Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, October 10, 2008

Najib diserang.? - Malaysiakini

Image
Belum sejuk pengumuman Pak Lah untuk tidak menawarkan diri sebagai Presiden UMNO, Najib pula sudah mula di serang. Blog terbaru antinajib.blogspot sudah di lahirkan. [...] selanjutnya di umnoreform.

Ahli UMNO Perlu Teladani Sifat Kepimpinan Pak Lah, Najib - Malaysiakini

Keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam proses peralihan kepimpinan baru-baru ini secara jelas menunjukkan bahawa beliau bukan sebagaimana yang didakwa selama ini iaitu seorang yang ingin kekal berkuasa, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Jelasnya, keputusan itu juga menunjukkan beliau telah sudi mendengar suara akar umbi dan ini membuktikan bahawa jiwanya terhadap UMNO cukup tinggi.
"Walau apa pun keadaannya yang lebih penting sekarang ialah kita sudah mengetahui keputusannya, maka yang perlu diutamakan selepas ini ialah kekuatan seluruh ahli parti dan rakyat untuk menghadapi episod mutakhir politik tanah air ini.

"Secara jelas, kematangan, kebijakan, dan ketelusan serta keikhlasan adalah amat dituntut dalam keadaan seperti ini. Setiap ahli parti daripada semua peringkat harus berlapang dada dan berusaha merasionalkan pemikiran dan tindakan masing-masing.

"Kita bukan berada dalam zon perang atau pun pilihan raya. Kita hanya berada dalam situasi untuk mencari pendekatan terbaik bagi memastikan proses peralihan kuasa dapat dijayakan sepenuhnya", katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Pada masa yang sama kata beliau lagi dalam tempoh beberapa bulan ini juga kesabaran, ketabahan, kematangan dan pegangan Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan kepentingan parti sebagai satu keutamaan dalam menghadapi senario semasa kepimpinan politik tanah air cukup mengkagumkan.

Tambah beliau daya penghormatan dan kesetiaannya kepada Presiden parti dalam menghadapi saat-saat getir kepimpinan parti memang tidak wajar dipertikaikan oleh sesiapapun.
"Di dalam hal ini, ternyata, Datuk Seri Najib telah meletakkan nilai dan tradisi UMNO melebihi daripada segala kepentingan.

"Kesediaan beliau yang secara terbuka dan menghormati kehendak akar umbi serta kepimpinan parti adalah merupakan satu kriteria utama sebagai pemimpin utama negara dan parti", ujarnya.
Ini sekaligus katanya membuktikan bahawa amalan, budaya dan nilai parti UMNO masih lagi segar dan erat dijunjung.
"Dari segi kepimpinan politik, seharusnya cara Datuk Seri Najib ini wajar menjadi satu teladan terutama kepada pemimpin-pemimpin muda yang sedang menawarkan diri bertanding di semua peringkat sempena mesyuarat-mesyuarat bahagian.

"Perebutan jawatan di semua peringkat janganlah hendaknya menjadikan parti yang di warisi ini tak padu", katanya.
Beliau percaya Datuk Seri Najib sememangnya mampu memikul tanggungjawab, amanah dan tugas yang telah diberikan.
"Pengalaman beliau bermula daripada menjadi pemimpin peringkat negeri, persekutuan dan antarabangsa seperti UNESCO perlu menjadi asas kepada rakyat untuk memberi peluang dan bersama membantu mengurus negara dengan cemerlang.

"Selain itu, penglibatan beliau secara menyeluruh di pelbagai peringkat parti UMNO dan BN sebelum ini juga perlu dijadikan sandaran oleh kita untuk yakin sepenuhnya dengan kemampuan beliau untuk membuat tranformasi dalam UMNO dan BN", ujarnya.
Sudah pasti kata beliau, Datuk Seri Najib akan berusaha sebaik mungkin untuk melakukan perubahan secara lebih struktural, strategikal dan sistematik untuk UMNO dan BN.

Jelasnya ini juga adalah demi untuk menarik semula sokongan rakyat kepada kerajaan.
"Adalah menjadi harapan saya juga, cara, pendekatan dan proses peralihan kepimpinan yang berlaku antara Pak Lah dan Datuk Seri Najib dapat menjadi pengajaran dan panduan yang berguna kepada semua supaya parti lebih padu, kuat dan utuh pada masa yang akan datang.

"Keikhlasan Datuk Seri Najib untuk meneruskan agenda negara yang sedia ada adalah suatu yang positif dan wajar dicontohi. Saya tahu Datuk Seri Najib cukup bijak dalam menghayati semua agenda negara yang telah diketengahkan oleh Presiden parti selama ini", ujarnya.
Beliau seterusnya yakin bahawa pelantikan Datuk Seri Najib ini akan diterima sepenuhnya oleh semua pihak sama ada oleh komuniti di kampung, bandar, profesional, politik dan juga tidak terkecuali komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa.
"Secara peribadi, saya akan terus memberikan sokongan kepada Pak Lah dan meletakkan sepenuh harapan kepada Datuk Seri Najib untuk merencanakan agenda ekonomi, politik dan sosial yang terbaik untuk negara", katanya.

Pencalonan Puteri - Malaysiakini

ALOR STAR - Puteri Umno Bahagian Baling petang tadi sebulat suara mencalonkan Bibi Sharliza Mohd Khalid untuk jawatan Ketua Puteri Umno Malaysia.

Bagi jawatan Naib Ketua Puteri, bahagian itu mencalonkan Shahanim Mohamad Yussof, juga dengan sebulat suara.

Manakala Puteri Umno Bahagian Padang Serai yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mencalonkan Datin Asmalina Ismail untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Umno Malaysia.

Bahagian itu juga mencalonkan Shahanim Mohamad Yussof juga dengan sebulat suara bagi jawatan Naib Ketua Puteri.

Penyokong Khairy tidak puas hati - Malaysiakini

Malaysiakini | Para penyokong naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak puas hati dengan keputusan mesyuarat Pemuda bahagian Kimanis, Sabah semalam di mana ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menang pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Seorang penyokong Khairy memberitahu Malaysiakini, antara 45 hingga 50 penyokong dihalang untuk masuk semula ke Dewan Orang Ramai Membakut, dekat Papar, tempat mesyuarat itu dijalankan.

Kumpulan tersebut berhenti rihat untuk solat Maghrib. Tetapi mereka kemudiannya tidak dibenarkan masuk semula ke dewan tersebut.

Pengundian kemudiannya diadakan secara mengangkat tangan dan keputusannya Mukhriz mendapat 51 undi dan Khairy pula memperolehi 31 undi.

Rumah Terbuka Ahli Parlimen Tanjong Karang - Malaysiakini

RUMAH TERBUKA
YB. DATO' NOH BIN OMAR

Ahli Parlimen Tanjong Karang
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Yang akan diadakan pada :
12hb. Oktober 2008 (AHAD)
Jam 10:00 pagi - 4:00 petang

Bertempat di Dewan Dato' Hormat Rafie,
Tanjong Karang, Selangor.


Semua dijemput hadir

Muhyiddin nafi bentuk pakatan dengan Najib.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan petang tadi beliau membentuk pakatan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanding dua jawatan tertinggi Umno pada pemilihan parti, Mac depan.

Beliau sekali gus menyangkal dakwaan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Port Dickson, kira-kira tiga bulan lalu, tetapi menganggapnya sebagai baik bagi membayangkan wujud keserasian di antara mereka berdua. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis jamuan Aidilfitri anjuran ahli Umno di Seremban.

Machang calonkan Najib, Muhyiddin - Malaysiakini

UMNO Bahagian Machang yang mengadakan persidangan perwakilannya hari ini mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk timbalan presiden parti.

Dalam proses pengundian yang diadakan secara terbuka walaupun terdapat gesaan di kalangan perwakilan agar dilakukan secara tertutup, jumlah undian yang diterima jauh mengatasi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, undian untuk Muhyiddin mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden.

Jadual mesyuarat Bahagian Umno di Selangor - Malaysiakini

selangor umno meeting date

Mukhriz dahului pencalonan ketua Pemuda - Malaysiakini

mukhriz mahathir and mahathir and khairy and umnoAhli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno apabila mendapat empat pencalonan, mendahulu Khairy Jamaluddin yang setakat ini mendapat tiga pencalonan.

Bahagian terbaru yang mencalonkan Mukhriz adalah Besut yang baru selesai bermesyuarat petang ini.

Setakat ini, Khairy mendapat pencalonan dari Pemuda Machang, Pengkalan Chepa dan yang terbaru dari bahagian Silam.

Manakala Mukhriz pula mendapat pencalonan dari Pemuda Kimanis semalam dan hari ini beliau turut dicalonkan oleh bahagian Jerlun dan petang ini dari bahagian Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Menurut bekas ketua pemuda bahagian, Zulfekri Awang, seramai 261 ahli hadir, sebulat suara mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda.

Manakala di Cameron Highlands, Mukriz mendapat 62 undi, Khairy (8) dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (3).

Pergerakan Pemuda Umno Silam yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mencalonkan Khairy untuk jawatan tersebut.

Manakala ahli exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

Setakat ini, tiga lagi pemimpin lain yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda - Dr Mohd Khir dan timbalan pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin - belum mendapat sebarang pencalonan.

Selain Reezal, dua orang lagi dicalonkan untuk jawatan naib ketua, iaitu Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar di Selangor, Faizal Abdullah (Machang), ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim (Kimanis dan Pengkalan Chepa).

Idris Jusoh sedia tanding Naib Presiden jika dicalonkan - Malayiakini

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang sebelum ini menawarkan diri bertanding ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sedia menimbang bertanding jawatan Naib Presiden jika mendapat pencalonan.

Idris yang juga Ketua Umno Bahagian Besut berkata, beliau lebih selesa untuk membiarkan perwakilan Umno mencadangkan jawatan untuknya menawarkan diri bertanding sebelum membuat keputusan.
"Sikap saya berbeza sedikit kerana saya lebih suka orang Umno yang mencadangkan kerana mereka (ahli Umno) tahu dan kenal siapa pemimpin mereka. Kalau saya mendapat pencalonan yang cukup saya akan bertanding dan bersedia menawarkan diri.

"Saya lebih suka jika ahli Umno bahagian menilai pemimpin mereka dan membuat cadangan, kalau mereka merasakan saya layak dan jika cukup pencalonan saya akan bertanding, kalau tak cukup saya tak bertanding tidak mengapa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu di Primula Beach Resort, di Kuala Terengganu semalam.

Beliau mengulas sama ada bersedia menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti jika dicalonkan.

Semua 6 bahagian Umno Melaka calonkan Najib - Malaysiakini

Semua enam bahagian Umno di Melaka yang akan memulakan mesyuarat Ahad ini akan mencalonkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno pada pemilihan parti, Mac depan.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata semua enam bahagian itu bersetuju mencalonkan Najib untuk jawatan presiden selepas Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan berkenaan.
“Umno Melaka akan bekerjasama dan berdiri teguh di belakang Najib untuk memastikan kemenangannya (Najib),” katanya kepada pemberita di Melaka, semalam.
Najib semalam telah mengumumkan beliau menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.

Umno Bahagian Kota Melaka akan mengadakan mesyuaratnya pada Ahad ini, diikuti Masjid Tanah, Alor Gajah dan Bukit Katil masing-masing pada 19 Oktober, manakala Tangga Batu dan Jasin dijadualkan pada 25 Oktober.

Mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Mohd Ali, yang kini Naib Presiden Umno, berkata jawatan itu kosong dan dengan itu beliau menawarkan diri untuk bertanding.

Katanya beliau mahu membantu presiden untuk meneruskan kesinambungan dasar dan perancangan bagi membangunkan rakyat dan negara.
“Dasar yang diperkenalkan Najib iaitu “One Malaysia” dijangka dapat memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap parti dan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.
Beliau berkata tumpuan dalam bidang lain terutama ekonomi dan kemiskinan wajar diberi perhatian segera untuk mengatasinya.