Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, March 5, 2009

Saya Sombong ? Tak Lah.. - Malaysiakini

Khairy Jamaluddin - menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan ahli Parlimen Rembau - mengakui bahawa persepsi umum terhadapnya begitu buruk dan beliau kini berada di tahap ‘yang tidak boleh berpatah balik lagi’.

Dalam wawancara selama 90 minit dengan Malaysiakini, Khairy berkata hanya masa yang dapat memulihkan imejnya.
“Ya, saya seorang realis. Saya terpaksa tunggu saat itu. Kalau saya menang pertandingan ini (ketua Pemuda Umno), mungkin ia boleh berlaku lebih cepat lagi kerana saya sudah ada landasan (untuk berbuat demikian).

“Jika tidak (menang), saya kenalah tunggu sehingga datang seseorang mengetuk pintu rumah saya dan berkata, “Eh, kamu masih ada…,” kata naib ketua Pemuda Umno itu.

Sekiranya tidak terpilih, Khairy berkata: “Saya akan terus melakukan kerja saya (sebagai ahli Parlimen) dan saya tiada masalah dengannya.”
Calon ketua Pemuda Umno itu juga menjelaskan bahawa beliau telah lama sampai ke tahap ‘tidak boleh berpatah balik lagi’ dalam perjalanan politiknya.

Mengulas salah anggap terhadap dirinya, beliau berkata, masih banyak perkara yang tidak difahami tentang dirinya.

‘Seorang pendiam’
“Baru-baru ini saya bertemu seorang pengendali laman blog popular. Kami tidak pernah bertemu sebelum ini, kali pertama, tetapi beliau sudah lama menulis tentang saya.

“Perkataan pertama beliau kata tentang saya ialah, oh, anda lebih tinggi daripada yang saya sangkakan. Bagi seseorang yang sudah lama menulis tentang saya, beliau tidak sedar pun (ketinggian) saya enam kaki. Cuba anda bayangkan ketidakselarasan antara realiti dan persepsi,” katanya.
Diminta menjelaskan siapakah Khairy yang sebenar, beliau menyifatkan dirinya sebagai produk generasi ini – satu generasi yang kompleks - (tetapi) tidak terpisah dengan akar sejarah dan dalam masa yang sama, mementingkan identiti etnik masing-masing.

Khairy juga menafikan bahawa beliau sombong dan kurang mendengar (pandangan orang lain), tetapi sebaliknya menyifatkan dirinya seorang yang pendiam. Beliau juga berkata, tidak banyak perkara yang boleh membuatkannya marah akhir-akhir ini.
Ditanya sama persepsi terhadapnya disebabkan beliau banyak bercakap tetapi kurang mendengar, beliau berkata: “Saya tidak tahu. Mendengar itu bagus. Saya tidak tahu semua perkara dan saya juga tidak berpura-pura tahu semua perkara.”

“Anda empat orang mewawancara saya, sudah tentu saya perlu bercakap,” katanya berseloroh.
Dalam wawancara siri kedua ini, Khairy turut ditanya pandangannya tentang langkah melompat parti dan kekecohan dan kebuntuan politik di negeri Perak. - KPMU

1 comment:

Anak Bapak said...

Memorundum Untuk YB Datuk Mukhriz

Tidak tahu bagaimana mahu saya luahkan perasaan yang bermain di dalam jiwa saya ketika ini dan tidak dapat saya terjemahan betapa maruah diri sebagai Pemuda Melayu UMNO yang sememangnya menyokong YB Datuk sebelum ini merasa kecewa , saban hari sokongan saya terhadap YB Datuk terhakis sedikit demi sedikit , walaupun saya mencuba untuk memujuk hati saya yang sering berkata apakah benar ini cara kepimpinan YB Datuk . Saya sukar mempercayai apabila kelemahan YB Datuk kian ketara dan kali ini saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan saya dan maafkan saya YB Datuk kerana saya terpaksa berterus terang membantah dan menyifatkan YB Datuk adalah lemah dan tidak langsung patriotik.Komen YB Datuk baru-baru ini meletupkan segala yang terbuku di dalam hati dan saya tidak lagi mempu untuk menjadi hipokrit dan terpaksa saya luahkan kepada YB Datuk.

YB Datuk

YB Datuk mahu BN berkomompromi dengan kerajaan PR, Apakah giilanya cadangan ini. Kita bukan bacul dan kita bukan penakut. BN berkompromi dengan kerajaan PR adalah sesuatu yang terakhir dan yang tidak mungkin terlintas di mana-mana pemikiran manusia yang mengakui diri mereka sebagai Pemuda UMNO yang bermaruah. ,Tahu kah YB Datuk , Inilah sebenarnya yang mereka tunggu kenyataan dari seorang pemimpin UMNO yang memberikan mereka ruang dalam melebarkan kemelut yang sepatutnya sudah berakhir . Bagaikan orang batuk di sorong bantal , Datuk telah memberikan mereka nafas , Datuk telah menghalalkan perbuatan mereka melanggar titah Sultan Perak. Datuk seolah-olah membenarkan dan merestui perbuatan salah mereka.

Sebenarnya YB Datuk, Tiada kompromi kepada titah Sultan. Tiada kompromi dalam perlembagaan. Ini hak sultan . Tiada siapa yang berhak mempersoalkan . Titah Sultan patut dipatuhi dan tiada alasan lain melainkan akur kepada titah Sultan. Kerajaan BN juga terpaksa akur dengan hak yang ada pada Sultan apabila 3 Menteri Besar negeri adalah pilihan Sultan , Negeri Johor , Terengganu dan Perlis, Jika BN sebagai kerajaan akur dengan titah Sultan , tiada kata dua bagi mana-mana negeri untuk mencari alternatif lain seperti enggan akur kepada titah Sultan. Tiada istilah kompromi dalam menentukan undang-undang dan perlembagaan .


Cadangan Datuk ini membayangkan kelemahan kita, sebenarnya adalah cadangan yang tidak masuk akal dan seolah-olah YB Datuk juga menghalalkan mereka dan menghina Sultan.. Sebagai Calon Ketua Pemuda cadangan YB Datuk ini terlalu dengkel dan tidak langsung mencerminkan suara Pemuda UMNO. Pemuda UMNO tidak lemah dan dengkel.

Apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan PAS adalah sesuatu yang salah dan BN sememangnya hak BN menjadi kerajaan apabila mempunyai majoriti lebih dari PR. Kenapa perlu kerajaan BN berkompromi dengan PR? Apa yang sebenarnya di katakan oleh YB Datuk bahawa tidak adil kepada rakyat? Majoriti berpihak kepada BN , ini adalah terjemahan rakyat dan majoriti berhak menjadi kerajaan , apa yang tidak adil kepada rakyat, apakah dengan parti yang tidak mempunyai majoriti menjadi kerajaan dikatakan adil… Ketika PR menjadi kerajaan dengan majoriti yg tipis , mengapa YB Datuk langsung tidak mempersoalkan hal-hal ini. Alasan ini terlalu lemah , terlalu lemah untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.

Kami tidak mahu menjadi Pemuda yang lemah, kami tidak mahu di katakan bacul, hak dan hakiki telah nyata dan terang bahawa BN layak menjadi kerajaan. Sultan telah perkenankan dan itu sebenarnya noktah kepada semua, YB Datuk jangan pertikaikan dan jangan bawa Pemuda menentang Raja Melayu pula , Cukup dengan bangsa Melayu dalam PR menentang Raja , Kami enggan menjadi Melayu bacul. Saya berharap YB Datuk menarik balik komen YB, Kami menjunjung perentah ke bawah Raja-Raja Melayu, Daulat Tuanku...... Daulat Tuanku ... Daulat Tuanku.....

Inilah Komen yang saya maksudkan.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya “tidak adil” kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
“Buat masa ini seolah olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat,” katanya ketika di temubual dalam program “Kerusi Panas” di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat “sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan” untuk mentadbir negara dengan berkesan.

“Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak,” katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah

Daripada Pemuda kecewa