Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, February 9, 2009

Exco Kedah letak jawatan, pilihan raya kecil.? - Malaysiakini

Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut tetapi masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini.

Difahamkan beliau mengambil keputusan itu atas masalah peribadi.

Semalam sekumpulan penduduk dari kawasan Sungai Petani mengemukakan memorandum kepada Sultan Kedah berhubung Arumugam.

Beliau yang menjadi perhatian banyak pihak ekoran cakap-cakap akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak dapat dihubungi dan "hilang" hampir seminggu yang lalu.

Arumugam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Beliau yang bertanding sebagai calon Bebas, menyertai PKR selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu dan diberikan jawatan Exco dalam kerajaan negeri.

Arumugam memperoleh 13,225 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, Krishnan Subramaniam pula memperoleh 10,863.

Calon asal PKR di kerusi itu tersebut dibatalkan pencalonan atas masala teknikal.

Kini Kedah diterajui oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai 21 anggota manakala BN pula mempunyai 14 wakil. Seorang lagi merupakan ADUN Bebas iaitu Arumugam.

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

lagi kena layan politik ?

lain kali kena siasat dulu taraf kesihatan dan moral YB atau calon..

rugikan duit jika calon jenis sudah lemah jantung.

nanti mati susah seperti juga Dato Razali di KT dari BN yang turut mati ketika bersukan.

Apakah kemenangan kan diperolehi BN atau kekal di tangan PAS sama macam tahun lepas?