Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, October 25, 2008

Kabinet mungkin dirombak - Malaysiakini

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rombakan Kabinet mungkin akan dilakukan dalam masa terdekat berikutan perubahan kepada pucuk kepemimpinan dalam MCA selepas pemilihan parti itu minggu lalu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Presiden MCA yang baru, Datuk Ong Tee Keat, perlu berjumpa dengannya untuk memaklumkan sebarang cadangan perubahan wakil parti itu dalam Kabinet yang mahu dilakukan.

Katanya, sudah semestinya Ong akan menemui beliau selepas memegang jawatan Presiden parti itu.
“(Rombakan Kabinet) mungkin berlaku tapi Ong sebagai Presiden MCA kena jumpa saya dulu. Jika dia mahu buat perubahan dia kena maklumkan kepada saya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Perwakilan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) di sini kelmarin.
Perdana Menteri berada di sini untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) Ketujuh, yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Pada pemilihan pucuk pimpinan MCA, 18 Oktober lalu, Ong yang juga Menteri Pengangkutan dipilih sebagai Presiden menewaskan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dalam pertandingan satu lawan satu.

Presiden MCA sebelumnya, Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mempertahankan jawatan. Bagaimanapun keputusan yang mengejutkan beberapa pihak ialah kemenangan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk jawatan Timbalan Presiden yang memperoleh 1,115 undi mengalahkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001 undi).

Empat kerusi Naib Presiden menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha mendahului senarai dengan 1,798 undi; diikuti Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai (1,725); Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen (1,659) dan Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Johor, Tan Kok Hong (1,329).

Ketika ditanya sama ada Ong sudah menetapkan tarikh bertemunya, Abdullah berkata, sehingga kini belum lagi.
“Saya ke sini (untuk menghadiri Mesyuarat Asem)… dia pun sibuk, saya pasti apabila pulang nanti (dia akan bertemu saya),” katanya.

Ditanya mengenai kemenangan Dr Chua dan sama ada wujud kemungkinan beliau akan dilantik menganggotai Kabinet jika berlaku rombakan, beliau berkata: “Pada waktu ini, saya tak dapat beri apa-apa pandangan kerana perlu mendengar pendapat Ong mengenai perkara itu.”

Ketika ditanya sama ada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan Mac tahun depan akan dibawa kepada Disember ini, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata: “Apa yang sudah diputuskan mengenai peralihan kuasa tetap pada Mac tahun depan seperti dipersetujui.”

Pilihan raya baru tidak perlu, BN mahu kekal mandat semasa kata Najib - Malaysiakini

Negara tidak memerlukan pilihan raya baru sebab kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang mempunyai mandat untuk terus memerintah selama lima tahun lagi.
"Kami ingin meneruskannya serta ingin terus berkhidmat hingga tamat tempohnya dan apabila berakhirnya tempoh ini, rakyat boleh menghakimi kami," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Beliau ditanya sama ada mandat baru perlu diminta daripada rakyat dalam wawancara melalui program "Bloomberg Voices" terbitan Bloomberg TV yang disiarkan secara rakaman di Kuala Lumpur hari ini.

Najib juga diminta memberi pandangan tentang DEB.

Beliau yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.
"Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

"Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti," kata beliau "Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian," katanya dalam program 30 minit itu.

"Dan saya percaya, keperluan dan sungutan yang berasas oleh setiap anggota masyarakat Malaysia perlu diuruskan. Kami patut dilihat bersikap serius bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya.
Ditanya tentang wawasan beliau sebagai orang yang bakal menerajui negara ini, Najib berkata, beliau ingin untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan seterusnya, dengan memberi penekanan bukan saja terhadap aspek fizikal, tetapi juga untuk mewujudkan transformasi terhadap negara ini.
"Bukan saja daripada segi pertumbuhan KDNK, tapi kami juga ingin membina negara Malaysia yang lebih kukuh, yang mempunyai institusi serta nilai dan rakyat yang lebih mantap, di samping mampu memenuhi harapan rakyatnya yang lebih tinggi untuk menjadi masyarakat yang lebih progresif, matang dan canggih," katanya.

Mengenai kebebasan awam, Najib berkata kini, masyarakat menjadi semakin canggih dan prihatin terhadap kebebasan sivil, tentang kematangan demokrasi dan "kami perlu menangani perkara itu."

"Contohnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ia merupakan undang-undang pencegahan dalam usaha memerangi keganasan, mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku, tidak kira sama ada ia dalam bentuk keganasan, pergaduhan kaum atau seumpamanya," kata beliau.

"Kesimpulannya, apa jua undang-undang yang diamalkan di negara ini, ia perlu digubal berasaskan jangkaan bahawa ia akan mendapat sokongan popular, jika tidak, ia tidak akan memberi makna," kata Najib.

Mengenai usaha memperkasakan semula Umno, beliau berkata, ia merupakan suatu cabaran besar dan "saya fikir Umno sedang melakukannya. Kami perlu melalui proses menyedari sepenuhnya di mana kami berada sekarang dan apakah kegagalan teruk kami pada pilihan raya umum lepas.

"Umno perlu memiliki kesungguhan dan keinginan politik untuk membuat perubahan dari dalam. Saya berpendapat orang tidak akan menghormati kami jika kami tidak berubah, mengatasi kelemahan yang ada dan mempamerkan imej yang lebih baik.

"Saya telah berkata secara terbuka bahawa kalau kami tidak berubah, maka rakyat akan menukar kami," katanya.

Diminta mengulas tentang perpecahan yang berlaku dalam parti itu, timbalan presiden Umno itu berkata setiap kali ada pemilihan parti, pasti ada orang yang bertanding dan ini menyebabkan wujudnya perbezaan pendapat.
"Tapi, apabila selesai pertandingan, secara umumnya, anggota Umno akan kembali merapatkan barisan. Saya harap ini akan berlaku dan saya fikir ia akan berlaku," katanya.
Mengenai pembabitan beliau dalam politik, Najib berkata beliau memang meminati politik sejak muda lagi, tetapi bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, tidak mahu beliau menceburi bidang itu.
"Beliau mahu saya jadi akauntan," kata Najib sambil menambah bahawa apabila bapanya meninggal dunia semasa menyandang jawatan perdana menteri pada 1976, beliau yang ketika itu baru berusia 22 tahun, perlu membuat keputusan yang amat penting.

"Saya buat keputusan untuk terjun ke dalam kolam yang amat dalam dan mencabar ini.

"Kalau bernasib baik, saya timbul, kalau tidak, saya tenggelam. Saya perlu buat keputusan dan keputusan itulah yang telah saya buat. Saya ingin tegaskan bahawa saya melibatkan diri dalam politik setelah bapa saya meninggal dunia. Ini merupakan satu perbezaan besar," katanya.
Najib berkata setelah berada dalam kerajaan selama lebih dua dekad, beliau berpendapat bahawa sumbangan beliau dalam melakukan pembaharuan terhadap bidang pendidikan semasa menjadi Menteri Pelajaran dari 1995 hingga 1999 dan usahanya memodenkan angkatan tentera, merupakan antara sumbangan penting beliau terhadap negara.
"Saya agak gembira dengan apa yang telah saya capai setakat ini," katanya sambil menambah bahawa konsep yang menjadi pegangan beliau dalam bidang kepimpinan ialah sesuatu yang berasaskan prestasi, manakala dalam konteks kepimpinan pula, beliau ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang mampu melakukan transformasi.

Mesyuarat Pemuda Umno Gua Musang dibatal - Malaysiakini

Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang yang diadakan pada Khamis lepas dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau tetapi oleh Ibu Pejabat Umno.
"Mesyuarat itu batal kerana tidak mengikut tarikh mesyuarat yang diputuskan oleh bahagian yang sepatutnya diadakan pada hari ini.

"Pembatalan mesyuarat itu bukan saya yang putuskan tetapi Ibu Pejabat Umno yang telah membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di Gua Musang, hari ini.
Tengku Razaleigh berkata dengan pembatalan itu, semua keputusan yang dibuat pada mesyuarat Khamis lepas turut terbatal.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada Umno Bahagian Gua Musang sebelum membuat keputusan berhubung pertindihan mesyuarat pergerakan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada hari ini dan Khamis lepas.
"Kena tunggu laporan bahagian Gua Musang dahulu untuk dinilai dan disiasat. Badan Perhubungan Umno tidak boleh masuk campur urusan mesyuarat bahagian," katanya kepada pemberita di Kota Baharu.
Mesyuarat Pemuda bahagian itu hari ini yang dihadiri 78 perwakilan dari 78 cawangan sebulat suara mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda dan anggota Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai calon Naib Ketua pergerakan itu.

Mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada Khamis lepas dihadiri 189 perwakilan daripada 79 cawangan dan turut dihadiri wakil Pemuda Umno Negeri.

Kakitangan kontrak Kemas tak akan diberhentikan - Malaysiakini

Kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang kini seramai 13,965 tidak akan ditamatkan sebaliknya jumlah mereka teruta ma dari kalangan Guru Kemas akan ditambah berikutan pertambahan bilangan murid Tabika Kemas di masa depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata jumlah murid Tabika Kemas dijangka meningkat kepada 220,000 orang pada 2010 berbanding 188,978 orang tahun ini, dan ini sudah tentu memerlukan bilangan Guru Kemas yang lebih ramai.

Tun : Mukhriz lah yang main banyak wang ! - Malaysiakini

Setelah masuk minggu keempat (sebulan ) pencalonan bermula , baru sekarang Che Det sedar ada politik wang yang paling berat berlaku dalam pemilihan pemuda UMNO ‘ lihat ini Itu setelah kami sibuk dengan kekotoran yang berlaku dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. sebelum ini Tun enggan membicarakan mengenai politik wang dalam pencalonan pemuda UMNO setelah di tekan lihat ini . agar beliau membicarakan perihal politik wang. Akhirnya Tun membuka mulut.

Seperti biasa Tun akan menyalahkan orang lain dan bukan anak beliau,Kenapa selepas minggu ke empat Tun mahu membicarakan mengenai politik wang setelah kami merasakan Tun tidak akan berbicara mengenai politik wang .

Tun tanya lah Mukhriz , tak payah lah menunding orang lain , Kerana Mukhriz juga ahli UMNO, Tun tanya berapa banyak dia sumbat pemuda Kedah sehingga tidak satu pun pencalonan terlepas ke tangan orang lain. Tun tanya lah Mukhriz , bagaimana dia dapat pencalonan yang banyak , berapa banyak dia telah habis , berapa banyak ahli perniagaan kroni Tun telah habis untuk mendapatkan 60 lebih pencalonan. Dari calon yang merasakan tidak mendapat sebarang pencalonan dahulu kini mendapat lebih darin 60 pencalonan. tanya lah Mukhriz macam mana dia lakukan.

Penurunan harga minyak tak melebihi 15 sen - Malaysiakini

Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen.

Perkara itu dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, di Johor Bahru, hari ini.

Terkini Pencalonan UMNO 2008 - Malaysiakini

8.00 malam Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat 79 pencalonan untuk jawatan presiden, manakala Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat 56 pencalonan untuk jawatan timbalan presiden. Dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 17 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 13 pencalonan.

pencalonan umno 251008.35 pm Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddn Yassin masing-masing mendapat dua lagi pencalonan dari bahagian Kuala Kedah dan Beaufort. Dengan itu Najib kini mendapat 79 pencalonan manakala Muhyiddin 53 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Kuala Kedah mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Isa Samad.

Beaufort pula mencalon Hishammuddin, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Khaled Nordin.

Dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Mohd Ali Rustam (17) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 11 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (65), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (42), Datuk Shafie Apdal (37), Datuk Khaled Nordin (39), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

5.20 pm Datuk Mohd Ali Rustam mendapatkan dua lagi pencalonan menjadi 17 setakat ini. Beliau dicalonkan oleh bahagian Tangga Batu, Melaka dan Setiawangsa, Kuala Lumpur. Kedua bahagian tersebut turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, Tangga Batu mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

Manakala Setiawangsa juga turut mencalonkan Hishammuddin dan Shafie, manakala seorang lagi ialah Datuk Jamaluddin Jarjis.

Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 51 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 11 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (63), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (41), Datuk Shafie Apdal (36), Datuk Khaled Nordin (38), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

5.05 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-11 dari bahagian Setiu, Terengganu untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussien, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khaled Nordin.

Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 51 pencalonan manakala Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 15 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (61), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (41), Datuk Shafie Apdal (34), Datuk Khaled Nordin (37), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

4.50 pm Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-15 dari bahagian Dungun, Terengganu untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Tan Sri Isa Samad bagi pencalonan ketujuh. Dungun juga mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin untuk jawatan naib presiden.

Sehingga ini, Hishammuddin memperolehi 60 pencalonan manakala Khaled mendapat 36 pencalonan.

Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 51 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib memperolehi 10 pencalonan.

Calon lain bagi naib presiden ialah Datuk Shafie Apdal (34), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (40), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

4.35 pm Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-51 dari bahagian Hulu Terengganu, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Shafie Apdal, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

Dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 14 dan 10 pencalonan.

Calon lain bagi naib presiden ialah Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

4.10 pm Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-50 dari bahagian Tanjung Piai, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Manakala Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dicalon sebagai naib presiden.

Sehingga ini, dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 14 dan 10 pencalonan.

Calon lain bagi naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein (58), Datuk Shafie Apdal (40), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

3.50 pm Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-49 dari bahagian Tanjung Piai, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Untuk naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

2.15 pm Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-48 dari bahagian Simpang Renggam, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Untuk naib presiden, ia mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setakat ini, Hishammuddin mendapat 57 pencalonan, Zahid (38), Khaled (32) dan Datuk Shafie Apdal (33).

2.10 pm Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-47 dari bahagian Labis, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Labis mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

1.50 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-14 dari bahagian Jasin bagi jawatan timbalan presiden. Bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Syed Hamid Albar.

1.00 t/hari Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-10 hari ini dari bahagian Marang, Terengganu. Datuk Seri Najib Tun Razak pula mendapatkan pencalonan ke-67 bagi jawatan presiden dari bahagian yang sama.

Manakala calon naib presiden pula ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

12.30 t/hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga ini mengumpul 66 pencalonan dan layak bertanding jawatan presiden Mac depan.

Begitu juga calon timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperolehi 46 pencalonan dan layak bertanding jawatan tersebut.

Dua lagi calon timbalan presiden, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing mendapat 13 dan sembilan pencalonan.

Bagaimanapun, penyokong mereka yakin Mohd Ali dan Muhd Taib akan memperolehi pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan berkenaan.

Kelayakan minima untuk bertanding jawatan timbalan presiden ialah 39 pencalonan.

Semalam, Muhd Taib dilaporkan berkata bukan menjadi masalah besar untuk calon-calon bertanding jawatan timbalan presiden Umno sekiranya mesyuarat bahagian lebih menjurus mencalonkan mereka yang berasal dari negeri masing-masing.

Menurut, perkara itu sudah menjadi kelaziman, misalnya mesyuarat bahagian di Johor sudah semestinya mencalonkan Muhyiddin dan bahagian di Melaka pula calonkan Mohd Ali.

Muhd Taib yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu yakin beliau akan melepasi kuota bertanding jawatan berkenaan kerana masih banyak lagi bahagian yang belum
bermesyuarat.

"Masih ada 127 bahagian yang belum bermesyuarat dan di Selangor sendiri masih ada 15 bahagian yang belum mesyuarat," katanya kepada pemberita.

Beliau turut membayangkan keyakinan beliau akan mendapat sokongan daripada mesyuarat bahagian di Selangor.

"Masih banyak lagi...yang negeri lain itu bagi-bagilah pada calon lain pula ada banyakkan apa susahnya," katanya.

Pencalonan Terkini Pencalonan Ketua Pemuda - Malaysiakini

7.50 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-34 dari bahagian Maran, Pahang, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Razali kini mendapat 74 pencalonan.

7.40 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-33 dari bahagian Lumut, Perak, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Razali kini mendapat 73 pencalonan.

6.45 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-65 dari bahagian Sri Gading, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Razali kini mendapat 72 pencalonan.

6.30 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-44 dari bahagian Papar, Sabah yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

pencalonan pemuda 2510085.30 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat dua lagi pencalonan, menjadi 32, bagi jawatan ketua Pemuda. Beliau mendapat pencalonan dari Sandakan dan Kluang. Sandakan turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

5.00 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan pertama untuk hari bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tambun, Perak. Beliau kini mendapat 64 undi manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

4.45 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-43 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tangga Batu, Melaka, yang turut mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

4.15 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-42 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sembrong, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Razali kini mendapat 68 pencalonan.

3.50 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-41 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sabak Bernam, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Reezal kini mendapat 54 pencalonan.

3.20 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-40 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tawau yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Reezal kini mendapat 53 pencalonan.

3.00 pm Khairy Jamaluddin layak bertanding jawatan ketua Pemuda selepas mendapatkan pencalonan daripada Pemuda bahagian Gua Musang yang bermesyuarat semula hari ini.

Mesyuarat itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Mesyuarat pertamanya dua hari lalu mencalonkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda dan Reezal sebagai naib ketua.

Dengan ini pencalonan bagi Dr Mohd Khir kini kembali kepada 30 manakala pencalonan bagi Reezal pula kembali kepada 52.

2.00 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-31 dari bahagian Parit, Perak yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

Seorang lagi calon naib ketua, Razali Ibrahim yang juga ahli Parlimen Muar, sehingga mengumpul 66 pencalonan.

12.30 t/hari Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hanya memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno parti Mac depan.

Semalam, Khairy mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Hulu Terengganu, menjadi pencalonan baginya sehingga ini berjumlah 38.

Kelayakan minima bagi jawatan ketua Pemuda ialah 39 pencalonan.

Ahli Parlimen Jerlun sudah melepaskan kelayakan minima. Sehingga beliau mendapat 63 dan pencalonan terbaru adalah dari bahagian Kubang Pasu semalam.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan mendapatkan 63 pencalonan, termasuk dari bahagian Beluran, Sabah.

Bagaimanapun, selepas dibuat pengiraan semula, pencalonan dimenangi oleh seorang lagi calon, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Bekas menteri besar Selangor itu kini memperolehi 30 pencalonan termasuk, satu lagi dari Marang, Terengganu semalam.

Sehingga ini, kesemua 13 daripada 15 bahagian di Kedah telah mencalonkan Mukhriz.

Manakala dua lagi Pemuda bahagian di Kedah - Kulim Bandar Baru dan Sungai Petani - dijadual bermesyuarat minggu depan.

Di Sabah, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat tujuh pencalonan.

Di Perak, Dr Mohd Khir mendahului pungutan pencalonan dengan memperolehi enam setakat ini.

Manakala Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat lima pencalonan dari negeri tersebut.

Pemilihan UMNO...Disember atau Mac? - Malaysiakini

Disember atau Mac? Itulah keputusan yang ditunggu oleh ahli-ahli UMNO khususnya sama ada pemilihan parti itu akan diadakan pada tarikh asal Disember ini atau kekal Mac 2009.

Malah, keputusan itu juga dinantikan kerana ada kenyataan yang dibuat bahawa Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat 30 Oktober depan dijangka akan membincangkan soal tempoh kempen pemilihan parti tersebut.

Perkara tersebut berbangkit apabila pelbagai pandangan mengenai tempoh kempen yang panjang diberikan. Rata-rata berpendapat, tempoh yang panjang itu boleh menyebabkan macam-macam hal berlaku.

Sebelum ini Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan alasan tempoh kempen yang panjang boleh jejaskan tumpuan dan produktiviti calon khususnya yang memegang jawatan dalam kerajaan.

Kenyataan Muhyiddin itu disambut oleh Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang secara khusus mencadangkan tarikh pemilihan dikembalikan kepada Disember kerana tempoh kempen yang panjang akan mewujudkan unsur tidak sihat seperti fitnah dan gejala politik wang.

Terbaru hari Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata, tempoh kempen yang terlalu panjang boleh menyebabkan gejala rasuah politik semakin berleluasa.

Mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, buat masa ini tiada perubahan tarikh pemilihan parti yang diputuskan.

Sebelum ini pada 21 Oktober lalu lalu (Selasa), Najib berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijangka diadakan pada 30 Oktober ini akan membincangkan mengenai tempoh kempen pemilihan UMNO.

''Kita akan jawab semua soalan ini pada 30 haribulan, buat masa ini, tidak ada sebarang perubahan tarikh yang dibuat,'' kata Najib.

Sementara itu di Beijing Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan tarikh pemilihan dipercepatkan hanya berkata “Kami telah mempunyai pelan peralihan kuasa, dan pelan ini berkuatkuasa pada Mac tahun depan”.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang diberikan, isu tempoh kempen yang panjang dijangka akan dibincangkan pda mesyuarat MT yang akan datang kerana pelbagai pandangan dibangkitkan bukan sahaja oleh kalangan pemegang jawatan tertinggi dalam parti tetapi juga kalangan pimpinan UMNO di peringkat Bahagian.

Namun keputusan mesyuarat itu, ia mungkin akan memberikan cadangan beberapa bentuk kaedah bagi pastikan tempoh kempen yang panjang tidak mewujudkan suasana yang tidak sihat kepada pemilihan UMNO ataupun hanya membuat pengesahan kepada keputusan yang dibuat sebelum ini untuk menangguhkan pemilihan parti pada Mac 2009.

Tinjauan umum mendapati tempoh kempen yang panjang dilihat boleh mewujudkan suasana tidak sihat termasuk kemungkinan wujudnya gejala politik wang tetapi pada masa yang sama temoh kempen yang panjang memberikan ruang yang lebih kepada yang akan bertanding bertemu para perwakilan.

Beranikah Kita Untuk Berubah? - Malaysiakini

Pilihan Raya Umum ke-12 sejak negara mencapai kemerdekaan telah berlangsung pada 8 Mac 2008 dalam semangat yang mencerminkan bahawa amalan demokrasi di negara kita terus utuh dan terus dipertahankan.

Setiap pihak sama ada parti-parti politik yang bertanding, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pelbagai jentera kerajaan, pasukan keselamatan dan orang-orang perseorangan telah berusaha untuk memelihara kestabilan negara demi menjamin kuasa pemerintahan awam dapat diteruskan.

Sedarlah, Pilihan Raya Umum yang baru berlangsung tujuh bulan yang lalu telah mengubah pola penguasaan politik di dalam negara kita.

Kita bersyukur kerana Barisan Nasional (BN) masih dapat berkuasa menerajui kerajaan pusat, walaupun tanpa kelebihan dua pertiga majoriti. BN turut kehilangan lima buah negeri di samping Kelantan yang masih gagal kita tawan.

Hakikatnya BN berjaya melawan arus perubahan namun bagi kawasan yang dimenangi calon BN terutamanya di kawasan-kawasan pengundi Melayu, majoriti BN mula menurun dan merosot.

Realiti ini tidak membolehkan BN leka dilamun mimpi kejayaan walaupun masih berkuasa. Pola pengundian di kalangan pengundi Melayu wajar dilihat sebagai loceng amaran bahawa pengaruh UMNO dan BN mula tercabar.

Hakikatnya, kita perlu SEDAR realiti ini menuntut kita berfikir secara serius supaya dapat mengenal pasti punca kelemahan hingga UMNO dan BN kini, kurang mendapat kepercayaan rakyat, kurang mendapat kepercayaan dari bangsa kita sendiri, kurang mendapat kepercayaan dari anak-anak muda yang bakal mewarisi kemerdekaan yang telah UMNO perjuangkan sejak 62 tahun yang lalu.

Adakah kita bangga dengan kejayaan kita dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Adakah kita bangga melihat prestasi UMNO dan BN sejak kebelakangan ini, adakah kita bangga menjadi anak merdeka hasil perjuangan UMNO sejak sekian lama ini?

Kemerosotan prestasi UMNO dilukis sebagai kejayaan besar buat parti pembangkang. Kelemahan UMNO telah memberi kekuatan kepada pakatan pembangkang.

Kelebihan undi yang kelihatan memihak kepada pembangkang digembar-gembur sebagai tanda UMNO akan berkubur. Mereka dengan megah membuat pengistiharan akan menawan Malaysia berpandukan Teori Dominonya.

Tarikh 16 September 2008 meletakkan harapan palsu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang sebagai tarikh kejatuhan BN dan tarikh kebangkitan suara rakyat, kononnya.

Mereka kini terus bermimpi, mereka terus memasang cita-cita, mereka terus memberikan harapan agar Malaysia jatuh ke tangan mereka.

Tetapi, sekiranya kita alpa dan lalai, percayalah bahawa mimpi, cita-cita dan harapan pakatan pembangkang untuk menguburkan UMNO dan BN, pasti menjadi realiti.

Walaupun pahit untuk ditelan, walaupun sakit mata memandang, walaupun pekak telinga mendengar... kita harus terima hakikat bahawa masyarakat khususnya orang muda mahu melihat satu pembaharuan, UMNO perlu berubah jika mahu kembali diterima.

Namun, beranikah kita untuk berubah, tepuk dada tanyalah hati kita sendiri?

Dilema seorang Ketua UMNO Bahagian…. - Malaysiakini

Kenapa ni Datuk? Seronok tengok Datuk Shahrir Samad lama merenung buku kecil ni.Kalau nak tau apa yang tercatat dalam buku kecil ini bukanlah senarai harga barang.

Walaupun sibuk kena pantau dan jaga segala macam hal pasal harga barang tapi di musim menjelang pemilihan UMNO Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ni yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu juga terpaksa melayan kawan-kawan yang datang melobi minta pencalonan dari bahagiannya untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO,Naib Presiden dan Timbalan.

Biasanya semua datang jumpa beliau minta pencalonan itu dicatatkan dalam buku kecil itu. “ Takut lupa,” katanya semasa berbual di bilik rehat Ahli Parlimen petang Khamis.

Ditanya apakah beliau memberi apa-apa komitmen misalnya janji pasti calonkan mereka yang datang jumpanya,Shahrir kata, “ tidak...komitmen saya setakat catat saja dulu.”

