Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, November 24, 2008

Punca Shahrizat dicalon ketua Wanita - Malaysiakini

lembah pantai 010308  shahrizat abdul jalil[..] "Pada mulanya, Datuk Seri Shahrizat setuju dengan pelan peralihan pada bulan Jun tetapi setelah mengetahui perkara tersebut, beliau menjadi serba salah.

"Sebab itu kita tidak setuju dengan pelan peralihan tersebut sehingga terpaksa menukar pelan kepada berkempen supaya Datuk Seri Shahrizat layak bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

"Kita mula turun ke bahagian memberitahu bahagian-bahagian Wanita supaya mencalonkan Datuk Seri Shahrizat untuk jawatan ketua Wanita Umno," katanya lagi.
Pemimpin Wanita itu berkata, salah satu sebab lagi pelan peralihan kuasa itu bertukar ialah kerana mereka tidak setuju dengan kedudukan Shahrizat hanya menjadi pemangku ketua Wanita Umno selepas bulan Jun.

Katanya, mereka mempersoalkan bagaimanakah Shahrizat hendak menjadi pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) jika hanya kedudukannya sebagai pemangku ketua Wanita Umno. -->>lanjut

Dakwaan Rafidah disangkal.? - Malaysiakini

Dua exco Wanita Umno menyangkal dakwaan Tan Sri Rafidah Aziz bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak pernah membantah pelan peralihan kuasa pergerakan itu pada bulan Jun 2009.

Sebaliknya, tegas mereka, Shahrizat yang juga naib ketua pergerakan itu secara terbuka meminta Rafidah mempercepatkan pelan peralihan itu kepada bulan Mac depan.

Sabtu lalu, Rafidah memberitahu media bahawa Shahrizat tidak pernah bercakap di dalam mesyuarat exco Wanita membantah pelan peralihan kuasa tersebut.

Menurut mereka lagi, Shahrizat telah membangkit perkara itu dalam mesyuarat exco Wanita pada di ibunegara pada 10 November lalu. -->>lanjut

Ekonomi : Industri pembinaan dijangka kembali pulih - Malaysiakini

Selepas berdepan beberapa masalah seperti peningkatan kos dan kekurangan projek, industri pembinaan dijangka kembali pulih apabila pakej rangsangan ekonomi RM7 bilion yang diumumkan kerajaan awal bulan ini dimulakan pada suku pertama tahun depan.

Penganalisis di ECM Libra, Dr Lai Mun Chow, berkata daripada jumlah dana dalam pakej itu, kira-kira RM4.1 bilion bakal disuntikkan ke dalam beberapa projek pembangunan perumahan dan infrastruktur negara.

Peruntukan itu, katanya, dijangkakan memanfaatkan kontraktor kecil kerana ia bakal menyelesaikan masalah kekurangan projek dalam sektor pembinaan ketika ini.
"Pakej rangsangan itu bakal memberi manfaat yang besar kepada kumpulan ini (kontraktor kecil) kerana mereka ketika ini tergolong dalam kumpulan yang dihimpit teruk oleh kekurangan projek, berbanding kontraktor besar yang terus menerus meraih manfaat daripada projek luar negara," katanya.
Lai berkata, sebilangan daripada prospek kerja pembangunan perumahan dan infrastruktur daripada pakej itu juga dijangka bakal diraih kontraktor bersaiz sederhana.

Beliau juga menegaskan, walaupun banyak daripada projek berkenaan bakal diraih kontraktor kecil dan sederhana, projek yang rumit dan kompleks seperti pembinaan sistem transit aliran ringan (LRT) akan memberikan manfaat kepada kontraktor besar.

Daripada RM4.1 bilion itu, RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina 25,000 rumah kos rendah dan sederhana.

Di samping itu, RM500 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera, RM600 juta untuk projek kecil menerusi program penyelenggaraan infrastruktur awam dan infrastruktur asas dan RM500 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih kemudahan awam, termasuk sekolah, hospital dan jalan raya.

Sementara itu, RM500 juta lagi digunakan untuk membina dan menaik taraf jalan di luar bandar, kampung dan jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak manakala RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam, khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar utama.

Lai berkata, pemansuhan duti import simen dan keluaran besi keluli panjang untuk sektor pembinaan dan pembuatan turut dijangkakan memberikan manfaat bagi mencergaskan kembali industri pembinaan negara.

Mekanisme urus harga minyak minggu depan - Malaysiakini

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan bermesyuarat Isnin depan untuk memutuskan satu mekanisme yang lebih stabil dan boleh laksana dalam menentukan harga petrol, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata majlis itu akan membincangkan sama ada untuk menyediakan satu harga terendah atau menetapkan satu sistem apungan terurus, berikutan harga minyak mentah dunia menurun secara perlahan-lahan yang kini jatuh pada AS$50 setong.
“Ini satu keadaan yang tak pernah dijangka, harga minyak mentah turun begitu hebat. Kita akan berbincang mengenai apa hala tuju yang akan diambil.

"Adakah kita nak satu kaedah harga lantai atau terus dengan keadaan sekarang, yang mana bila turun, kita turun.

“Kalau letak harga lantai, apakah parasnya, serendah mana atau guna sistem pengapungan secara terurus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Persidangan Ketua Pejabat Hartanah Intelektual Asean di Kuala Lumpur hari ini.
Kini harga itu diselaraskan pada setiap dua minggu berdasarkan kepada harga pasaran. Harga pam petrol kini berharga RM2 seliter sementara diesel ialah RM1.90 seliter.

Beliau berkata majlis itu akan mengkaji kebaikan dan keburukan setiap mekanisme itu, dalam aspek yang memanfaatkan bagi keseluruhan, sumbangan kepada semua secara keseluruhan, sumbangan kepada sumber kewangan negara dan mengenai impak membangunkan sumber tenaga alternatif.
“Pada harga sekarang, kerajaan ada sumber kewangan. Kalau kita adakan harga lantai dan harga minyak turun, perbezaannya akan masuk ke dana kerajaan, bukan syarikat minyak, bukan stesen minyak,” katanya.
Mengenai perkembangan lain, Shahrir berkata Rang Undang-undang Perdagangan Saksama, yang kini sedang dirangka dan pada peringkat akhir, akan dibentangkan di Parlimen Jun depan.

Katanya akta itu menggalakkan amalan perniagaan beretika dan sihat di samping menggantikan rejim kawalan harga yang kini digunakan.

Menurutnya akta itu akan juga bertindak terhadap mereka yang mengaut perniagaan monopolistik dan kartel, dan penggerak yang bersekongkol untuk menetapkan harga.

PERWAKILAN JUGA TAHU CALON MANA YANG SEDIA SOGOK WANG UNTUK MENANG - Malaysiakini

Oleh : Sabrani Muin
Begitu ramai perwakilan yang akan membuang undi semasa pemilihan di Perhimpunan Agung Tahunan UMNO bulan Mac nanti telah meluahkan rasa terhina dengan ungkapan Tun Mahathir yang menyebut ada perwakilan tanpa berselindung menghantar SMS kepada calon untuk menuntut wang dan memberi nombor akaun bank sekiranya mereka ingin mendapat undi daripada mereka.

Ada diantaranya berkata, janganlah Tun anggap perwakilan begitu bangsat sekali untuk membuat tuntutan sedemikian kerana dengan membuat tuntutan cara itu dengan sendirinya akan dengan mudah mendedahkan identiti mereka dan boleh diambil tindakan disiplin parti.
Kata seorang perwakilan dengan nada marah itu: “Kalau benar ada perwakilan yang sehingga bertindak ke tahap itu, atau calon yang di’ugut’ sedemikian, mengapa tidak dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin atau kepada BPR sahaja daripada dibiarkan perkara ini berleluasa? Kalau beliau benar-benar mengambil berat terhadap politik wang, Mahathir sendiri patut membuat aduan kepada jawatankuasa disiplin?”

Perwakilan yang tidak mahu namanya disebut itu menambah: “Apa yang kami bimbang adalah ada orang yang sengaja mereka SMS kononnya dia dihubungi untuk tujuan membuat tuntutan. Adalah mustahil perwakilan itu sendiri menghantar akaun banknya kepada calon sedangkan cara itu boleh dengan mudah dicekup.”
Katanya lagi, mungkin Mahathir mendapat tahu perkara ini dari orang-orang yang rapat dengannya yang tidak hairan kalau ianya datang daripada Mukhriz sendiri. Hanya perwakilan sahaja tahu siapa mampu, siapa sedia dan siapa yang memulakan tawar menawar semasa pencalonan berlansung lagi. Kerana itulah mereka berani melanjutkan usaha mendapatkan wang dari mereka yang sudah dikenali sanggup ‘membeli’ pencalonan.

Apa pun bicara Tun yang membuat tuduhan itu kepada pemberita selepas menyertai Siri Wacana Gapena V bertajuk Dilema Melayu anjuran Gapena di sini dua hari lalu, sebenarnya beliau tidak hanya boleh bercakap, tetapi patut bertindak. Kalau setakat cakap sahaja, siapa pun boleh cakap.

Boleh dikatakan begitu ramai perwakilan termasuk dari kalangan pemuda juga terasa terhina dengan ungkapan Mahathir yang mungkin dari desas desus, tetapi tidak berbukti dan tindakan dari pihaknya sendiri. Antara kata mereka, Mahathir pun mungkin pakai dengar cakap orang sahaja kerana di musim ini, ramai ahli UMNO terutama yang menyokong beliau sentiasa membawa cerita negatif terhadap orang UMNO sebagai hiburan kepada Mahathir.

Malah tidak kurang ada yang mengatakan, apakah Tun sendiri tidak pernah sedar bahawa perkara politik wang ini juga berlaku di zaman beliau menjadi presiden UMNO? Apakah Tun tidak tahu langsung bahawa janji-janji politik dan projek itu tidak berlaku di zaman beliau? Adalah mustahil Tun tidak sedar di kelilingnya dulu semasa berkuasa tidak ada langsung unsur politik wang.

Ketulian Tun dalam hal ini sebenarnya sudah lamat hingga ia sudah menjadi budaya politik yang sukar dibendung kerana politik wang gagal dibendung sejak dari zaman Tun lagi. Ia melarat dan kini semua orang sudah celik mata dan akan mencuba nasib mereka melalui wang untuk mendapat kuasa.

Ia samalah dengan keadaan kuota pencalonan yang Tun sendiri perkenalkan dulu. Sebaik sahaja beliau turun takhta, beliau sendiri mencadangkan supaya sistem kuota itu dihapuskan. Apa yang baik untuk beliau semua boleh. Untuk orang lain semuanya tak boleh.

Yang menyelar kata-kata Tun yang menghina perwakilan itu bergema di mana-mana sudut politik di merata tempat hingga ada yang mengatakan perkara-perkara yang tak sedap telinga mendengarnya. Bagi perwakilan yang meluahkan perasaan melalui e-mail dan SMS, kata-kata Tun mengenai politik wang itu hanya satu nyanyian yang mempunyai muslihat yang bermaksud sesuatu untuk kepentingan seseorang.

Yang pasti, ramai perwakilan menyatakan supaya kata-kata mereka disebarkan bahawa bukan semua perwakilan itu bangsat dan tidak mempunyai harga diri. Mereka juga tahu siapa calon yang sedia menyogok tanpa diminta semata-mata untuk mendapatkan undi di hari mengundi nanti.

Sumber dari - KPMU

Umno ambil beberapa langkah lagi banteras politik wang - Malaysiakini

UMNO akan mengambil beberapa langkah lagi untuk membanteras politik wang dan ia mesti diperjuangkan secara menyeluruh, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, secara realistiknya gejala itu tidak boleh dibanteras dalam masa terdekat, dan perlu ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat, katanya apabila diminta mengulas kenyataan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan gejala politik wang masih menghantui Umno walaupun apabila Najib mengambil alih kepimpinan parti.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita Malaysia selepas menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Lima (Peru), Ahad.
Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha membanteras politik wang perlu "ditunjangi oleh kekuatan politik serta komitmen yang kuat dengan apa cara yang boleh kita dilakukan."
Usaha untuk membanteras gejala itu merupakan satu proses yang melibatkan satu tempoh masa yang tertentu, katanya.
"Sebab masa Tun Dr Mahathir pun, ia juga memperjuangkan usaha untuk menghapuskan politik wang dan bila ia tamat sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, beliau telah menyatakan kekecewaannya kerana gagal untuk membanteras gejala itu."

Saravanan sedia tanding timbalan presiden MIC - Malaysiakini

m saravanan mic info chiefKetua Penerangan MIC Datuk sedia bertanding mana-mana jawatan penting dalam parti itu, termasuk timbalan presiden, dalam pemilihan parti itu Jun tahun depan, asalkan mendapat sokongan padu dari anggota akar umbi.
"Kalaulah saya ditakdirkan dan dicalon untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu pun, saya tidak akan menolak kerana saya menghormati pilihan dan hasrat mereka," katanya. -->>lanjut

Khir, Mukhriz… siapa yang tawarkan anda jawatan kabinet? - Malaysiakini

Oleh : Zainal Yusof
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tiba-tiba mengulangi hasratnya, tidak mahu menjadi anggota kabinet, jika menang pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Ulangan percakapannya itu, dibuat selepas beberapa bulan yang lalu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor ini menolak tawaran menganggotai kabinet.

Dr. Mohamad Khir terpaksa mengulangi janjinya itu kerana, seorang lagi calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir juga bercakap soal yang sama, tidak mahu menjadi Menteri, kalau menang jawatan Ketua Pemuda.

Mereka berdua seolah-olah sepakat. Sama-sama tidak mahu menjadi Menteri. Baguslah! Cuma, siapa yang nak tawarkan jawatan itu kepada mereka berdua? Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hendak melantik mereka menjadi Menteri? Kalau tidak ada tawaran, kenapa seorang tidak mahu dan seorang lagi menolak?

Bukankah elok, kedua-duanya bercakap soal-soal parti, ketuanan Melayu, bahasa Melayu, ekonomi Melayu dan perkara-perkara yang ada hubung kaitnya dengan kepentingan ramai. Kenapa hendak bercakap soal yang tidak akan kena mengena dengan mereka, jauh sekali mereka sudah ditawarkan jawatan oleh mana-mana Perdana Menteri.

Dr. Mohamad Khir pernah mahu merubah sejarah kelahiran Umno yang didakwanya dilahirkan di Selangor dan bukan Johor. Maka, lihatlah sejarah Umno dan Pemuda Umno secara betul. Bukan semua Ketua Pemuda Umno dilantik menjadi Menteri.

Itulah sebabnya, kalau cerdik tidak boleh diikut… beginilah jadinya calon-calon yang hendak menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda. Bercakaplah benda dan perkara yang wujud dan jangan bercakap benda dan perkara yang tidak perlu diperkatakan. Untuk apa semua itu? Adakah dengan menolak jawatan, mereka mahu membuktikan mereka hebat dan ikhlas?

Atau Dr. Mohamad Khir dan Mukhriz menyindir Ketua Pergerakan Pemuda Umno sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menerima perlantikan menjadi Menteri, ketika menjadi Ketua Pemuda Umno menyebabkan Umno lemah?

Memetik kata-kata Mukhriz ketika mengatakan dia tidak mahu menjadi Menteri kerana mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Barangkali Mukhriz tidak nampak Hishammuddin yang masih memegang jawatan Ketua Pemuda dan Menteri Pelajaran, telah gagal menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Dr. Mohamad Khir pula mengatakan, Pemuda perlu lebih berani dalam apa juga perkara kerana itu sebenarnya yang akar umbi mahukan. “Saya rasakan kalau menerima jawatan dalam Kabinet, tugas sebagai Ketua Pemuda terhad kerana banyak halangan yang boleh menjejaskan pergerakan itu,”

Mungkin Dr. Mohamad Khir nampak Pemuda Umno di bawah kepimpinan seorang yang berjawatan Menteri tidak berani dan terhad kerana banyak halangan hingga menjejaskan pergerakan itu. Mudah-mudahan, kenyataan kedua-dua calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno ini mendapat respon dari Hishammuddin kerana Hishammuddin tidak dikagumi oleh kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini, mungkin kerana Hishammuddin menyandang jawatan Kabinet.

Malahan, kenyataan kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini, bolehlah (jika ianya baik) diguna pakai oleh calon-calon Naib Presiden Umno, Ahli-Ahli MT, Ketua Pergerakan Puteri dan Wanita, supaya jangan menerima tawaran menyertai cabinet, dikhuatiri menjadi tidak cukup berani, terhad dan banyak halangan untuk bergerak dan berjuang.

Jika inilah tahap pemikiran calon Ketua Pergerakan Pemuda, dengan alasan memegang jawatan kabinet menjadikan mereka terhalang daripada meneruskan perjuangan, malangnya bagi Pergerakan Pemuda Umno yang menyokong mereka berdua.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini ingin memberitahu, semua penyandang jawatan Menteri dalam Kabinet yang ada hari ini, tidak berani menyampaikan suara akar umbi kerana halangan jawatan mereka itu.

Hanya mereka berdua sahajalah kononnya yang mampu memperjuangkan Umno tanpa jawatan dalam kabinet. Siapa sebenarnya yang hendak menawarka jawatan kabinet kepada mereka ini? Dr. Mohamad Khir jangan ‘bergurau’ kerana dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor yang merupakan jawatan yang cukup besar dalam usianya yang cukup muda, tetapi telah memusnahkan harapan Umno dan BN di Selangor.

Sedarkan dia sekarang, dengan pelbagai isu yang melanda Selangor, termasuk apa yang berlaku dalam PKNS, sebenarnya airmata orang-orang Melayu yang dikecewakan oleh Dr. Mohamad Khir. Jika Dr. Mohamad Khir tidak mempersenda-sendakan ‘isu penyapu’ dan ‘makan tempe’, hari ini Umno dan BN masih berkuasa di Selangor.

Isu banjir di Shah Alam dan pengondolan bukit-bukit di Selangor yang Dr. Mohamad Khir harus bertanggungjawab juga sebenarnya sedikit sebanyak membantu Umno dan BN di Selangor hancur. Adakah Dr. Mohamad Khir mahu bangkit dengan Pemuda Umno sekarang atau, dalam hatinya mahu menghancurkan Pergerakan Pemuda Umno yang sudah semakin gemilang sekarang!

Bekerjalah sekarang kerana sekarang tiada jawatan Kabinet. Kuatkan Umno dan Pemuda Umno di Selangor terlebih dahulu sebelum menjelajah ke seluruh bahagian-bahagian ‘membahagi-bahagikan’ tempe untuk semua Pemuda Umno menjadi ‘putih’ seputih pipi Dr. Mohamad Khir.

Tiada permit himpunan mansuh ISA Pakatan terbatal - Malaysiakini

Polis menahan sembilan orang lelaki, termasuk beberapa pemimpin PAS berikutan suatu perhimpunan yang disifatkan sebagai haram oleh pihak polis di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, Ampang, di Kuala Lumpur malam tadi.

Antara yang ditahan ialah Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamarulzaman Mohammad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Mohd Sani Hamzan dan Ketua Unit Amal Wilayah Saifudin Abdullah dan beberapa orang penyokong.

Tujuh orang dari mereka ditahan ketika berkumpul di dataran tersebut dan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk disoal siasat manakala Mohamad Sabu dan Salahuddin ditahan ketika berada di dalam balai berkenaan ketika mahu berunding mengenai penahanan tujuh orang tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan berkata polis terpaksa menahan kesemua mereka disebabkan keingkaran mereka untuk beredar dari tempat tersebut.
“Kita akan ambil keterangan mereka sebelum membebaskan mereka setelah siasatan selesai kelak. Sebelum ini kita telah beri peringatan supaya tidak sesekali menganjurkan atau menyertai perhimpunan tersebut tetapi mereka ingkar,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Pandan Indah di sini tengah malam tadi.
Beliau berkata kira-kira 300 anggota polis termasuk FRU dikerah untuk mengawal keadaan yang dihadiri kira-kira 150 orang penyokong.

Perhimpunan di dataran itu bermula kira-kira 9 malam dianjurkan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI). Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikannya tetapi beliau tidak hadir malam tadi.