Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, October 30, 2008

Dah di jangka... kempen jahat sudah bermula - Malaysiakini

Oleh : Maslina MS
Tersebarnya gambar yang memburukkan Khairy Jamaluddin didalam beberapa blog dan laman web semalam semalam sememangnya telah diduga. Malahan penyokong Khairy amat terperanjat kerana jangkaan mereka meleset sekali kerana mereka menyangkakan gambar yang lebih teruk dari itu yang akan diedarkan.

Apa yang mereka jangka selama ini jelas dan nyata adalah tepat dan benar. Khairy ada kekuatan kerana ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dengan mengedar gambar yang tidak ke haruan dimana hujung dan di mana pangkalnya. Bagaimana gambar ini lahir, tidak perlu dipersoalkan kerana dalam dunia yang serba canggih dan moden ini, apa sahaja boleh dilakukan. Persoalannya adalah mengapa gambar ini dicipta dan dilahirkan untuk tatapan pelayar laman web dan akan terus edar kan dengan niat yang jahat?

Jika Khairy adalah haprak yang tidak berguna dan tidak menggugat kedudukan antara calon-calon yang bertanding kerusi Ketua pemuda UMNO tidak mungkin akan lahirnya gambar ini. Khairy tidak perlu menafikan atau memberikan respons terhadap gambar ini kerana ianya bukanlah satu perkara yang perlu diperjelaskan kerana bagi mereka yang berfikiran waras, mereka sudah dapat membaca dan menilaikan kenapa dan mengapa gambar itu disebarkan.

Dengan tersebarnya gambar ini jelas bahawa kempen kotor pemilihan Pemuda UMNO Malaysia telah bermula. Sebaik saja Khairy akan melonjakkan nama beliau dan mendapat publisiti yang luas yang akan menguntungkan beliau, maka akan timbullah sesuatu yang akan membunuh publisiti yang baik itu. Cadangan berdebat adalah satu cadangan yang baik yang menaikkan nama Khairy buat minggu ini, maka gambar itu tersebar untuk memadamkan pencapaian itu.

Hebat….. pertandingan kali ini. Calon yang bertanding sememangnya hebat-hebat dan punyai gaya dan taktik tersendiri untuk menambat hati perwakilan yang akan memilih Ketua mereka. Inilah yang hebat dalam UMNO. Khairy sememangnya tidak bengkang hidup dengan perkara sebegini dan bagi beliau tentu sudah tidak menjadi kudis lagi. Vedio yang lebih teruk pernah diedar kan oleh mereka yang mahu menghalang kerjaya politik beliau, namun semuanya dapat diatasi dengan pemikiran waras rakyat Malaysia dan beliau tetap menang di Parlimen Rembau.

Banyak lagi kempen kotor yang kita akan terima menjelang pemilihan UMNO ini, ini hanya satu permulaan kerana apa yang kita lihat gambar yang di cipta tidaklah sehebat mana, kerana jika kita tahu dari segi teknikal fotography dan super impose itu adalah hasil kerja yang tidak menarik dan real. Gambar manusia telanjang pun boleh di super impose, ini kan pula gambar meja yang kabur diletak dihadapan orang. Gambar Presiden Bush berpeluk dengan kita pun boleh kita lakukan, inikan duduk sahaja bersebelahan.

Ada baiknya juga gambar ini bagi melonjakkan publisiti terhadap calon pemuda ini, lagi banyak kontroversi lagi mempopularkan beliau seperti apa yang berlaku dengan artis-artis yang penuh dengan gossip. Tanpa gossip siapa lah artis berkenaan. Tanpa dugaan si apalah seorang ahli politik.

Berikut adalah kenyataan Presiden Kelab KJ - saudara Jinggo

Itu biasalah, jika takut dilanda ombak jangan berumah ditepian pantai, jika takut menghadapi cabaran jangan menggelarkan diri sebagai seorang pemimpin. Ini perkara biasa dan lumrah manusia yang punya perasaan terutama sekali perasaan PHD yang berlebihan.

Zainuri Zakaria - Ketua Pemuda Port Kelang

Kami tidak hairan dan sudah lali dengan perkara sebegini. Biasalah orang yang popular. Pemuda tidak sebodoh itu untuk meletakkan pemikiran mereka sama tahap dengan pemikiran pembangkang. Pemuda Port Kelang akan terus berdiri teguh di belakang Khairy. Buatlah gambar apa sekali pun.

Tuduhan Mukhriz...apa komen Ketua Pemuda UMNO Bahagian - Malaysiakini

Agendadaily | Ekoran kenyataan calon Ketua Pemuda UMNO yang paling popular mendapat pencalonan Datuk Mukhriz Mahathir menuduh Agendadaily mempunyai agenda dalam menyiarkan komen-komen mengenai cadangan diadakan debat bagi calon-calon Ketua Pemuda UMNO, ramai kalangan Ketua Pemuda dan pemimpin UMNO mula menghantar reaksi mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Agendadaily.

Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan cadangan penganjuran debat berkenaan. -->>lanjut

Puak Dalam Parti Bakal Musnahkan Umno - Malaysiakini

Kewujudan “puak-puak” akibat keghairahan calon merebut jawatan dalam Umno boleh menyebabkan kehancuran kepada parti itu, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketika melahirkan kebimbangan itu, Azalina berkata kempen merebut jawatan dalam parti itu sejak kebelakangan ini seolah-olah telah mewujudkan “puak-puak” untuk meraih sokongan.
“Sekarang kononnya wujud team A, B dan C di dalam pemilihan Umno dan ini adalah perkembangan yang tidak sihat dan akan menyebabkan perpecahan dalam parti serta akan membawa kepada kehancuran Umno,” kata Azalina yang juga Menteri Pelancongan Malaysia.
Azalina, yang kini dalam misi mempromosi pelancongan negara di Mesir, turut mengingatkan anggota Umno agar memilih pemimpin berdasarkan keupayaan untuk memperkukuhkan parti terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Tidak ada gunanya jika dipilih menjadi pemimpin tetapi disebabkan oleh perbalahan ini akan menyebabkan Umno menjadi parti pembangkang,” katanya kepada pemberita Malaysia di Kaherah (Mesir).
Azalina yakin calon presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak terlibat dengan mana-mana puak.
“Sesiapa yang mendakwa diri mereka tergolong dalam puak-puak tertentu dan menerima sokongan daripada pemimpin tertentu adalah individu yang cetek dan hanya mengejar jawatan serta menggunakannya sebagai satu strategi politik untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.
Mengenai dakwaan beliau dikaitkan sebagai “orang Pak Lah”, Azalina berkata beliau seorang yang setia kepada presiden parti dan bukan individu.
“Saya setia kepada presiden dan bukan kepada seseorang individu. Saya setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi presiden dan kepada Abdullah.

“Selepas Najib dipilih menjadi presiden, kesetiaan saya akan ditumpukan kepada beliau sebagai presiden parti,” katanya.
Mengenai pencalonan beliau sebagai Naib Ketua Wanita Umno, Azalina berkata beliau sedia bertanding jawatan itu jika mendapat pencalonan yang mencukupi.

Azalina kini menerima 10 pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Wanita Umno. Kelayakan bertanding jawatan itu ialah 29 pencalonan.

Ditanya sama ada beliau sanggup bekerjasama dengan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz, Azalina berkata beliau boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.
“Saya telah berkerjasama dengan Rafidah sejak 2004 begitu juga dengan Shahrizat. Soalan sama ada saya boleh atau tidak bekerjasama, tidak timbul,” katanya.
Beliau turut menggesa Pergerakan Wanita Umno menerima bekas anggota Puteri Umno ke dalam Wanita Umno sepertimana Pemuda diterima masuk ke dalam Umno.
“Jangan anggap Puteri Umno sebagai isteri kedua ataupun anak tiri sebaliknya Puteri merupakan anak bongsu yang mampu menguatkan Umno,” katanya.

Tumpukan Usaha Perkasa "Inisiatif Perkongsian Tulin" Bukan Hapuskan Ekuiti - Malaysiakini

Desakan MCA agar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam dimasuhkan dianggap sebagai cadangan yang tidak kena dan tepat pada masanya.

Pengerusi Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata pada ketika ini bukanlah satu keperluan yang sangat mendesak agar perkara-perkara asas seumpama itu diperbincangkan.

Serentak itu, beliau mencadangkan agar usaha 'Inisiatif Perkongsian Tulin' (Genuine Partnership Initiative) lebih wajar diberikan pemerkasaan oleh pihak kerajaan dalam membina ruang dan teras ekonomi baru yang boleh dinikmati semua pihak.
"Kita memerlukan lebih banyak 'model dan cerita sukses usaha ekonomi' yang bersifat Malaysia. Kejayaan kerjasama ini dirasakan mampu menjadi 'asas' kepada keterbukaan minda dan kesiagaan sikap bumiputera bersaing secara terbuka di dalam sektor swasta.

"Kerjasama ekonomi tulin inilah yang mampu memberikan keyakinan bahawa wujud 'keikhlasan dan kesungguhan' dalam membangun ekonomi secara bersama dan lebih menyerlahkan kepentingan semua kaum", katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Jelas beliau lagi cadangan kerjasama ekonomi tulin ini lebih mampu dilaksanakan daripada terus mendesak kepada agenda pemansuhan yang terlalu ’ad-hoc’ dan mendadak sepertimana yang disuarakan oleh MCA.
"Suasana sekarang menuntut kita untuk menjadi lebih bertanggungjawab dengan sebarang cadangan yang ingin disuarakan", ujarnya.
Kelmarin, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai mencadangkan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam dihapuskan memastikan daya saing syarikat berkenaan.

Tambah Reezal lagi pihaknya tidak dapat menerima rasional milikan ekuiti 30 peratus menjadi hambatan kepada persaingan yang terbuka dan bersifat global.

Ini kerana teggasnya 30 peratus hanyalah 'garis dasar' (baseline) yang sangat asas dan tidak memungkinkan sebarang masalah daripada sudut membuat keputusan strategik untuk kepentingan entiti perniagaan.
"Kita melihat ucapan Datuk Seri Najib Razak tentang keperluan liberalisasi persaingan, dirasakan tidak disambut dengan 'semangat yang betul' oleh rakan-rakan parti komponen.

"Keperluan bumiputera bersedia untuk bersaing secara terbuka tidak bermakna dengan mencadangkan suatu pendekatan yang melampau dan 'ad-hoc' seperti yang disuarakan. Pemansuhan ekuiti secara 'serta merta' bukanlah sesuatu yang Pemuda UMNO boleh terima begitu sahaja.

"Dan kesediaan 'memansuhkan' apa jua asas yang dinikmati selama ini – perlu didahului dengan usaha 'pemansuhan dan pembersihan' minda yang stereotaip dan berprasangka sesama kita", katanya.