Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, March 28, 2009

Pak Lah mengadap Agung 2 April - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abdin untuk memaklumkan hasrat letak jawatan Perdana Menteri, pada 2 April, Khamis depan.

Kata beliau jika diberi perkenan Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.
"Saya akan menghadap YDPA untuk memaklumkan peletakkan jawatan saya dan jika diberi perkenan, Datuk Seri najib akan menjadi Perdana Menteri," katanya semasa mengulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan Najib yang dipilih menjadi Presiden Umno akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Jumaat depan.
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi diiring isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dan anaknya, Nori Abdullah (kanan) ketika hadir pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di PWTC, pagi tadi.
Abdullah memegang jawatan Perdana Menteri sejak tahun 2003.

Pada Selasa lalu Abdullah yang juga Presiden Umno meminta mana-mana pihak "jangan mengganggu" beliau dengan mendesak mengumumkan tarik serah jawatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan Dasar Presidennya kelmarin, Abdullah berkata, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno yang baru, Najib yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Difahamkan Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir Rabu depan.

No comments: