Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, March 4, 2009

Lagi isu tangguh AGM Umno - Malaysiakini

Dua ahli Umno yang menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan sehingga kes politik wang dalam parti diselesaikan sebelum 25 Mac ini tidak ada hak untuk memberi tekanan sedemikian kepada parti utama Barisan Nasional (BN) itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tidak ada sebarang peruntukan dalam Akta Pertubuhan dan Perlembagaan UMNO yang mengatakan Perhimpunan Agung Umno tidak boleh diadakan melainkan masalah politik wang telah selesai.
"Saya telah menyebut sekiranya ada laporan yang telah dihantar yang menunjukkan penyelewengan berlaku, tindakan mesti diambil sebelum Perhimpunan Agung Umno berlangsung.

"Jika ada sebarang penyelewengan berlaku, tidak semestinya Perhimpunan Agung UMNO dibatalkan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan laman web Umno.
Semalam, Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun menggesa perhimpunan agung parti yang dijadualkan 24 hingga 28 Mac ini ditangguh supaya kes-kes politik wang yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat diselesaikan. - [..selanjutnya]

No comments: