Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, February 11, 2009

MB Perak yang baru umum portfolio, lantik tiga penasihat - Malaysiakini

Empat yang baru dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak hari ini - Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam (atas kiri); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz (atas kanan); Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn (bawah kanan) yang berstatus exco dan ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco.
Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan empat lantikan baru termasuk tiga penasihat kepada Menteri Besar berstatus exco dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN).
Tiga yang dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Besar :

Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam.
Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn.
ADUN Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz.
Sementara itu, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco tetapi diberi kemudahan exco.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertamanya di pejabat Menteri Besar di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. [..selanjutnya]

No comments: