Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, September 23, 2008

ISA Benteng Keselamatan Dan Keamanan Negara - Malaysiakini

Cheras – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pergerakan itu tidak setuju dengan saranan pihak tertentu yang mahukan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ini kerana menurut beliau, akta berkenaan merupakan satu undang-undang dan peraturan yang akan menjamin keselamatan rakyat negara ini apabila negara berdepan dengan pihak yang tidak bertanggungajwab mengambil kesempatan membawa isu sensitif.
“Saya tidak setuju dengan saranan pihak tertentu yang mahukan akta ini dihapuskan. Dalam masyarakat majmuk, hak individu itu perlu diimbangi dengan hak majorti dan kebebasan yang dilaung-laungkan di mana sahaja bukan merupakan kebebasan mutlak kerana hak majoriti itu harus juga dipertahankan.

“Dan dalam negara negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, jika terdapat pihak tertentu mengambil kesempata membawa isu sensasi serta sensitif, dan bila negara serta keselamatan rakyatnya berada dalam keadaan dan sudut membimbangkan, inilah sebenarnya akta dan peraturan serta undang-undang yang akan menyelamatkan kita.

“Bila dah berlaku baru nak bincang, pada masa dan ketika itu dah terlewat, dan pada mereka yang pegang amanah serta yang akan melaksanakan undang-undang itu, peganglah amanah itu dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas serta jujur supaya kredibiliti mereka dapat dipertahankan”, katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Majlis Peguam yang mahukan ISA dimansuhkan.

Terdahulu sebelum itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Qariah Masjid Jamek Alam Shah, semalam.

Berhubung saranan agar ISA diperhalusi, Hishammuddin seterusnya berkata cadangan berkenaan merupakan kaedah yang selalu dipraktikkan.
“Itu sntiasa merupakan kaedah kita dimana zaman berubah dan kita dituntut melihat sesuatu undang-undang atau peraturan mengikut zaman. Dan jika sekiranya perlu dilakukan, ia hanya boleh dilakukan dalam suasana semua pihak rasional.

“Tetapi jika sekiranya masih wujud pertimbangan politik dan polemik, apa jua pindaan yang akan diperhalusi ianya tidak akan membawa kepada kebaikan kerana apa yang jadi pendorong kepada pindaan itu ialah kebimbangan sempit polemik dan peribadi masing-masing”, katanya.

Penyanyi kontroversi Negaraku dipanggil polis - Malaysiakini

Pencipta dan penyanyi lagu Negarakuku yang menimbulkan kontroversi kerana ia dibuat mengikut rentak rap dan mempunyai unsur yang dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, pagi Selasa memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman.

Meng Chee yang baru kembali ke tanah air setelah menamatkan pengajiannya akhir bulan lalu tiba di Bukit Aman dengan diiringi oleh bapanya, Wee An See dan peguamnya.

Perayaan sempena sambutan kemerdekaan ke-50 negara tahun lalu tercemar dengan kontroversi yang ditimbulkan oleh Meng Chee apabila menyiarkan klip video lagu kebangsaan yang dinyanyikannya dalam rentak rap itu di laman web YouTube.

Malah lebih hangat lagi apabila liriknya turut mententuh sensitiviti umat Islam termasuk menyamakan azan subuh sebagai sesuatu yang mengganggu dan pada masa yang sama lirik itu dinyanyikan gambar ayam berkokok ditayangkan.

Selain itu lirik lagi berkenaan juga turut menyentuh mengenai isu perkauman apabila menggambarkan orang Melayu sebagai pemalas tetapi menguasai pentadbiran kerajaan.

"Ada petualang dikalangan MT Umno", kata Muhammad Muhd Taib - Malaysiakini

SUNGAI BESAR - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang.

Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri.

"Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang.

"Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang di sini, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.


Muhammad berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT membocorkan maklumat dan menyifatkannya sebagai tidak amanah.

Apakah tanpa Pak Lah UMNO akan berubah ? - Malaysiakini

Jangan terlalu ghiarah untuk mendesak Pak Lah meletakan jawatan sebelum Mesyuarat Agung UMNO 2008 kerana Pak Lah punya hak tersendiri untuk menentukan sama ada beliau mahu mengekalkan jawatan sebagai Presiden UMNO atau tidak. Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Kelantan hari ini mengikrarkan sokongan terhadap Perdana Menteri. Jangan hanya kerana dua atau tiga pemimpin yang mendesak Pak Lah untuk mengundurkan diri kita membuat keputusan bahawa itu adalah suara seluruh bahagian.

Tiada sebab Pak Lah perlu mengalah kerana desakan mereka yang gila untuk bertanding seperti Muhyiddin Yassin Tengku Razaleigh Hamzah atau Mukhriz Tun Mahathir mahupun Khir Toyo. Mereka ini punya agenda tersendiri untuk memudahkan laluan mereka untuk merebut jawatan yang mereka pertandingkan. Mereka ini semua gila kuasa sehingga lupa apa yang mereka lakukan adalah satu perbuatan yang diluar batasan ahli UMNO. Alasan yang mereka gunakan untuk menyelamatkan UMNO adalah satu alasan yang dengkil dan hanya merupakan alasan kosmetik. Apakah tanpa Pak Lah dalam UMNO , UMNO boleh mengembalikan kegemilangan UMNO dalam sekelip mata jika UMNO masih mempunyai ahli seperti mereka ini.

Apakah mereka ini lebih baik dari Pak Lah, apakah Tengku Razaleigh lebih baik dari Pak Lah, Apakah Mukhriz dan Khir Toyo adalah lebih baik dari Pak Lah apakah Muhiyuddin lebih baik dari Pak Lah. Adakah lebih baik UMNO memilih orang lain sekiranya Pak Lah mahu berundur sekurang-kurangnya orang yang akan dipilih adalah lebih baik dari mereka ini tidak kurang ajar kepada Presiden Parti. Apa istimewanya Khir Toyo , apa istimewanya Mukhriz, jika mereka dipilih sebagai Ketua pemuda apakah dapat mereka melakukan perubahan dalam UMNO?Jika mereka boleh lakukan kenapa mereka mahu menunggu sampai terpilih sebagai Ketua Pemuda? Kenapa tidak mereka lakukan sekarang,Jika mereka boleh membuktikan bahawa mereka boleh melakukan pasti mereka akan dipilih sebagai Ketua Pemuda nanti.

Apakah istimewa Muhyiddin dan Ku Li , sekali lagi , apakah mereka boleh merubah UMNO setelah menjadi Presiden dan Timbalan Presiden. Jika boleh lakukan kenapa mereka tidak merubah UMNO dari sekarang , kenapa mahu menunggu bila jadi Perdana Menteri yang baru dan Timbalan Perdana Menteri yang baru,? Matlamat perjuangan mereka hanya lah mahu menjatuhkan Perdana Menteri , lepas Perdana Menteri jatuh mereka akan menggantikan Perdana Menteri , sekali lagi kita persoalkan , apakah mereka boleh menjadi Perdana Menteri yang lebih baik dari Pak Lah mahupun Naijib Tun Razak. Apa yang kita dengar dari mereka sekarang hanyalah Pak Lah berundur, Pak lah cepat berundur. itu saja yang kita dengar dari mereka.

Apakah pencapaian Khir Toyo - Tanyalah diri sendiri akan pencapaian Khir Toyo di Selangor ? Apakah beliau dikagumi oleh rakyat Selangor, mengapa Selangor tergadai. Salah siapa ? Jika beliau mempunyai pantadbiran yang baik walaupun betapa serangan media terhadapnya tentu sekali beliau tidak akan tewas dan terlepas negeri Selangor ke tangan pembangkang. Jika jawapannya itu adalah senario politik dan tuntutan politik masa ini , kenapa N Sembilan , Melaka , Johor , Pahang , Sabah dan Sarawak masih dalam gemgaman BN. Kerusi MB Selangor sememangnya sentiasa panas, tetapi MB yang lalu tidak mengadai Selangor ke tangan pembangkang. Apakah beliau layak untuk mendesak Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan.Layakkah kita menyokong politikus sebegini yang tinggal nyawa ikan untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Apa pula track rekod Mukhriz yang baru setahun jagung dalam arena politik mendesak Pak Lah meletakkan jawatan , Beliau sendiri gagal untuk memenangi kerusi ketua Pemuda Umno di Bahagian sendiri. Apakah jasa beliau kepada UMNO lebih besar dari jasa Pak Lah , apa hak beliau selaku Ahli Parlimen dan hanya exco pemuda untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan, Mukhriz adalah boneka Tun yang sememangnya tidak lagi boleh menerima Pak Lah sehingga sanggup menyeru MCA dan MIC menendang Pak Lah. Baik ke niat Tun ? Sewaktu Tun mengalami krisis ketidakpercayaan orang Melayu dahulu adakah almarhum Tengku Abdul Rahman mencampuri politik Tun, Apa yang tidak di katakan oleh orang Melayu ketika itu , Tun juga hampir didingkir dan hanya memenangi beberapa undi yang tipis ketika menentang Ku Li sewaktu pemilihan UMNO yang lalu.Kalau Mukhriz bukan anak Tun, mungkin Mukhriz telah lama disingkir oleh ahli UMNO. Budak mentah mahu menyinkirkan presiden parti. Ketua Pemuda pun Mukhriz belum tahu mendapat pencalonan yang cukup.

Siapa Muhyiddin Yassin , tidak lebih dari kacang yang lupakan kulit. Pak Lah memberikan beliau tempat yang baik dalam kabinet. Pak Lah memberikan beliau kepercayaan. Kerana sikap tamak , sebagai seorang Naib Presiden sepatutnya Muhyiddin Yassin berdiri teguh bersama Ali Rustam dan Najib . Olah kerana sikap tamak dan ingin menagguk di air yang keruh dengan alasan untuk menyelamatkan UMNO.Keadilan hanya menang satu kerusi Parlimen sahaja pada tahun 2004 , Pas tidak pernah menang besar , Dap pernah kalah teruk,mereka selamatkan parti mereka bukan dengan menyingkir Presiden mereka. Mengapa UMNO yang tidak kalah dan masih menjadi pemerentah mahu menyingkir Presiden mereka. Mengapa mereka tidak mencari kesilapan parti tetapi hanya menyalak mahu menyingkirkan presiden, sebab mereka mahukan tempat berkenaan , Mujur Najib matang tidak gila kuasa macam mereka. Itu pun Najib dihetam kerana bersikap matang, Inilah kualiti yang kepimpinan yang kita mahukan.Apakah Muhyiddin selaku front liner tidak bersalah ketika kita tewas lima negeri , Apakah sewaktu mesyuarat MT Muhyiddin di kecualikan dan tidak bertanggungjawab membuat segala keputusan,

Mengapa tidak desak untuk singkirkan Muhyiddin sekali. Mukhriz tidak bertanggungjawab kerana dia hanyalah exco pemuda sahaja tidak ada peranan dalam UMNO.Ku Li juga tidak bertanggungjawab kerana beliau hanya ahli Parlimen sahaja di Gua Musang tempat tradisional . Sekali - sekali balik gua musang bawa tembakau berikan kepada orang asli, cukup sudah untuk terus menjadi ahli parlimen yang baik. Apa perlu memikirkan untuk memenangkan Kelantan , itu tugas Anwar Musa dan Awang Adik. Kalau Selangor masih di tangan BN , Tidakkah kita masih kuat ? itu saja komen penulis mengenai tanggungjawab Khir Toyo.

Atas dasar tanggungjawab Pak Lah merangkakan peralihan kuasa, itu juga mereka tidak puas hati, Mereka mahukan Pak Lah ditendang segera.Baik kah pemimpin ini ? Terus terang saya katakan ,tanpa Pak Lah UMNO tetap sebegini ataupun akan menjadi tambah buruk lagi kerana niat dan nawaitu pemimpin UMNO yang gila kuasa. Lepas ini Najib pula jadi sasaran. sehinggalah Mukhriz naik menjadi Perdana Menteri selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri , barulah akan senyap seketika kerana Mukhriz akan memerentah selama 22 tahun dan jika waktu zaman Tun UMNO berpecah sebanayak 3 kali mungkin di zaman Mukhriz UMNO akan berpecah lagi 3 kali dan terpaksa pula menubuhkan satu lagi UMNO paling baru dan Mukhriz sebagai ahli yang pertama dan isterinya ahli yang kedua.

Apakah salahnya mereka hanya berdiri teguh di belakang Presiden dan Timbalan Presiden dan kuatkan kembali UMNO. Sudahlah kita akui kita sekarang ini lemah, di tambah pula dengan mereka ini melemahkan UMNO lagi dari dalam. Mujur masih ramai yang sayangkan UMNO dan berdiri teguh mempertahankan kubu dan benteng UMNO dari ketirisan diserang oleh Anwar Ibrahim. Apakah mereka ini semua tidak kecewa apabila BN tewas di lima negeri, mereka ini juga kecewa tetapi mereka lebih matang mengutip tulang tulang yang berterabur dan mendirikan kekukuhan UMNO dibelakang Pak Lah , jika mereka ini semua berperangai macam geng pendesak ini UMNO sudah lama berkubur dan 916 kita akan berputih mata,

Walaupun ahli parlimen dari Sabah lantang menghantam kepimpinan pusat mereka mendesak hebat tetapi mereka kemabli bersatu apabila UMNO diserang musuh. Kami terharu dengan semangat mereka dari Sabah dan Sarawak yang berdiri menjadi benteng menguatkan kubu UMNO. Anifah Aman dan Ghafur yang kecewa dengan perlantikan mereka sebagai timbalan menteri , bangun mempertahankan benteng UMNO apabila UMNO dalam kemelut, Mereka meninggalkan negeri Sabah , Sarawak turun berkempen di Permatang Pauh, menyatukan barisan dan membuktikan perpaduan , mata ini sendiri menyaksikan Bung Mokhtar bermandi peluh berkempen. Tidakklah kita kecewa mendengar keyataan akhbar Mukhriz sebaik sahaja tamat pilihanraya kecil Permatang Pauh. “Saya yakin mendapat pencalonan yang cukup apabila bertemu akar umbi pemuda di Permatang Pauh kerana mereka berjanji untuk mencalonkan saya’ jika sebelum ini Mukhriz tidak yakin akan di calonkan.

Pembaca fikirkanlah apa yang penulis mahu sampaikan , Khir Toyo dan Mukhriz kemudian menyatakan kekalahan di Permatang Pauh membayangkan rakyat tidak percaya lagi kepada Presiden Parti. Permatang Pauh tidak membuktikan apa-apa dan tidak mewakili rakyat seluruh Malaysia. Jika G.Bush menentang Anwar di Permatang Pauh pasti Bush pun akan kalah.Kehadiran Khir Toyo dan Mukhriz di Permatang Pauh hanyalah sekadar menunggu masa untuk mahu bertepuk tangan dan menyalahkan Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin sedangkan mereka sendiri menjadi saksi dan faham mengapa kita kalah di Permatang Pauh.

Sekurang-kurangnya Khairy menunaikan tanggungjawab beliau sebagai Naib Pemuda UMNO walaupun beliau tahu akan menghadapi cemuhan sekiranya BN tewas di Permatang Pauh. Khairy boleh buat tidak tahu sahaja jika tidak mahu dipersalahkan atau tidak mahu dicemuh atau pun Khairy juga boleh ambil kesempatann ini untuk berkempen seperti yang mereka lakukan. Cemuhan tetap akan diterima juga. Tetapi inilah tanggungjawab dan bagi Khairy , tiada jalan lain , tanggungjawab perlu diutamakan. lebih baik Khairy berdiri di atas pentas tetapi ikhlas dan sanggup memikul tanggungjawab kekalahan daripada berdiri di atas pentas dengan niat yang tidak ikhlas dan lari dari tanggungjawab dan menyalahkan orang lain kerana kekalahan bersama.

Kekalahan BN di permatang Pauh adalah kekalahan BN dan bukan Khairy atau Pak lah sahaja yang salah dan Khir Toyo dan Mukhriz tidak salah, Berhentilah menunding jari kepada orang lain atas kelemahan kita bersama.UMNO lemah adalah kerana semua pemimpin dan ahli nya, Khir Toyo , Muhyiddin , Mukhriz , Ku Li juga bertanggungjawab. UMNO bukan Pak Lah dan bukan Khiary , UMNO adalah kita. Janganlah hanya kerana mengejar jawatann kita perlu menyalahkan dan menyingkir orang lain, Kerana suatu hari kita juga akan disingkir seperti apa yang kita lakukan,

Apa yang mereka sebenar mahukan? Jika mereka katakan biar ahli akar umbi dan bahagian yang tentukan. Biarlah bahagian dan ahli akar umbi yang tentukan , Kenapa menyalak sekarang , Mesyuarat Bahagian hanya bermula pada 9 Oktober sehingga 9 November, tunggulah 9 November yang tentukan. Mengapa tak habis-habis menyalak. Jika mahu Pak Lah berundur , Pak Lah sudah pun mahu berundur, sabar sahaja, jika alasan tidak sempat mahu membuat persedian unntuk PRU 13 , buatlah sekarang , kalau asyik menyalak , macam mana nak bersedia. Hentikan salakan , mulakan kerja.

Muhyiddin : Apakah ini satu ugutan kepada PM ? - Malaysiakini

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada untuk menyerahkan kuasa pada 9 Okt ini. Bercakap kepada pemberita di sini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata beliau yakin Perdana Menteri tahu apa yang sedang berlaku di peringkat bawahan. Hujung minggu lepas beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno dilaporkan berkata tidak ada tekanan dikenakan terhadap Abdullah untuk berundur sebelum tarikh peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.Abdullah sendiri pernah menyebut bahawa tarikh itu boleh dipercepatkan dari Jun 2010 seperti yang dipersetujui sebelum ini. BERNAMA

Apakah ini satu ugutan ? Muhyiddin perlu perjelaskan kepada ahli UMNO kenapa keyataan ini dibuat? Mengapa Perdana Menteri perlu menyerahkan kuasa pada 9 Oktober, jika tidak ?Apakah UMNO bahagian akan menyingkirkan Perdana Menteri dengan tidak memberikan pencalonan. Mana Muhyiddin tahu ? apakah ini keyataan terdesak Muhyiddin kerana waktu hampir tiba untuk beliau kerana beliau tahu beliau tidak mampu untuk menghadapi pencalonan ,kita lihat siapa yang akan tersingkir , Muhyiddin atau PM. Mengapa Muhyiddin beria-ia sangat mahu PM letak jawatan , kemaruk sangat ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Mana tahu jika Pak Lah letak jawatan ,Najib akan ambil dia jadi PM. Jangan lupa ada seorang lagi MT. Datuk Wira Ali Rustam. Rasanya Najib lagi berminat untuk lantik Datuk Wira kerana tidak cuba lawan toke. Nanti jika Muhyiddin lantik Muhyiddin dia pula minta Najib serah kuasa kat dia, Rasa nya Muhyiddin takut untuk menghadapi Pemilihan UMNO , itu sebab mahu Pak Lah serah kuasa dan yakin Najib akan pilih dia. lagi dekat 9 Oktober lagi parah sakit Muhyiddin. Rasanya Muhyiddin dalam stage tidak waras lagi. Kalau benar-benar kemaruk jawatan , jangan tunjuk sangat dan jangan lah ketara sangat . Ahli UMNO dah dapat tangkap apakah tujuan sebenar Muhyiddin sekarang , Bukan mahu selamatkan UMNO tapi mahu selamatkan kerusi No 2. Tanya Najib dulu , dia mahu berikan atau tidak , nanti bila Pak Lah letak jawatan dan Najib pilih Datuk Wira Ali Rustam ……………. dari tidak waras jadi gila pula. Sebab orang Melayu buat apa-apa ada batasnya.

Petra ditahan 2 tahun di Kamunting - Malaysiakini

raja petra and internal security actRaja Petra Kamaruddin dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata peguamnya.

Menteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.
"Tindakan menteri berkenaan menandatanganinya mengikut seksyen 8 semalam, tidak boleh diterima sama sekali," kata peguam Malik Imtiaz yang mewakili Raja Petra.
Menteri Dalam Negeri mengesahkan pengendali laman web Malaysia Today ditahan selama dua tahun di Taiping.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata beliau sendiri menandatangani perintah penahanan Raja Petra untuk tempoh itu, lapor Bernama.
"Semalam, saya telah menandatangani penahanan Raja Petra untuk dua tahun ke Kamunting setelah berpuas hati dengan alasan yang cukup untuk menahannya," beliau dipetik sebagai berkata.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.

bm version internal security act section 73 bracket 1 and 8 bracket 1 230908Habeas corpus adalah permohonan supaya tahanan di bawah ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut, yang menjadikannya tidak sah.

Hakim Suraya Othman meminta peguambela mengemukakan hujah berhubung kes tersebut pada 28 Oktober.

Awal pagi ini, isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa perintah tahanan tersebut, telah dikeluarkan oleh menteri berkenaan semalam.
"Polis berkata, suami saya telah dihantar ke Kamunting pagi ini dan beliau akan ditahan di sana selama dua tahun tanpa bicara. Ini adalah berita paling buruk yang saya boleh terima, tetapi kami akan terus berusaha untuk membebaskannya," kata Marina dalam keadaan sebak.

Marina menyifatkannya sebagai satu taktik kotor kerajaan kerana "mereka tahu kami dalam proses untuk mendapatkan pembebasannya di mahkamah, tetapi saya sudah menjangkanya".

Menurut para wartawan yang menunggu di Kamunting, Raja Petra tiba di kem tahanan itu pada jam 11.50 pagi dengan menaiki sebuah van putih yang bercermin gelap.

Muhyiddin menyalak lagi - Kita tunggu sapa yang tersingikir ? - Malaysiakini

Muhyiddin Yassin sekali lagi bersuara semalam dengan menegaskan bahawa jangka hayat UMNO tidak pasti akan lama jika sesuatu tidak dilakukan untuk membetulkan UMNO kembali. Ada juga yang berpendapat apa yang dikatakan oleh Muhyiddin ini sama maksud dengan jika saya tidak diangkat menjadi orang yang kedua dalam UMNO. Sebagai Naib Presiden UMNO Muhyidiin sepatutnya menumpukan kepada usaha memulihkan UMNO dan cara memulihkan UMNO bukan dengan hari-hari menyalak agar Presiden Parti mengundur diri secepat yang mungkin.

Idea yang bernas perlu dibentangkan selain dari idea yang retorik sepanjang masa mendesak Presiden Parti untuk berundur. Apakah Muhyiddin sengaja membutakan mata dan tidak nampak bahawa UMNO sedang dalam proses pemulihan dan banyak perkara yang sedang dibuta termasuk mengikut kehendak Muhyiddin sendiri yang tidak mahu bosnya lagi. Pak Lah sudah mengumumkan akan peralihan kuasa dan hanya masa sahaja yang akan menyaksikan Pak Lah berundur seperti kehendak mereka.

Najib juga telah diberikan kuasa atas pantauan Perdana Menteri sebelum Perdana Menteri melepaskan jawatan secara total. Persediaan menghadapi pilihanraya Umum 13 telah pun bermula, hanya Muhyiddin sahaja yang tidak nampak kerana sibuk dengan mendesak Pak Lah mengundurkan diri.

Apakah hanya dengan mendesak PakLah berundur dan segala masalah dalam UMNO selesai? Masalah bukan hanya kepada Pak Lah, masalah juga terletak kepada Muhyiddin dan juak-juak beliau yang gilakan pangkat. Ini juga masalah yang besar dalam UMNO. Pemimpin yang gilakan kuasa sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan jawatan termasuk sanggup melawan pemimpin kerana mahukan jawatan. Muhyiddin sememangnya tidak layak untuk memegang kerusi tertinggi dalam UMNO kerana sikap beliau yang tidak sabar, tidak hormat pemimpin dan tidak hormat ahli akar umbi.

Yang mendesak Pak Lah turun hanyalah ahli-ahli yang dipengaruhi oleh Muhyiddin, namun Muhyiddin juga jangan lupa bahawa ramai lagi yang akan mencalonkan Pak Lah dan menyokong beliau. Jika beliau menang dalam pemilihan Presiden ini bererti suara Muhyiddin bukanlah suara majoriti. Mesyuarat Bahagian belum lagi bermula dan tidak adil jika Muhyiddin mengatakan semua bahagian mendesak Pak Lah berundur segera. Yang selalu menyalak Pak Lah berundur segera ialah juak-juak Muhyiddin dan belum tentu Muhyiddin akan kekal sebagai Naib Presiden selepas pemilihan ini. Kita tunggu dan lihat siapa yang akan tersingkir selepas pemilihan UMNO 2008 ini.

Khairy dapat sokongan dari Pemuda Sabah - Malaysiakini

Pemuda Umno Sabah hari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu dalam pemilihan parti Disember ini.

Ketua Pemuda Umno Sabah Datuk Japlin Akim berkata Khairy telah membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi pergerakan itu.
“Bagi saya dan rakan-rakan Pemuda di Sabah, sokongan tidak berbelah bagi kepada Khairy ini adalah kerana kami tahu komitmen beliau terhadap perjuangan Umno, dan pada masa yang sama beliau adalah seorang insan yang boleh dipimpin iaitu suka menerima pandangan rakan dan orang lain,” katanya hari ini.
Japlin, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata, Khairy juga dikenali sebagai pemimpin yang berilmu, berani serta lantang menyuarakan hak-hak Pemuda.
"Beliau mesra dengan golongan muda di Sabah, dan kami berpendapat tidak ada masalah bagi mereka untuk mengemukakan permasalahan dan tuntutan Pemuda di peringkat cawangan," katanya.
Selain Khairy, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan ketua Umno bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berhasrat merebut jawatan naib presiden Umno.

Umno Kelantan dan Pulau Pinang sokong peralihan kuasa 2010 - Malaysiakini

KOTA BAHARU - Umno Kelantan menyokong penuh penyerahan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijadualkan pada 2010.Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian mencapai kata sepakat mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Umno, tidak hadir. Annuar berkata Umno Kelantan akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan Najib agar peralihan kuasa itu berjalan dengan lancar.”Kita mahu Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan dalam keadaan Umno kuat,” katanya.

Di Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, ketika mengulangi sokongan Umno negeri itu terhadap pelan peralihan kuasa berkenaan, menyeru semua pihak supaya menghormati dengan ikhlas keputusan yang telah dipersetujui itu.

Katanya kesemua 13 bahagian Umno di Pulau Pinang juga mengulangi sokongan mereka untuk mencalonkan Abdullah sebagai presiden dan Najib sebagai timbalan pada persidangan perwakilan masingmasing bulan depan.

“Kami di Pulau Pinang sebulat suara terus mempertahankan kedudukan presiden,” katanya

Siapakah pilihan bahagian? - Malaysiakini

umno 2007 tengku razaleigh ku li 081107Apakah selepas 20 tahun, kita bakal menyaksikan ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sekali ini layak bertanding merebut jawatan presiden Umno Disember ini?

Dua dekad lalu, dalam pemilihan Umno tahun 1987, beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno tetapi tewas dengan 43 undi.

Semalam, bekas menteri kewangan itu yakin beliau akan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.

Pastinya, keyakinan beliau itu berdasarkan kepada maklum balas dari pihak bahagian yang akan mula bermesyuarat selama selama sebulan mulai 9 Oktober depan.

Bekas naib presiden Umno itu yang lebih popular dengan panggilan Ku Li, meluahkan keyakinannya itu dalam sesi dialog dengan beberapa pengendali blog di kediamannya di ibunegara malam tadi.

Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ialah siapakah pilihan pemimpin akar umbi, khususnya bahagian, untuk menerajui pucuk pimpinan Umno dalam menghadapi cabaran yang cukup besar.

Pastinya, matlamat utama mereka ialah untuk memperkukuhkan kembali Umno yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan lima negeri kepada pembangkang selepas pilihanraya umum lalu.