
”Saya nak jelaskan bahawa tidak ada pertelingkahan dalam Wanita kerana pertandingan hanya berlaku pada Mac depan apabila akar umbi membuat pilihan mereka. Pada masa ini, Tan Sri Rafidah Aziz adalah Ketua Wanita dan saya adalah naibnya.”Shahrizat berkata demikian kepada pemberita pada majlis korban anjuran Pejabat Penasihat Khas Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Bandar Baru Sentul di sini hari ini.Pada majlis itu yang diadakan sempena sambutan Aidiladha, sebanyak sembilan ekor lembu yang disumbangkan oleh pejabat tersebut dikorbankan dan dagingnya diagih-agihkan kepada 500 saudara baru yang dikenal pasti oleh Perkim.
"Kita akan ikut arahan Ketua Wanita. Saya akan jalankan tugas-tugas saya tetapi dalam penentuan tugas pada pilihan raya kecil nanti pada akhirnya, Rafidah yang akan memutuskannya,” kata beliau.