Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, December 24, 2008

PRK KT bukan medan berkempen - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada semua calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan jangan menjadikan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sebagai medan untuk berkempen bagi jawatan dalam parti.

Perdana Menteri menyatakan demikian pada sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas selepas mengakhiri lawatan rasmi empat hari ke Iran.

Beliau pulang ke tanah air hari ini dan dijangka tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini, pukul 11.50 malam ini.

Samy Vellu pecat bendahari agung MIC, M Mahalingam - Malaysiakini

Bendahari Agung MIC, Tan Sri M Mahalingam dipecat serta-merta atas arahan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkuatkuasa hari ini.

Samy Vellu, dalam satu kenyataan mengesahkan, beliau membuat keputusan secara peribadi mengikut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam perlembagaan MIC, untuk menggantikan Mahalingam.
“Ini adalah satu tindakan yang biasa dilakukan dalam mentadbir urus parti dan pelantikan bendahari Agung baru akan saya umumkan minggu depan.

"Mahalingam melaksanakan tugasnya dengan begitu baik sekali selama ini," katanya.
Bagaimanapun, Samy Vellu tidak memberi alasan spesifik pemecatan Mahalingam yang berkhidmat sejak tiga penggal lalu sebagai bendahari agung parti.

Tangguh pemilihan Umno jika siasatan politik wang tidak selesai .? - Malaysiakini

mStar - Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat pemilihan parti pada Mac depan wajar ditangguhkan jika siasatan berhubung aduan politik wang tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Tegas beliau, jika Umno mahu terus bertahan dan kekal sebagai parti yang masih relevan dalam politik arus perdana, kesemua kes aduan politik wang yang didakwa berlaku sepanjang proses pencalonan lalu perlu diselesaikan sebelum pemilihan.

Pencalonan jawatan tertinggi parti berakhir awal bulan lalu kecuali lima bahagian dan pemilihan sepatutnya diadakan bulan ini tetapi telah ditunda hingga Mac depan. -->>lanjut