Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, October 11, 2008

Jadikan BN parti pelbagai kaum ibarat bubarkan Umno, kata Shabery - Malaysiakini

Sebarang cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) satu parti pelbagai kaum ibarat seperti membubarkan Umno yang selama ini menjadi tunjang kepada kekuatan kerajaan memerintah.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata sebagai anggota Umno, beliau melihat cadangan itu sebagai satu tamparan hebat, seolah-olah Umno sudah tidak lagi relevan dalam konteks politik tanah air sekarang.

Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, berdasarkan prestasi pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu, walaupun jumlah kerusi yang dimenangi Umno kurang iaitu 79 kerusi, angka itu masih lagi besar berbanding parti komponen BN lain dan ia tidak banyak bezanya dengan pencapaian keseluruhan Pakatan Rakyat iaitu 82 kerusi.
"Sekiranya ada pemimpin Umno hari ini yang bercakap untuk menjadikan BN sebuah parti pelbagai kaum, ia sama seperti hendak membubarkan Umno...dan ini merupakan satu penghinaan terhadap Umno. Saya tidak bersedia untuk berdepan dengan (situasi) begitu rupa.

"Umno masih kuat dan relevan dalam membangunkan negara dan rakyat malah dalam rantau ini Malaysia adalah antara yang terbaik hasil daripada kejayaan kerajaan BN yang diterajui Umno," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Kemaman di Dewan Sri Amar di Kemaman, hari ini.
Dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Wanita dan Pemuda Gerakan Ke-21 di ibu negara semalam, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mencadangkan supaya semua parti komponen BN digabungkan menjadi satu entiti manakala Pemuda Gerakan meminta cadangan itu difikirkan dengan serius kerana ia relevan dengan kehendak semasa rakyat.

Mengulas lanjut, Shabery berkata bentuk kerjasama yang ada sekarang antara parti-parti komponen BN adalah yang terbaik dalam membangunkan negara dan rakyat.
"Kalau ada kelemahan (dalam BN) perlu diperbaiki, tidak perlu mengubah struktur yang ada sekarang," katanya.
Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah memperkukuhkan BN dan mencari jalan untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap parti berkenaan.
"Dalam sejarah, ada turun naik, kali ini kita lihat prestasi BN menurun. Tetapi itu tidak bermakna BN perlu mengubah segala-galanya. Ini kerana setiap kali ada masalah ekonomi boleh menyebabkan masalah politik dan sebagainya.

"Saya percaya apabila keadaan ekonomi dunia yang turut dirasai di negara ini dapat diatasi, rakyat akan kembali kerana tiada kerajaan yang lebih baik selain BN dalam membangunkan dan memberikan yang terbaik kepada rakyat," katanya.
Mengenai kenyataan terbaru Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pembentukan kerajaan baru mungkin dapat dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidiladha, Shabery berkata perkara itu tidak perlu lagi dilayan kerana Anwar sering membuat pembohongan.
"Tidak tahu berapa banyak kali dia akan berbohong selepas ini. Cukuplah dia terus berbohong dan cukuplah kita melayani pembohongan dia," katanya.

Harga minyak mungkin dapat diturunkan RM1.92 seliter - Malaysiakini

Dengan harga minyak dunia kini turun kepada AS$82 (RM287) setong, kerajaan membayangkan harga petrol di negara ini dapat kembali dijual pada harga RM1.92 seliter seperti dua tahun lepas jika harga minyak global jatuh di bawah AS$72 (RM252) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, fenomena itu dijangka berlaku jika permintaan minyak mentah di pasaran dunia menurun dan tercetus kemelesetan ekonomi dunia.
“Kalau kita mahu menikmati semula harga petrol RM1.92 seliter, maka harga minyak dunia perlu turun mencecah AS$72 setong.

“Harga minyak dunia semakin menurun dan penurunan harga boleh berlaku sekiranya kurang permintaan di negara maju seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penaiktarafan kilang zip, YKK (M) Sdn. Bhd., yang bernilai RM6.4 juta di Larkin di Johor Bahru semalam.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan YKK, Sakato Nagasaki.

Penurunan kali terakhir harga petrol dan diesel di negara ini ialah pada 24 September lalu dengan harga minyak petrol jenis RON 97 turun kepada RM2.45 seliter, RON 92 kepada RM2.30 seliter, manakala diesel kepada RM2.40 seliter.

Sebelum itu, harga petrol ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Menurut Shahrir, penurunan harga minyak oleh kerajaan dibuat berpandukan fakta mengikut kadar pertukaran ringgit dengan dolar AS.

Jelasnya, jika nilai ringgit meningkat berbanding dolar maka harga minyak akan dapat diturunkan ke paras yang lebih rendah.

Katanya, keputusan mengenai penurunan harga minyak akan diketahui pada mesyuarat kabinet akhir bulan ini.

Sementara itu, Shahrir memberitahu, bukan kesemua barang keperluan di negara ini dapat dikawal harganya kerana ketiadaan mekanisme harga.

Contoh, terbaik, katanya, ialah santan kelapa.
“Santan tidak boleh dikawal kerana kita tidak tahu sukatan kepekatannya. Ada permintaan santan pekat dan santan cair, ini perkara logik yang harus difahami pengguna,” katanya.
Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan mengawal harga kelapa parut yang termasuk dalam 17 barangan kawalan pada musim perayaan.

Menurutnya, sebanyak 600,000 biji kelapa dari Indonesia telah diimport menerusi FAMA pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu bagi membantu mengawal harga santan.

Shahrir menjangkakan tiada masalah permintaan akan berlaku pada perayaan Deepavali hujung bulan ini.

Perpaduan nasional cabaran paling besar bagi Najib, kata Pak Lah - Malaysiakini

Mengukuhkan perpaduan nasional merupakan cabaran paling besar yang akan dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau menerajui negara selepas ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah berkata pengganti beliau itu perlu memberi keutamaan terhadap isu berkenaan memandangkan keadaan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia tidak begitu baik kebelakangan ini.
“Saya rasa saya telah berjaya selama ini, tapi kami perlu kembali kepada asas dan memahami bahawa Malaysia menjadi lebih kuat hasil daripada gandingan pelbagai kaum dan komuniti yang kita ada,” katanya dalam satu wawancara eksklusif.
Sambil menyatakan bahawa kepelbagaian kaum dan agama yang wujud di Malaysia merupakan suatu rahmat dan bukan suatu petaka, beliau berkata rakyat Malaysia tidak sepatutnya membiarkan “aset” ini bertukar menjadi perkara “negatif”.
“Kita perlu tangani isu ini secara berdepan, dengan jujur dan penuh kefahaman. Selepas lebih 50 tahun Merdeka, isu ini akan terus kekal bersama kita."

Mukhriz 19, Khairy 12, Khir 6 - Malaysiakini

khairy mukhriz nomination8.20 malam Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-12 dari bahagian Bagan Datoh, Perak. Bahagian itu juga mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.

7.50 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus menambah pencalonan yang diterimanya. Kali ini beliau mendapatkan pencalonan ke-19 dari Pemuda bahagian Teluk Intan.

Bahagian Teluk Intan juga mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang juga ketua Pemuda Johor untuk jawatan naib ketua.

7.25 malam Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan keenam dari bahagian Cheras. Manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalon untuk jawatan naib ketua Pemuda.

7.23 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Pokok Sena. Beliau kini mendapat 18 pencalonan.

Manakala Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk jawatan naib ketua Pemuda.

7.20 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-17 dari Pemuda Umno bahagian Kalabakan, Sabah. Reezal dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

7.00 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-16 dari Pemuda Umno bahagian Padang Rengas Perak. Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

Mukhriz mendapat 80 undi manakala Khairy Jamaluddin mendapat 32 undi. Razali pula dicalonkan sebuat suara.

6.30 petang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan kelima dari bahagian Shah Alam untuk bertanding ketua Pemuda Umno Malaysia.

6.20 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-11 dari bahagian Pontian. Bahagian itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua Pemuda.

6.15 petang Pemuda bahagian Pagoh sebulat suara mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir untuk jawatan ketua Pemuda. Beliau kini mendapat 15 pencalonan.

Manakala Razali dicalonkan, juga sebulat suara untuk jawatan naib ketua bahagian.

6.10 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan empat - dari bahagian Mersing.

6.05 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Mersing. Beliau kini mendapat tiga pencalonan.

Manakala Razali dicalonkan oleh Mersing untuk jawatan naib ketua Pemuda.

6.00 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat satu lagi pencalonan - dari bahagian Rompin. Dengan itu, pencalonannya meningkat kepada 10.

Khairy mendapatkan 98 undi manakala Mukhriz mendapat 64 undi. Manakala Dr Mohd Khir mendapat dua undi.

Bagi Naib pula, Rompin mencalonkan Razali Ibrahim sebulat suara.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan dua lagi pencalonan, dari bahagian Kuantan dan Bentong, menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 14 pencalonan.

Di Bentong, Mukhriz mendapat 54 undi manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 15 undi.

Bentong juga mencalonkan sebulat suara exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, semakin merapatkan jurang pencalonan dengan Mukhriz apabila beliau memperolehi lima lagi pencalonan - menjadi 9 pencalonan - untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Mukhriz pula mendapat empat lagi pencalonan, iaitu dari bahagian Lipis, Jempol dan Jelebu hari ini

Hari ini, Khairy mendapatkan lima pencalonan dari bahagian Beruas, Kota Kinabalu, Bagan Serai, Raub dan Bandar Tun Razak - untuk mengumpul sejumlah tujuh pencalonan setakat ini.

Di Beruas, Khairy mendapatkan 63 undi manakala Mukhriz mendapat 21, manakala bahagian Kota Kinabalu sebulat suara mencalonkan Khairy.

Bagi jawatan naib presiden, Beruas mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Kota Kinabalu pula mencalonkan ketua Pemudanya, Bahrul Razha Chuprat untuk bertanding naib ketua pusat.

Bahagian Serai memilih Khairy dan Reezal secara sebulat suara.

Di Raub, Khairy mendapat 73 undi manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 37 undi.

Sebelum itu, Khairy mendapat pencalonan daripada Machang, Pengkalan Chepa, Silam dan Ketereh.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun, masih mendahului apabila mendapat empat pencalonan hari ini, termasuk bahagian Lipis dan Pasir Gudang - menjadi jumlahnya sebelas setakat ini.

Di Lipis, Mukhriz mendapat 94 undi, Khairy memperolehi 47 manakala bekas Dr Mohd Khir mendapat 2 undi.

Di Jempol pula, Mukhriz mendapat 168 undi manakala Khairy memperolehi enam undi sahaja.

Di Jelebu, Mukhriz mendapat undi terbanyak, manakala Khairy mendapat empat undi manakala Dr Mohd Khir (8)

Bagi naib presiden pula, Lipis mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Jempol turut mencalonkan Razali untuk naib ketua. Razali juga mendapat pencalonan dari bahagian Raub dan Jelebu.

Mukhriz sebelum ini mendapat pencalonan dari bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.

Seorang lagi calon - timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.

Reezal sehingga jam 4.30 petang mendapat enam pencalonan manakala Razali mendapat lima pencalonan untuk jawatan naib ketua.

Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan Bukit Gelugor.

Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.

Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz memperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.

Ko Youn menang Timbalan Presiden Gerakan - Malaysiakini

Ketua Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn memenangi jawatan Timbalan Presiden parti tersebut dengan undian 851, menewaskan bekas Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan, Ma Woei Chyi, berdasarkan keputusan tidak rasmi pemilihan parti itu hari ini.

Sementara itu, bagi tiga kerusi Naib Presidennya, Datuk Mah Siew Keong, Datuk Dr.S.Vijayaratnam dan Huang Cheng Guan berjaya memenangi jawatan tersebut masing-masing dengan undian sebanyak 962, 562 dan 491.

Keputusan pemilihan akan diumumkan pada majlis makan malam Gerakan yang akan diadakan pada jam 7 malam ini.

Persidangan dua hari ini akan tamat pada tengah hari esok.

PM tidak faham parti komponen BN berlagak kalah - Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dengan nada sinis berkata beliau tidak faham ada sesetengah parti komponen Barisan Nasional (BN) berlagak seolah-olah parti pemerintah ini kalah pada pilihan raya umum Mac lepas walaupun mendapat mandat daripada rakyat.
"Kadang-kadang saya rasa sedih, kadang-kadang lebih lucu dari sedih kerana parti yang kalah tidak dapat tubuh kerajaan berlagak macam dia menang, kita yang menang seolah-olah kalah.

"Kadang-kadang kita lupa bahawa kita menang dalam pilihan raya ini," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional di Menara PGRM, di Kuala Lumpur.
Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata walau apa jua yang berlaku, yang penting adalah kekalahan dua-pertiga BN pada pilihan raya lalu, menjadi peringatan kepada semua pemimpin parti komponen supaya memperbaiki keadaan demi kepentingan rakyat.
"Kalau saya dapat ingat semula, banyak komen dari pemimpin negara lain yang tanya apa pentingnya mengenai majoriti dua-pertiga...tetapi walau apa pun orang kata, yang penting adalah kekalahan itu menjadi satu peringatan sebab kita perlu perbaiki diri untuk elak daripada jadi kebencian rakyat," katanya.
Abdullah juga mengingatkan supaya semua parti komponen tidak angkuh dengan kuasa yang diberi serta tidak lupa dengan kebajikan rakyat.

Beliau berkata Manifesto BN pada pilihan raya umum 2004 bukan hanya untuk tempoh lima tahun tetapi ia merupakan fasa kedua bagi mencapai Wawasan 2020.
"Manifesto 2004 diterima baik, kita janji untuk membawa perubahan tetapi kita tidak dapat laksana semua. Kita tidak dapat laksanakan perubahan dalam masa singkat...apa saja perubahan berkaitan kehakiman, Badan Pencegah Rasuah, polis akan saya laksanakan untuk penuhi janji yang dibuat," katanya.
Katanya untuk mencapai pembaharuan, semua pihak perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh kesungguhan demi masa depan negara dan parti.
"Saya bertanya adakah kita bersedia dalam fikiran, jiwa raga, adakah benar-benar ikhlas untuk bawa perubahan dan ikut perubahan yang dicadangkan.

"Adakah itu hanya cakap-cakap manis di bibir tetapi lain di hati. Ini kebimbangan kita, kita mesti sedia hayati dengan jiwa raga dan komitmen sepenuhnya untuk terima pembaharuan," katanya.
Beliau berkata negara juga menghadapi cabaran untuk melaksanakan segala pembaharuan dalam keadaan suasana politik dan ekonomi pada masa kini.
"Kita tidak mampu hadapi jika kita sendiri berada dalam keadaan terpaut dalam suasana yang ada hubungkait dengan isu berkaitan agama," katanya.

Mukhriz 12, Khairy 9 pencalonan - Malaysiakini

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin merapatkan jurang pencalonan dengan Datuk Mukhriz Mahathir apabila beliau memperolehi lima lagi pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Mukhriz pula mendapat empat lagi pencalonan, iaitu dari bahagian Lipis, Jempol dan Jelebu hari ini

Hari ini, Khairy mendapatkan lima pencalonan dari bahagian Beruas, Kota Kinabalu, Bagan Serai, Raub dan Bandar Tun Razak - untuk mengumpul sejumlah tujuh pencalonan setakat ini.

Di Beruas, Khairy mendapatkan 63 undi manakala Mukhriz mendapat 21, manakala bahagian Kota Kinabalu sebulat suara mencalonkan Khairy.

Bagi jawatan naib presiden, Beruas mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Kota Kinabalu pula mencalonkan ketua Pemudanya, Bahrul Razha Chuprat untuk bertanding naib ketua pusat.

Bahagian Serai memilih Khairy dan Reezal secara sebulat suara.

Di Raub, Khairy mendapat 73 undi manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 37 undi.

Sebelum itu, Khairy mendapat pencalonan daripada Machang, Pengkalan Chepa, Silam dan Ketereh.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun, masih mendahului apabila mendapat empat pencalonan hari ini, termasuk bahagian Lipis dan Pasir Gudang - menjadi jumlahnya sebelas setakat ini.

Di Lipis, Mukhriz mendapat 94 undi, Khairy memperolehi 47 manakala bekas Dr Mohd Khir mendapat 2 undi.

Di Jempol pula, Mukhriz mendapat 168 undi manakala Khairy memperolehi enam undi sahaja.

Di Jelebu, Mukhriz mendapat undi terbanyak, manakala Khairy mendapat empat undi manakala Dr Mohd Khir (8)

Bagi naib presiden pula, Lipis mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Jempol turut mencalonkan Razali untuk naib ketua. Razali juga mendapat pencalonan dari bahagian Raub dan Jelebu.

Mukhriz sebelum ini mendapat pencalonan dari bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.

Seorang lagi calon - timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.

Reezal sehingga jam 4.30 petang mendapat enam pencalonan manakala Razali mendapat lima pencalonan untuk jawatan naib ketua.

Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan Bukit Gelugor.

Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.

bahagian umno meeting hari ini

Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz memperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.

Bagi jawatan ketua Puteri pula, sehingga ini, Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mendapat 10 pencalonan; Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Samsuddin (7); Exco Puteri Umno Datin Ismalina Ismail (2); Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid (2) dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (1)

Sepuluh bahagian yang mencalonkan Rosnah adalah Kimanis, Padang Rengas, Tumpat, Pensiangan, Ketereh, Sipitang, Kuala Terengganu, Besut, Beruas dan Silam.

Manakala Shahaniza menerima pencalonan daripada bahagian Langkawi dan Kuantan.

Kudat, Keningau, Kuala Kedah, Sandakan dan Pokok Sena.

Dua pencalonan diperoleh Ismalina daripada bahagian Padang Serai dan Cheras manakala Bibi Sharliza memperoleh pencalonan dari bahagian Baling dan Padang Terap.

Azlina yang juga ketua Puteri Pulau Pinang, pula menerima pencalonan tunggal dari bahagian Tasek Gelugor.

Sementara itu, kira-kira 23 bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri yang bermesyuarat hari ini untuk memilih calon ketua pergerakan masing-masing di peringkat bahagian dan pusat.

Antaranya ialah bahagian Jempol,Jelebu, Beruas,
Kalabakan, Pontian, Silam, Bagan Serai, Semporna, Kota Kinabalu, Kuantan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Parit Buntar, Taiping, Pasir Gudang dan Pagoh.

Manakala yang lainnya termasuk Pagoh, Kampar, Kota Melaka, Mersing, Cheras, Bandar Tun Razak, Bukit Bintang dan Titiwangsa.

Abdullah harap penuhi janjinya sebelum Mac depan - Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mengumumkan untuk tidak bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti Mac tahun depan, berharap untuk memenuhi semua janjinya termasuk melaksanakan beberapa pembaharuan dalam kerajaan dalam masa lima bulan akan datang.
“Saya sentiasa mahu melihat semuanya diselesaikan, tenteram balik, yang sentiasa menjadi harapan saya, dan jika apa sahaja yang telah saya lakukan boleh menyumbang kepadanya, saya gembira. Jika tidak menyumbang kepada itu, apa yang saya boleh buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-37 di Menara PGRM, di Ibu Negara hari ini.
Abdullah ditanya, jika beliau boleh memenuhi janjinya untuk beberapa pembaharuan yang dicadangkan termasuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Anti-Rasuah sebelum menyerahkan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac, tahun depan.

Pada masa yang sama, Abdullah, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri.
“Saya ada kerja untuk dilaksanakan, saya akan buat apa yang saya mahu buat.

Saya buat keputusan dan saya akan teruskan keputusan saya,” kata beliau.
Mengenai pembangkang yang sering memperkatakan kepimpinan beliau dan mengambil alih kerajaan BN melalui undi tidak percaya di Parlimen, katanya
“Saya di sini bukan untuk beritahu sama ada mereka akan lakukan atau tidak, kita semua tahu kelakuan pembangkang.”

UMNO Bahagian Tumpat tangguh persidangan - Malaysiakini

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kata Setiausaha bahagian tersebut, Ariffin Ismail.

Beliau berkata, penangguhan dibuat kerana jawatan kuasa bahagian itu tidak sempat untuk membuat persediaan kerana mereka terpaksa menjadi pemerhati kepada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Machang semalam.

Menurutnya, surat penangguhan mesyuarat telah dike luarkan Ahad lalu dan pihaknya akan adakan mesyuarat khas dalam tempoh terdekat bagi menetapkan tarikh baru persidangan perwakilan bahagian ini.
"Kita sudah menjangkakan perkara ini berlaku sebab itu kita tangguh persidangan bahagian ini untuk memastikan kita dapat lakukan persediaan sebaik mungkin," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Bharu hari ini.

Laporan Media Massa Jahanamkan UMNO - Malaysiakini

nobisha | Dalam persidangan UMNO bahagian yang sedang berlangsung sekarang, pemimpin akar umbi parti banyak bercakap soal-soal yang menyentuh agama, bangsa dan negara. Isu ekonomi, pendidikan, agama dan parti menjadi perkara yang dibahaskan. Walaupun ada yang terkeluar anak tekak berbahas soal ini, namun media massa tidak menunjukkan minat untuk memaparkan pandangan mereka. Ah, itu pandangan akar umbi, bukan suara pemimpin!

Kebimbangan saya ialah apabila media massa hanya melaporkan mengenai pencalonan dan pemilihan kepimpinan, rakyat yang tidak menjadi ahli UMNO akan menjadi muak kepada parti. Mereka akan mendapat gambaran UMNO ialah tempat berebut jawatan. Mesyuarat UMNO bahagian tidak membincangkan soal rakyat, tetapi berbalah mengenai jawatan dalam parti. Akhirnya, rakyat akan membuat tanggapan bahawa UMNO hanyalah untuk orang UMNO; bukan lagi UMNO untuk rakyat. Lebih malang, sekiranya rakyat berfikiran UMNO sudah tidak lagi prihatin terhadap agama, bangsa dan negara.

Media massa lebih berminat melaporkan bahagian mana calonkan siapa untuk jawatan apa. Tentunya tidak salah untuk media massa melaporkan begitu. Bagaimanapun, kita harus dapat membezakan yang mana kuah, yang mana isi; yang mana sudu, yang mana pinggan.

Sehingga sekarang saya masih tertunggu-tunggu apakah yang dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda di Machang (yang pertama mencalonkan Khairy Jamaluddin), Kimanis (yang pertama mencalonkan Dato' Mukhriz Mahathir) dan Tumpat (yang pertama mencalonkan Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo). Adakah agenda mesyuarat hanyalah pencalonan? Apa lagi yang dibincangkan? Apakah suara anak muda dalam isu ekonomi? Bagaimanakah mereka peka terhadap isu pendidikan? Adakah mereka prihatin isu Islam dan sosial yang beragam?

Maaf cakap, sekiranya media massa berterusan memberikan tumpuan kepada pencalonan dan tidak melaporkan tentang perbahasan dalam mesyuarat bahagian, biar saya katakan bahawa laporan sebegini menjahamkan UMNO!

sumber dari - nobisha.blogspot.com

Pak Lah syor bolehkan keahlian langsung BN - Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesyorkan idea membenarkan keanggotaan secara langsung dalam Barisan Nasional tanpa menjadi ahli mana-mana parti komponen, sekaligus membentuk parti pelbagai kaum.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di ibu negara, pagi ini.

Syor ini selari dengan pandangan pelbagai pihak yang mahukan parti pelbagai kaum selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu.

Khairy sedia rapatkan Pemuda BN - Malaysiakini

Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berjanji akan menyatupadukan serta mengeratkan hubungan di antara semua sayap Pemuda dalam parti komponen Barisan Nasional (BN), jika beliau menang pada pemilihan Mac depan. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, berkata mereka yang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno akan menjadi Ketua Pemuda BN dan perkara pertama yang perlu dilakukan pemimpin itu ialah untuk mencari jalan merapatkan semula barisan dalam BN menjadi satu parti yang sentiasa bergerak bersama.
“Kita perlu mengutamakan perpaduan dalam BN kerana selaku parti komponen, kestabilan parti amat penting untuk meyakinkan rakyat dan membuktikan BN serius dalam membela nasib rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan yang dirasmikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, semalam.
Sementara itu, mengulas ucapan perasmian Dr Koh yang mencadangkan supaya semua parti komponen BN digabungkan dan menjadi sebuah entiti, Khairy berkata, pandangan seperti itu tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana Umno terbuka terhadap sebarang pandangan demi kepentingan bersama.
“Perkara utama ialah kita mesti berfikiran terbuka kerana kita bercakap mengenai masa depan dan landskap politik yang baru. Kita mahu menunjukkan kepada orang ramai kita serius dalam menerima perubahan.

“Semua parti komponen BN boleh berbincang mengenai cadangan itu dan mekanisme yang akan digunakan pada Konvensyen BN pada 2 Februari tahun depan seperti yang dicadangkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.
Beliau berkata, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP) boleh menjadi model bagi identiti parti pelbagai kaum di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pemuda PPP, Senator T Murugiah, berkata cadangan itu boleh dilaksanakan tetapi ia akan mengambil masa lama sebelum menjadi kenyataan.