Beliau membayangkan apa jua keputusan muktamad siapa nak dicalon oleh bahagiannya nanti terserah pada mesyuarat bahagian.

Menteri ini yang nak mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO nampak relaks saja.

Malah semasa diminta oleh seorang yang menawar diri untuk bertanding supaya masukan namanya dalam senarai bahagian Johor Bharu, Shahrir tidak kedengaran pun meminta sebagai balas namanya dimasukan dalam senarai bahagian orang berkenaan.

Dalam musim pemilihan ini keadaannya memang boleh memeningkan kepala seseorang Ketua UMNO Bahagian.

Ini kerana yang datang melobi minta pencalonan ramai manakala jumlah pencalonan pula terhad.

Bagi jawatan Timbalan Presiden cuma satu nama boleh dicalonkan,Naib Presiden tiga manakala ahli Majlis Tertinggi UMNO 20.

Ada juga yang mengamalkan cara barter trade – aku bagi engkau…engkau bagi aku.

Bagi seseorang Ketua UMNO Bahagian yang juga nak bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO keatas soal pencalonan bahagianya kenalah berstrategi.Ini untuk memastikan dia juga mendapat pencalonan yang tinggi.

Biasanya mereka lebih cenderong nak buat ‘ pertukaran ‘ pencalonan dengan calon-calon dari negeri-negeri yang banyak bahagian seperti Sabah,Johor dan Perak.

Melaluinya mereka berharap ia akan mendorong rangkaian kawan-kawan di bahagian-bahagian lain di negeri itu mencalonkannya sama.

Apapun siapa yang bakal dicalonkan oleh UMNO bahagian Johor Bharu pada mesyuaratnya 26 Oktober ini juga dikira menarik untuk diperhatikan.

Ini kerana dalam percaturan politik tanahair Shahrir selalu dikira orang yang ‘ lain sikit’ dari orang lain.

Mengapa Khairy tidak layak menjadi Ketua Pemuda UMNO? - Malaysiakini

Bukan hanya sekadar memberikan kelayakan kepada Khairy Jamaluddin untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO, sokongan padu perlu diberikan kerana beliau bukan bergantung kepada kepopulariti , beliau sendiri dan bukan berpayung sebagai menentu Perdana Menteri. Pencalonan yang diberikan kepada beliau adalah terjemahan hasil kerjaya beliau yang sebenar dalam politik tanah air.

Akar umbi juga telah membuktikan bahawa mereka juga adalah penyokong Khairy Jamaluddin selaku naib Ketua Pemuda UMNO dan bukan menentu Perdana Menteri, kejutan kempen calon yang menentang Khairy dan isu bapa mentua diperbesarkan mencacatkan sedikit pencalonan kerana banyak komen-komen nagatif sengaja diadakan untuk melenyapkan Khairy dalam arena politik tanah air. Namun sokongan akar umbi akan merubah rentak di akhir-akhir pencalonan kerana ahli UMNO mulai sedar bahawa Khairy punyai kelebihan tersendiri.

Tidak hairan jika pencalonan kepada Khairy agak lembab kerana ramai yang telah termakan hasutan dan terpengaruh dengan kempen calon yang mahu menjatuhkan Khairy Jamaluddin. Bukan sekadar layak pencalonan sahaja, tetapi minggu ini kita perlu memberikan pengiktirafan tempat yang mutlak kepada yang hak untuk menerajui Pemuda UMNO. Jika dahulu ramai yang mengatakan Khairy Jamaluddin bernaung dibawah payung Perdana Menteri dan tidak mempunyai penyokong akar umbi, hari ini tanpa pengaruh Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan dari lebih 37 bahagian dan yang pasti akan layak bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Seharusnya trend tunggu dan lihat dan jangkaan Khairy tidak akan memberikan tentangan atau Khairy tidak mempunyai sokongan ahli akar umbi meleset dan semua cakap-cakap yang menyatakan bahawa Khairy Jamaluddin tidak mempunyai sokongan akar umbi telah dinafikan oleh ahli akar umbi. Kita tidak harus merasa hairan mengapa keadaan begini berlaku, kenapa Khairy mempunyai sokongan akar umbi. Banyak cerita negatif yang kita dengar tentang Khairy Jamaluddin.

Dari mana datangnya penyokong akar umbi Khairy? Mengapa Khairy berhak menerajui kepimpinan pemuda ?

