Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, September 27, 2008

Ku Li terpaksa mengumpul tenaga untuk sampai ke garisan penamat - Malaysiakini

Ku Li kenapa angin satu badan dan mengecam peralihan kuasa adalah seperti permainan kanak-kanak oleh dua orang pemimpin yang telah dewasa. Mungkin Ku Li amat kecewa apabila Persidangan Agung UMNO di tunda pada bulan march 2009.

Beliau akan tetap bertanding tidak kira bila Persidangan UNO itu akan di adakan.

Mungkin kah Ku Li sudah merasa letih apabila Persidangan Agung ini ditangguh enam bulan lagi dari sekarang, Perubahan senario politik juga kini memeningkan mereka yang akan bertanding teramsuk Ku Li kerana mereka terpaksa berkempen selama enam bulan lagi dan dalam jangkan masa yang panjang ini berbagai-bagai perkara boleh berlaku.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang sebelum ini pernah menawarkan diri mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding jawatan Presiden berkata, beliau masih kekal dengan pendirian mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada Umno dan negara.
”Kini kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai prasarana bertaraf dunia dan politik negara dunia ketiga dengan pemimpin-pemimpin menjadikan negara sebagai sebuah republik pisang,” kata beliau pada sidang media mengulas keputusan mesyuarat khas MT semalam.

Tengku Razaleigh yang pernah bertanding jawatan Presiden pada 1987 tetapi tewas di tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata:


“Saya fikir saya bercakap untuk negara apabila saya mengatakan bahawa saya rasa malu ekoran permainan kanak-kanak tidak habis-habis oleh dua pemimpin dewasa ketika berhadapan dengan tanggungjawab penting buat negara, tidak sedar soal perundangan, tidak sedar kerosakan yang mereka sebabkan kepada negara.”

Ku Li sebelum ini pernah berkata bahawa beliau akan menghadapi siapa sahaja yang akan bertanding merebut kerusi Presiden Parti.

Mungkin kah Ku Li kini telah hilang kayakinan untuk menang sekiranya perhimpunan Agung UMNO di adakan enam bulan lagi.

Dalam apa juga keadaan Ku Li terpaksa akur dengan keputusan MT yang telah mempersetujui akan penangguhan ini.

Ku Li kerana mengumpul dan mencari tenaga bagi sampai ke garisan penanamat.

Mungkin kah persaingan ini hanya untuk orang yang lebih muda yang punya tenaga yang cukup dan yang sudah mengah akan tertcicir di belakang.

Selamat Bertanding Ku Li.

MCA tidak akan tinggalkan BN - Malaysiakini

MCA tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan ekonomi negara terus berkembang dan mengekalkan keharmonian pelbagai kaum di negara ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata MCA sebagai antara pengasas BN tidak perlu bertindak keluar daripada BN hanya kerana ada pemimpin Umno yang membuat kenyataan berbaur perkauman termasuk melabelkan kaum Cina sebagai pendatang.

Ong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata hanya segelintir pemimpin dan anggota Umno yang bersikap sedemikian manakala sebahagian besar pemimpin Umno dan parti komponen lain mengamalkan sikap toleransi serta mengutamakan perpaduan kaum.
“Kita tiada pilihan lain dan BN adalah yang terbaik dalam usaha memastikan perpaduan dan hak saksama semua kaum di negara ini terbela,” katanya selepas merasmikan pejabat baru MCA Bahagian Kapar di Mutiara Point Jalan Meru, Klang hari ini.
Beliau berkata pucuk pimpinan dan anggota MCA perlu menyedari hakikat bahawa Umno adalah antara gabungan terbaik bagi parti terbesar kaum Cina di negara ini berdiri di bawah pakatan BN.
“MCA tidak akan bergabung dengan PAS kerana kita tidak pernah menjalin kerjasama dan hubungan yang baik seperti hubungan MCA-Umno,” katanya.
Ong berkata MCA juga tidak akan bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak mahu sejarah lama berulang iaitu ketika era penubuhan Independence Malayan Party (IMP) pada 1951 sehingga MCA tidak mendapat sokongan dan hilang arah perjuangan.

Katanya berdasarkan sejarah, bekas Presiden MCA Tan Sri Tan Cheng Lock menyertai parti IMP yang ditubuhkan Datuk Onn Jaafar selepas tiga minggu beliau keluar daripada Umno pada 1951.

Beliau berkata bekas Presiden MCA itu memberi sokongan penuh kepada IMP kerana kawan baik kepada Onn tetapi parti itu mendapat sambutan sehingga dibubarkan pada 1954.

UMNO Selangor nafi ketua bahagian tetapkan syarat - Malaysiakini

UMNO Selangor menafikan ketua-ketua bahagian negeri ini menetapkan syarat bahawa pelan peralihan kuasa perlu diterima sebulat suara ahli Majlis Tertinggi (MT).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perkara itu tidak pernah timbul.

Sebaliknya, ketua-ketua bahagian UMNO hanya bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Rabu tadi, bagi membincangkan perkara-perkara umum mengenai parti dan sedikit sebanyak mengenai peralihan kuasa 2010.

Bagaimanapun katanya, perbincangan berkenaan tidak melibatkan penetapan syarat kepada Abdullah tentang pelan peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul kerana kita (UMNO Selangor) secara umumnya menyokong pelan peralihan ini.

“Saya tidak tahu dari mana atau bagaimana dakwaan ini wujud,” katanya, kelmarin.
Beliau mengulas laporan laman Malaysiakini yang menyatakan ketua-ketua bahagian UMNO Selangor dan Abdullah dalam satu perjumpaan malam kelmarin menyokong pelan peralihan 2010 tetapi dengan syarat peralihan itu diterima sebulat suara oleh ahli MT.

Menurut laporan berkenaan, ketua-ketua UMNO bahagian negeri itu mengambil peluang dalam perjumpaan tersebut untuk mendapat penjelasan mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Sementara itu Muhammad turut menafikan UMNO Bahagian Shah Alam mencalonkan Najib sebagai Presiden, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

Kata beliau, laporan yang disiarkan oleh laman web yang memetik Bendahari UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Abdul Manan Said adalah tidak benar.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Salamon Selamat ketika dihubungi turut mengesahkan laporan tersebut tidak benar.

Katanya, ia merupakan pandangan peribadi Abdul Manan dan bukannya mewakili bahagian kerana dia bukan lagi bendahari UMNO bahagian berkenaan.

Saya tetap serah jawatan kepada Shahrizat - Malaysiakini

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, beliau mampu meneruskan khidmatnya sebagai ketua pergerakan itu sepenggal lagi namun dengan ikhlas hati mahu menyerahkan

jawatannya kepada Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun 2009.

Menurutnya, beliau menerima desakan ramai ahli Wanita UMNO yang mempersoalkan tindakannya menyerahkan jawatan itu walaupun masih lagi mampu menjalankan tugasnya itu.
“Saya kata tak payahlah…sungguhpun saya mampu teruskan lagi satu penggal, tapi saya rasa eloklah saya bagi pada Shahrizat saja Jun ini.

“Sebab ramai yang kata pada saya, buat apa Tan Sri nak serah Jun ini… macam bodoh pula sudah elok-elok menang lepas itu nak serahkan pada Shahrizat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Wanita UMNO kelmarin.
Menurut Rafidah, tindakan itu dilakukan kerana tidak mahu ada pertandingan yang boleh memecah-belahkan Wanita UMNO.
“Ada juga yang kecewa Shahrizat tidak bertanding, itu satu cerita tapi yang marah pada saya sebab nak bagi bulat-bulat jawatan “berdulang perak” ini tanpa sebab, itupun satu sebab.

“Saya terangkan nak tunggu sampai bila saya ini. Saya bersedia serahkan. Kenapa tidak Disember ini? Sebab kalau Disember ini, bertandinglah. Tidak, tidak, saya tidak mahu itu,” katanya.
Beliau yakin Shahrizat mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemangku ketua pergerakan itu walaupun tidak akan mempunyai naib ketua selepas peralihan jawatan dilaksanakan Jun 2009 nanti.
“Tak payah… dalam Wanita UMNO bukannya berat sangat macam jawatan Timbalan Perdana Menteri. Shahrizat akan menunjukkan kekuatannya. Kita ini berfungsi sendiri sebagai satu pasukan.

“Kecuali kalau dia (Shahrizat) tidak larat nak kerja. Tapi dia larat, dia mampu ada ramai yang akan bantu. Tak ada masalah tak ada Naib Ketua dalam Wanita UMNO ini,” katanya.
Beliau berkata, keputusan yang dicapai pada hari ini juga merupakan satu pakatan yang sudah sebulat suara mahukan kestabilan dalam pergerakan itu seterusnya kepada parti.

Menurutnya, apa yang akan dilakukan selepas ini adalah menasihatkan bahagian-bahagian dan akar umbi supaya menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
“Terimalah ini dan buatlah keputusan dengan bijak untuk kekalkan perpaduan kita supaya kita boleh jalankan proses ini dengan baik dan insya-Allah saya akan serahkan pada Shahrizat Jun ini seperti yang saya katakan.

“Ini bukan pula kita nak arah-arahkan bahagian, kita beri panduan dan nasihat demi parti dan saya harap tak adalah orang luar yang datang mengkucar-kacirkan pakatan yang ada ini. Kita dah pakat elok dah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Faridah Hassan berkata, semua Exco sebulat suara menerima keputusan yang dicapai pada mesyuarat itu.
“Kita semua bersetuju tiada pertandingan untuk dua jawatan tersebut bagi menstabilkan pergerakan dan untuk terus menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting kepada parti dan negara selepas ini,” katanya.
Exco Pergerakan itu, Datuk Maznah Mazlan berkata, semua pihak berpuas hati dengan kata sepakat yang telah dicapai berhubung peralihan jawatan antara Rafidah dan Shahrizat itu.
“Kita puas hati sudah selesai dan bersyukur. Kita tahu kalau ada pertandingan Wanita UMNO sudah tentu akan berpecah dan menambah kepada kekeruhan atau masalah dalam parti,” katanya.

Penangguhan Tarikh Perhimpunan Agung Umno Boleh Merumitkan Keadaan, Khairy - Malaysiakini

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi Umno yang menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu ke bulan Mac tahun depan boleh merumitkan kempen' calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno berkata tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.
"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan Ketua Pemuda ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.

"Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihan raya dua minggu pun tidak mudah inikan pula enam bulan.

(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar Teregganu Datuk Ahmad Said di Kemaman semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu yang sepatutnya pada Disember depan, ke bulan Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Bagaimanapun, anggota Parlimen Rembau itu berkata sebagai sayap parti, Pemuda Umno tetap menghormati dan menerima keputusan yang telah diambil itu.

Sementara itu, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata keputusan yang diambil oleh Majlis Tertinggi itu perlu dihormati kerana ia adalah antara langkah untuk melicinkan proses peralihan kuasa.
" Ini membuktikan proses peralihan kuasa Umno sebagai sebuah parti utama kaum Melayu berjalan dalam keadaan sempurna dan tertib," katanya.