mussen Lamoh (kanan) Calon PKR, Jawah Gerang (tengah) dan Calon Bebas, Johnny Chuat bergambar bersama setelah menyerahkan borang pencalonan di Dewan Komplek Sukan Lubok Antu pada hari penamaan calon untuk Pilihan Raya kecil N29 Batang Air.

PENYOKONG Barisan Nasional berarak ke Dewan Perbandaran Taiping tempat pencalonan untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang.

PENYOKONG Pas ketika di Dewan Perbandaran Taiping tempat pencalonan untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang.

PENYOKONG PKR berkumpul di bawah pokok berhampiran pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN N.25 Bukit Selambau.

CALON Pas, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin diiringi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) tiba di pusat penamaan calon di bangunan Majlis Perbandaran Taiping.

CALON Barisan Nasional, Ismail Safian (tengah) diiringi Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamry Abdul Kadir dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping.

Bendera parti yang bertanding di pilihan raya Parlimen Bukit Gantang di gantung sepanjang jalan Kampung Paya.

No comments: