Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, February 8, 2009

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu serah memorandum sokongan kepada Istana Kinta - Malaysiakini

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu berjaya menyerahkan memorandum kepada pegawai Istana Kinta di Ipoh, pagi semalam walaupun perarakan penyokong dihalang polis kerana tiada permit.

Yang Dipertuanya, Osman Abu Bakar, bergegas menaiki kereta ke Istana Kinta di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, kira-kira 200 meter dari tempat mereka berkumpul di sekitar Hotel Impiana Casuarina dan Bangunan Umno Perak, di jalan yang sama, kira-kira 11.30 pagi selepas polis mengarahkan penyokong bersurai.

Katanya, memorandum berkenaan bagi menzahirkan sokongan mereka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, kerana menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar, Khamis lalu.

Sebelum itu, lebih 300 penyokong Barisan Bertindak Perpaduan Melayu dan Pemuda Umno berkumpul di lokasi berkenaan sejak 10.30 pagi untuk menyatakan sokongan mereka kepada Sultan Perak dan mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh.

No comments: