Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, November 4, 2008

Saingan terakhir Khairy-Khir - Malaysiakini

Malaysiakini - Mesyuarat Pemuda Umno di seluruh negara yang bermula pada awal bulan lalu hampir sampai ke penghujungnya, akhir minggu ini.

Sebanyak 179 daripada 191 bahagian pergerakan itu mengadakan mesyuarat mereka sehingga hujung minggu lalu. -->>lanjut

Apakah sebenarnya yang disuarakan oleh akar umbi? - Malaysiakini

Oleh : Otai Siber
Hari ini semua orang UMNO dengan bangganya mengatakan bahawa bangunnya dan bersuaranya suara akar umbi dengan bangga sekali. Suara akar umbi sepatutnya datang dari cawangan dibawa ke bahagian dan mesyuarat bahagian adalah merupakan gelanggang orang-orang UMNO membawa suara mereka untuk didengar dan diperhebahkan. Mesyuarat bahagian sepatutnya memberikan laluan kepada suara akar umbi membentangkan usul permasalahan dalaman UMNO dan juga isu-isu ekonomi dan juga isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang yang cuba melemahkan UMNO mahupun membentangkan usul mengenai gejala politik wang yang berleluasa sekarang. Di sinilah sepatutnya suara ini diperdengarkan. Apa dah jadi dengan mesyuarat bahagian kali ini.

Setelah hampir 3/4 mesyuarat bahagian diadakan, usul bukanlah agenda pertama yang diperbualkan, usul juga bukan menjadi agenda utama yang dijadikan bahan utama berita didada akhbar dan media eletronik, mengapa ini tidak berlaku. Kebanyakan mesyuarat bahagian tidak mempunyai cukup korum ketika membahaskan usul kerana bagi mereka yang menjadi klimaks dalam mesyuarat bahagian kali ini adalah, siapa yang dicalonkan. Yang menjadi laporan dada-dada akhbar dan media eletronik sekarang siapakah yang mendapat pencalonan, siapakah yang layak untuk bertanding, siapakah calon yang ‘favorate’.

Pernahkah anda terdengar ada orang bertanya, apakah usul yang dibawa oleh bahagian yang baru selesai bermesyuarat? apa yang anda dengar adalah, siapa yang menang, si anu menang ke kalah, siapa yang di calonkan oleh bahagian berkenaan. Perwakilan juga kurang berminat untuk memikirkan usul apatah lagi membawa usul. Akhbar dan media eletronik lebih berminat dengan keputusan pencalonan. Kenapa? Ahli UMNO juga tidak berminat untuk membincangkan usul, tiada yang berminat untuk membawa usul politik wang, kenapa ? tepuklah dada tanyalah selera. Inikah yang anda semua katakan bahawa suara akar umbi sudah mula terdengar? suara apa ? suara yang bagaimana ? berapa ? apakah ini suara yang lantang terdengar dikatakan suara akar umbi yang perlu kita banggakan. Hakikatnya..inilah suara yang sebenar yang kita dengar.

Suka tidak suka, kita sebenarnya berada dalam demokrasi yang terbuka. Demokrasi yang menyokong apa yang disokong oleh ramai, umpamanya, jika satu bahagian ada 100 orang dan 70 orang berkata 2 x 5 jawapannya 12, dan hanya 30 orang yang menjawab 10, maka yang menjawab 12 akan menang. Inilah demokrasi amalan kita sekarang. Fikirkanlah bangsaku yang mengakui bahawa telah maju dalam politik.