
Menurut Abdullah, pengumuman mengenai calon BN itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.
“Saya telah melihat nama berkenaan dan telah bersetuju dan Najib akan mengumumkannya dalam sehari dua ini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Presiden di Jakarta, semalam.
Sebelum ini UMNO Bahagian Kuala Terengganu telah mengenal pasti senarai nama calon untuk mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.