Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, March 3, 2009

Saiful buat laporan polis, kaji saman Ramlang - Malaysiakini

Saiful Bukhari Azlan ditemani ayah dan peguamnya sedang menjawab soalan wartawan.
Bekas pembantu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat yang telah disiarkan di sebuah blog yang mendakwa beliau kononnya sakit tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Mohd Saiful tiba di balai polis tersebut kira-kira pukul 11 pagi diiringi bapanya, Azlan Mohd Lazim serta peguam, Zamri Idrus,selesai membuat laporan tersebut 45 minit kemudian.

Beliau yang ditemui pemberita di luar balai polis tersebut berkata laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat penulis blog dan pengendali laman web berkenaan yang memfitnahnya dengan mengatakan bahawa beliau kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah. [..]

[..] Katanya, beliau juga sedang mengkaji untuk menyaman bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang didakwa telah memutarbelitkan fakta mengenai sumpah laknatnya yang dibuatnya tahun lalu.

Jelas Mohd Saiful, saman ke atas Ramlang dibuat ekoran kenyataan bercanggah yang pernah dikeluarkannya sebelum ini yang mendakwa pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Khairil Anas mengatur sumpah tersebut.

Namun dalam satu wawancara bersama portal berita, Malaysiakini awal Februari lalu, Ramlang telah menyatakan bahawa Pengarah Jawi pula yang mengatur sumpah tersebut. [..Baca Selanjutnya]

No comments: