Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, February 6, 2009

Gambar perkembangan politik di Perak - Malaysiakini

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun ketika Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, hari ini.

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (kiri) menyerahkan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Perak yang baru kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, hari ini.

Kereta rasmi kerajaan negeri yang membawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dibenarkan memasuki bangunan SUK pagi tadi.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin cuba memasuki Pejabat Menteri Besar sambil diperhatikan oleh seorang pegawai yang bertugas, hari ini.

Kenderaan rasmi Raja DiHilir Perak cuba melepasi perhimpunan penyokong Pakatan Rakyat di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berhimpun bagi membantah upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru dari BN hari ini.

Pihak polis cuba menghalang penyokong Pakatan Rakyat daripada terus mara ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

menarik lihat orang tak puas hati di Perak..

Orang nama Nizar.

dan penyokong Pakatan Rakyat.

Kesian sebab orang Melayu PAS sahaja yang bertempur sesama Melayu yang jadi FRU..

mana Anwar Cina India dalam PR ?

Pewaris Melayu said...

semua dalam gambaq tu MELAYU
aduhai,melayu - melayu bergaduh sebab seorang manusia yang bernama Nizar!