Rumah Terbuka DUN Sungai Burong - Malaysiakini

Jemputan Jamuan Raya
DATO' SHAMSUDIN BIN LIAS
Dewan Undangan Negeri Sungai Burong


Yang akan diadakan pada :
11hb. Oktober 2008 (Sabtu)
Jam 12:00 tengahari - 3:00 petang

Bertempat di :
Blok M, Jalan Radin Putih Kunci Air Buang
Tanjong Karang, Selangor.

Mukhriz terus mendahului pencalonan - Malaysiakini

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus mendahului pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Selepas 14 bahagian Pemuda selesai bermesyuarat, Mukhriz mendahului dengan lapan pencalonan manakala Khairy Jamaluddin memperolehi empat pencalonan.

khairy mukhriz nominationBahagian yang mencalonkan Mukhriz ialah Jerlun, Besut, Kimanis, Alor
Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Manakala bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh dan Silam mencalonkan Khairy.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.

Seorang lagi calon - timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.

Ahli Parlimen Muar Datuk Razali brahim dan Exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican, masing-masing emperoleh enam pencalonan.

Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan Bukit Gelugor.

Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.

Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz memperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.

Bagi jawatan ketua Puteri pula, selepas 14 bahagian bermesyuarat hari ini, Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mendapat 10 pencalonan; Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Samsuddin (6); Exco Puteri Umno Datin Ismalina Ismail (2); Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid (2) dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (1)

Sepuluh bahagian yang mencalonkan Rosnah adalah Kimanis, Padang Rengas, Tumpat, Pensiangan, Ketereh, Sipitang, Kuala Terengganu, Besut, Beruas dan Silam

Manakala Shahaniza menerima pencalonan daripada bahagian Langkawi, Kudat, Keningau, Kuala Kedah, Sandakan dan Pokok Sena.

Dua pencalonan diperoleh Ismalina daripada bahagian Padang Serai dan Cheras manakala Bibi Sharliza memperoleh pencalonan dari bahagian Baling dan Padang Terap.

Azlina yang juga ketua Puteri Pulau Pinang, pula menerima pencalonan tunggal dari bahagian Tasek Gelugor.

Biasalah .. Di Mata Tun Hanya mukhriz yang layak - Malaysiakini

Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel mereka ‘pak lawak’ sebagai satu penghinaan dan boleh memecahbelahkan parti. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu berhenti daripada memberi pandangan negatif berhubung parti jika beliau ikhlas hendak memperbetulkan parti.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir bahawa tiga pesaing selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan Mac tahun depan, sebagai ‘pak lawak’ tidak sewajarnya dibuat.
“Hentikan pandangan negatif jika Dr Mahathir benar-benar serius dan ikhlas hendak perbetulkan parti,” katanya ketika dihubungi, bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir yang melabel beliau sebagai pak lawak kerana menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno.
Selain Nur Jazlan, dua lagi yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan disifatkan Dr Mahathir sebagai ‘pak lawak’ ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Rabu lalu, ketika mengulas mengenai Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri selepas ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Beliau menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Abdullah dan oleh itu, Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepemimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya Muhyiddin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah ‘pak lawak’ semata-mata.

Nur Jazlan juga berkata, meskipun apa yang dinyatakan Dr Mahathir itu adalah pandangan peribadinya, beliau berharap ia tidak menghina orang muda kerana apa yang hendak dibawanya adalah untuk meremajakan Umno.

Sementara itu, Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas panjang berhubung kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya berkata, perkara itu harus diserahkan kepada perwakilan untuk membuat pemilihan dan penilaian.

Beliau berkata, pengalamannya sebagai pemimpin Umno, termasuk sumbangannya selama ini serta kedudukan sebagai seorang daripada Naib Presiden parti akan digunakan untuk terus berkhidmat dan berjuang.

Muhammad pula ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir itu juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menilai kemampuannya memikul tanggung jawab berkenaan
TB - BiASALAH , JIKA DI MATA TUN YANG LAYAK MUKHRIZ SAHAJA , ORANG LAIN SEMUANYA TAK LAYAK.