1) Lebih kurang empat tahun beliau adalah Naib Ketua Pemuda UMNO yang telah turun ke padang melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik. Kita perlu tanya kembali kepada diri kita sendiri, Siapakah yang turun menjadi Front Liner mengepalai pemuda setiap kali pilihan raya kecil di adakan .

a) Khairy Jamaluddin B) Khir Toyo C) Mukhriz Tun Mahahthir ?

2) Siapakah yang kandang mempertahankan maruah Pemuda setiap kali pemuda diserang oleh parti pembangkang di parlimen mahu pilihan raya kecil ?

a) Khairy Jamaluddin b) Mukhriz c ) Khir Toyo.

3) Pernahkah Khairy memburukkan UMNO mahupun pemimpin UMNO yang lain sepanjang kerjaya beliau dalam politik ?

4) Pernahkah Khairy biadab dengan mantan Perdana Menteri atau menjawab setiap teguran mahupun kritikan ataupun kutukan dari Mantan Perdana Menteri terhadap diri beliau ? pernahkah Khairy mencampuri kemelut yang berlaku antara Bapa Mentua beliau dengan mantan Perdana Menteri seperti Mukhriz yang seiring biadab kepada Perdana Menteri ?

5) Pernahkah Khairy menyerang calon- calon yang sering menyerang beliau dalam kempen merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.

6) Siapakah yang mengambil berat untuk menaikkan maruah UMNO khususnya Pemuda UMNO. Di Permatang pauh , Khairy memberikan khidmat 150% kepada pilihanraya dan tidak langsung mempedulikan tentang pemilihan dan perebutan jawatan Pemuda berbanding dengan kedua calon yang terang-terang mengakui ke Permatang Pauh untuk berkempen bagi melobi kedudukan bagi pemilihan UMNO. Mukhriz membuat sidang akhbar bahawa beliau bersedia bertanding setelah menemui Ketua Pemuda di Permatang Pauh dan ramai yang memberikan endorsement untuk beliau bertanding. Khir Toyo juga berada di Permatang Pauh , namun sukar kita melihat beliau berada di program-program kempen UMNO bagi membantu BN menang dalam pilihan raya kecil berkenaan. Menang atau kalah itu soal kedua.

7) Gagalkah Khairy Jamaluddin memimpin dan menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dan jika menurut haraki, beliaulah yang layak menggantikan Hisyamuddin, mengapa kita perlu menafikan hak beliau sebagai Ketua pemuda UMNO Malaysia, jika beliau layak.

8) Apakah Khairy bukan seorang pemuda yang bijak dan tidak layak untuk menerajui kepimpinan Pemuda ? Apakah beliau tidak mempunyai kelulusan akademik yang boleh di bangga kan oleh ahli Pemuda?

9) Jika Khairy dikatakan sebagai calon Payung Terjun , Calon yang lain juga adalah calon payung terjun, Khir Toyo adalah calon Payung Terjun menggantikan Datuk Abu Hassan , Mukhriz juga calon yang baru saja terjun dengan Payung Terjun setelah Mantan Perdana Menteri meletakkan jawatan.

10) Hanya Khairy Jamaluddin yang pernah mengikut haraki sebenar dalam Pemuda , Bermula sebagai ahli biasa dan kemudian sebagai exco pemuda dan menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Kesimpulannya, tidakkah kelayakan yang ada pada Khairy melayakan beliau menerajui kepimpinan tertinggi pemuda? Mengapa beliau tidak boleh diiktiraf sebagai Ketua Pemuda UMNO ? Keyakinan perwakilan kian menebal dan parti minggu ini akan menyaksikan perubahan kepada gelombang pencalonan.

Zahidi sah tarik diri , Tak ada duit mahu bersaing - Malaysiakini

KANGAR - Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin kelmarin mengesahkan menarik balik hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan alasan perkembangan terbaru pencalonan tidak berpihak kepadanya.

Beliau mendakwa trend terbaru pemilihan dilihat lebih memberi tumpuan kepada kedudukan kewangan calon, manakala calon yang mempunyai sumber kewangan yang terhad menghadapi tekanan untuk terus mendapat pencalonan.

Dengan trend terbaru itu, Zahidi berkata, beliau tidak terdaya untuk bersaing dan terpaksa menarik balik hasrat untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan UMNO Mac depan.

Zahidi yang setakat ini memperoleh satu pencalonan berkata dengan perkembangan yang tidak berpihak kepadanya maka adalah sewajarnya beliau menarik diri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu berkata, sehubungan itu beliau kini menawarkan diri untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi UMNO.