Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, March 4, 2009

Calon Puteri Umno diminta bertanding secara sihat - Malaysiakini

Semua calon yang akan bertanding pelbagai jawatan dalam Pergerakan Puteri Umno dinasihati mengutamakan soal pengukuhan dan penyatuan serta bertanding secara sihat, kata Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad.

Calon-calon Puteri Umno juga diminta supaya tidak melanggar peraturan, tidak terbabit dalam gejala politik wang, tidak menyebarkan fitnah dan tohmahan kepada lawan masing-masing serta menyerang peribadi pesaing dengan pelbagai cara termasuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms), kata beliau.
"Mereka juga harus memelihara tatasusila dan budaya Melayu, menumpukan perhatian untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada perwakilan dan menerangkan manifesto dan perjuangan masing-masing untuk masa depan Puteri Umno dan bukannya menyerang peribadi calon-calon yang bertanding," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia meminta semua anggota Puteri termasuk calon-calon dalam pertandingan itu melaporkan terus kepada ibu pejabat Umno atau Lembaga Disiplin ibu pejabat Umno Malaysia sekiranya wujud perbuatan kempen melanggar peraturan atau gejala politik wang.

Noraini menegaskan bahawa beliau tidak memihak kepada manamana calon yang bertanding dan bersikap berkecuali sepenuhnya kerana semua yang bertanding adalah rakanr-akan dan 'adik-adiknya' dalam Puteri Umno.

Beliau yakin perwakilan akan memilih calon yang terbaik untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Puteri Umno demi kepentingan orang Melayu dan generasi muda di Malaysia. - mStar

No comments: