Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, September 19, 2008

Dosa Dosa Khir Toyo - Malaysiakini

Wak juga orang Jawa tapi wak tak suka apabila orang Jawa jadi sombong dan khianati bangsa Jawa.. Wak lega apabila Khir Toyo tidak lagi menjadi Menteri Besar tapi wak tidak puas hati bila dia tidak di bawa ke muka pengadilan dan terlepas dengan segala dosa yang dilakukan semasa menjadi Menteri Besar dahulu.
Kita renung kembali dosa-dosa yang telah dilakukannya dahulu :

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
Sumber http://www.antikhirtoyo.blogspot.com

Najib sebak tinggalkan Kementerian Pertahanan - Malaysiakini

Setelah 14 tahun berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini dengan sebak mengucapkan salam perpisahan kepada warga Kementerian Pertahanan dalam satu upacara di Wisma Pertahanan di sini.

Malah, ramai antara 2,000 orang kakitangan kementerian yang hadir khususnya penjawat awam, kelihatan menangis semasa Najib bersalaman dengan mereka.

Beliau bertukar portfolio dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua hari lepas dengan mengambil alih Kementerian Kewangan manakala Abdullah kini menjadi Menteri Pertahanan.

Upacara perpisahan didahului dengan Najib menerima tabik hormat sebelum memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada pegawai dan anggota daripada Batalion 1, Rejimen Askar Melayu Diraja.

Najib kemudian menaiki kenderaan istiadat dengan ditarik oleh 20 pegawai berpangkat Leftenan Kolonel dan setaraf daripada ketiga-tiga cabang angkatan tentera Malaysia iaitu darat, laut dan udara.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Tentera Laut laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar.

Rakyat Malaysia ditertawakan Kuan Yew - Malaysiakini

Oleh : AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

"MALAYSIA is in undated with accusations and counter accusations. Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister to Prime Minister Mahathir, claimed he could form a government by September, and that the charge of sodomy against him was baseless and intended to block his bid to form the next government. However Anwar has refused to give the police his DNA which could prove innocence. Instead he made counter-accusations against Deputy Prime Minister Najib Razak. Malaysians are confused and do not know what to believe.” ucapan Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) sempena Kemerdekaan ke-43 Singapura pada 13 Ogos 2008 di Tanjong Pagar, Community Club.

Lee Kuan Yew baru menyambut hari kelahirannya yang ke-85 pada 16 September 2008. Kuan Yew menyatakan bahawa Anwar menjadikan kes sodomi sebagai alasan penghalang 16 September. Kini, Anwar salahkan ISA pula sebagai penyebab tidak jadinya 16 September. Mana satu yang betul?

Kuan Yew menyatakan bahawa rakyat Malaysia sudah “confused and do not know what to believe”. Kenapa rakyat Malaysia menjadi bahan tawa Lee Kuan Yew?. Siapakah majoriti rakyat Malaysia yang keliru tersebut? Apabila Anwar Ibrahim gagal membentuk kerajaan baru pada 16 September kerana kegagalan ahli-ahli parlimen BN melompat parti, Anwar membuat tuduhan baru bahawa kegagalan itu adalah disebabkan ISA. Sekali lagi Anwar divert kegagalannya pada tempat yang lain. Dia juga yang tidak bersalah dan betul.

Dengan menyalahkan ISA sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak mengikut keadilan dalam Islam, ramai yang terlupa "perkara asas" mengapa Raja Petra, Teresa Kok dan Syed Azidi (Kickdefella) ditahan. Hina Nabi, tulisan jawi, isu azan dan memperlahankan speaker masjid, Jais dan kempen menterbalikkan bendera Malaysia. Apakah perkara-perkara ini tidak sensitif bagi orang Islam? Tidak kira parti PAS, PKR atau UMNO, jika hatinya masih lagi tidak berasa apa-apa kalau perkara tersebut dipertikaikan, tentulah ada sesuatu yang tidak kena dalam hatinya.

Apakah zalim kalau menahan untuk siasatan (belum lagi dipenjarakan) seseorang yang menghina Nabi, mengecam tulisan jawi, meminta speaker masjid diperlahankan dan kempen menterbalikkan bendera Malaysia?

Ketiga-tiganya tidak dikasari ketika ditahan. Teresa Kok dan Raja Petra dikunjungi sendiri oleh SUHAKAM sebagai badan pemantau hak asasi di Malaysia. Malah Teresa Kok dibenarkan untuk bertemu dengan ibu bapanya semasa dalam tahanan ISA. Diberikan pula ubat herba dan pati ayam oleh keluarganya. Apakah ini tidak dianggap sebagai keadilan? Adakah adil kalau membuat tuduhan zalim dan kejam yang akhirnya akan mengelirukan rakyat?

Singapura pun ada undang-undang ISA. Pada 1966, Chia Thye Poh (Ahli Barisan Sosialis) ditahan selama 32 tahun menggunakan ISA. Chia Thye Poh menghabiskan sembilan tahun terakhirnya dalam tahanan rumah termasuklah pengurungan di Pulau Sentosa.

Pada tahun 1987, ketika Operasi Lalang di Malaysia, di Singapura pula ada Operasi Spectrum. Seramai 22 orang daripada Gereja Roman Katholic dan aktivis sosial ditahan di bawah ISA. Mereka disyaki menjadi ahli kumpulan Marxist yang berusaha untuk membentuk kerajaan Marxist di Singapura.

Pada Disember 2001, lima belas orang disyaki ahli militan Jemaah Islamiyah (JI) ditahan di bawah ISA kerana dipercayai terlibat dalam plot untuk menyerang kedutaan Singapura. Sepanjang Ogos dan September tahun 2002, 21 orang lagi disyaki militan Jemaah Islamiyah (JI) ditahan di Singapura.

ISA digunakan oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebagai langkah pre emptive untuk mengekalkan keselamatan negaranya. Bush pernah menyelar Malaysia gunakan ISA sebagai tidak wajar. Apakah Bush terlupa bahawa Singapura dan Britain juga ada ISA?

Mungkin ada antara kita yang seronok melihat pemimpin negara jiran menyindir rakyat Malaysia berada dalam keadaan keliru dan tidak tahu mana satu yang hendak dipercayai. Sedang orang lain sibuk memaju dan membangunkan ekonomi negara mereka. Kebanyakan rakyat kita sedang berseronok menari dan berjoget mengikut irama gendang yang dipalu oleh Anwar Ibrahim.

Baru terdengar guruh di langit, air tempayan sudah dituang -tuangkan. Hujan tak tiba tiba juga. Salahkan guruh, awan, langit dan tempayan kerana hujan yang di canang tidak turun.

Empat penjuru tanding ketua beri peluang Pemuda menilai pemimpin mereka - Malaysiakini

Oleh : Hassan Md Hussein (Sandakan)
TANDA-TANYA sebelum ini, apakah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, ekoran penyandang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengosongkan kerusi itu, terjawab, 17 Ramdan lalu, apabila secara rasminya mengumumkan hasratnya itu.

Menurut Khairy yang popular dengan nama KJ, setelah dia mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk bertemu dari hati ke hati dengan pemimpin-pemimpin Pemuda di peringkat bahagian, maka atas semangat setiakawan, dia menyatakan sedia untuk dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Dihadiri sekitar 40 ketua Pemuda bahagian dan beberapa Exco Pergerakan Pemuda termasuk Penolong Bendahari, Penolong Setiausaha dan beberapa Exco Pemuda selain ketua Pemuda negeri, KJ berkata, “saya mengambil masa agak panjang untuk memikir dan membuat keputusan ini berbanding pemimpin lain yang sudah mengumumkan bertanding kerana saya perlu mengkaji dan mendapat pandangan akar umbi terlebih dahulu.
“Keputusan ini bukan keputusan saya seorang tetapi keputusan warga Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian yang mahu dan menyokong saya untuk meneruskan kesimbungan perjuangan Datuk Seri Hishammuddin,” katanya di sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Rembau, bersamaan hari Nuzul Quran.
Sebenarnya, cakap-cakap mengenai KJ akan turut menawarkan diri bertanding sudah kedengaran sejak sekian lama, apabila sah Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Namun, KJ dilihat tidak terburu-buru untuk mengumumkan hasrat itu, seballiknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Pemuda cawangan dan bahagian.

Apa yang menarik, KJ memberitahu wartawan yang memenuhi dewan sidang media diadakan petang Rabu itu, “saya bertanding atas semangat setiakawan,”. Walaupun media arus perdana tidak memetik kata-katanya itu, tetapi sesiapa sahaja yang hadir, KJ berpesan, “sampaikan kenyataan saya ini kepada rakan-rakan yang lain” kerana Pergerakan Pemuda Umno, memang memerlukan “semangat setiakawan” untuk teruk kekal sebagai sebuah entiti yang dihormati.
Melihat kepada cara dan semangat bekerja yang ditunjukkan dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, Pergerakan Pemuda Umno memang cukup selesa dengan KJ.

Malahan, d beberapa tempat Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah dipetik sebagai berkata, “saya seronok dengan cara KJ mengemudikan Pemuda ketika berdepan dengan pilihan raya,”

Setakat ini, sudah tiga nama disenaraikan sebagai calon yang menawarkan diri untuk jawatan ini, iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo, bekas MB Selangor dan bekas Exco Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin.
Secara berseloroh, KJ memberitahu, sekitar 30 peratus kepimpinan Pemuda di peringkat bahagian bersama-samanya dan calon-calon yang lain juga turut mendapat sokongan serupa, namun terpulang kepada kerja-kerja masing-masing menarik sokongan.

Mendekati rekod pencapaian KJ, selama empat tahun sebagai Naib Ketua Pemuda dan empat tahun sebagai Exco Pemuda, tentunya kepimpinan Pemuda dapat mengukur dan menilai kemampuannya, terutama ketika berdepan dengan pelbagai isu termasuk isu-isu perkauman.

Tidak hairanlah, KJ mengingatkan rakan-rakannya dalam Pemuda, menjadi Ketua Pemuda Umno, sekaligus adalah Pengerusi kepada Pemuda Barisan Nasional. Maka, dia menawarkan diri setelah bersedia memimpin Pemuda BN, gabungan pelbagai kaum dalam suasana politik kini dan mampu untuk memperkasakan dan memperkukuhkan pergerakan itu.

Apa yang paling menarik, KJ adalah satu-satunya calon Ketua Pemuda yang masih berada di dalam kepimpinan Pemuda Bahagian kerana dia adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau, sedangkan saingannya, Mukhriz adalah AJK Umno Bahagian Kubang Pasu (setelah kalah dalam usaha merebut jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu), Dr. Khir adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar manakala Zahidi, adalah Ketua Umno Bahagian Padang Besar.

Rasanya, jika Pergerakan Pemuda Umno ‘komited’ mahu mengenengahkan kepimpinan Pemuda bahagian sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, KJ adalah pilihan tepat kerana sebelum ini, boleh dikatakan semua Ketua Pemuda Umno Malaysia, bukan dari penyandang jawatan Ketua Pemuda di peringkat bahagian.

Jika sokongan ini berterusan, ia bererti Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mencipta sejarah tersendiri, seseorang anak muda yang sudah diberi kepercayaan di peringkat bahagian, mampu diketengahkan di peringkat nasional, bukan sebagai Exco biasa, tetapi sebagai Ketua.

Ketua Pemuda, adalah jawatan yang setanding dengan Naib Presiden Umno, duduk sebaris dengan ketua-ketua sayap parti lain, termasuk Wanita dan Puteri.

Jika dalam tahun 1993, Tan Sri Mohamad Isa Abd Samad terlepas peluang menjadi calon dari Negeri Sembilan pertama mengetuai Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, apabila dia tewas di tangan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, tidak mustahil, selepas 15 tahun, Umno Negeri Sembilan menghantar seorang lagi calon yang berkaliber untuk jawatan tersebut.

Teresa Kok dibebaskan - Malaysiakini

teresa kok released from isa 190908 11Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.

Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya Kok Kim Tong Pong Seh Kwon.

Ahli MT desak PM jangan bertanding... - Malaysiakini

umno 2007 pak lah abdullah ahmad badawi 061107Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini.

Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden.

Ini bermakna, Abdullah perlu meletakkan jawatan perdana menteri lebih awal daripada 2010.

Difahamkan, mereka mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini - tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November.

Seramai 193 bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta kerusi MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember depan.

Abdullah memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden. Sebelum ini beliau memegang jawatan presiden tanpa bertanding.

Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, desakan tersebut dibuat oleh sekurang-kurang tiga ahli MT ketika bercakap mengenai pergolakan dalam Umno sekarang.

Sama Ada Bertanding Atau Tidak, Biar Saya Buat Keputusan kata Pak Lah - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.

Perdana Menteri berkata sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apa-apa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah.

"Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Abdullah ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini yang dijadualkan pada Disember memandangkan persidangan Umno bahagian akan bermula 9 Okt ini.

Perdana Menteri turut mengulangi kenyataannya bahawa sebarang perubahan yang mungkin berlaku dalam proses peralihan kuasa akan dibincangkan dengan Najib dan keputusan yang dibuat akan dibawa ke Majlis Tertinggi.

Abdullah juga berkata isu pelan peralihan kuasa itu tidak dijelaskan semula dalam mesyuarat MT semalam.
"Saya tidak beri penjelasan semula. Saya hanya kata yang saya sedar, saya sentiasa mendengar, saya sedang memberi perhatian kepada apa yang berlaku mengenai situasi sekarang ini dalam parti.

"Apa-apa juga keputusan yang akan saya buat mengenai perkara ini akan saya bincang dulu dengan Datuk Seri Najib, kemudian keputusan itu akan dibawa untuk makluman Majlis Tertinggi," katanya.
Kelmarin Abdullah dilapor berkata walaupun beliau dan Najib komited dengan pelan peralihan kuasa yang dirancang pada tahun 2010, pengunduran beliau mungkin berlaku lebih awal.

Empat Anggota Umno Dipecat Kerana Sokong Pembangkang - Malaysiakini

Empat anggota Umno dipecat setelah didapati menyokong dan menyertai parti pembangkang semasa pilihan raya umum Mac lepas.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Jawatankuasa Pengurusan Umno telah mengesahkan mereka yang terlibat itu terdiri daripada seorang anggota bahagian Beluran dan tiga lagi daripada bahagian Beaufort di Sabah.

"Surat akan dihantar kepada anggota berkenaan," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, semalam.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat MT Umno itu berkata keempat-empat mereka itu telah dikenalpasti bertanding menentang anggota Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Keempat-empat mereka akan dipecat kerana bertanding menentang anggota BN semasa pilihan raya ke-12," katanya.

Abdullah berkata mesyuarat MT Umno semalam turut membincangkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Pensiangan, Sabah.

Ditanya mengenai calon yang akan diketengahkan pada pilihan raya kecil itu, Abdullah berkata: "Belum lagi. Kita sedang membuat rayuan."

Pada 8 Sept lepas, kerusi Parlimen Pensiangan dikosongkan selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, batal dan tidak sah.

Ditanya sama ada mesyuarat Majlis Tertinggi semalam membincangkan mengenai hasrat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno, Abdullah berkata: "Ia tak dibawa untuk dibincang."

Tengku Adnan menjelaskan isu kemasukan semula Tun Mahathir Mohamad ke dalam Umno tidak dibincangkan pada mesyuarat itu memandangkan Umno belum lagi menerima borang pemohonan daripada Dr Mahathir.

"Permohonan masih belum diterima, jadi tidak bawa ke MT. Kalau terima kita bawalah," katanya.

Saya Akan Sertai Umno Pada Masa Yang Tepat, Kata Dr Mahathir - Malaysiakini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya akan kembali menyertai Umno pada suatu masa yang tepat.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Khamis malam, Mahathir yang juga bekas presiden parti itu berkata pelbagai pihak telah berusaha meyakinkan dan memujuknya agar kembali kepada Umno.
"Saya sedang memikirkan untuk menyertai semula Umno, tetapi saya akan menentukan sendiri masa yang sesuai.

"Permohonan (untuk menyertai semula Umno) adalah satu perkara, penerimaan mereka juga harus difikirkan. Jadi saya mahu waktu yang tepat (untuk menyertai semula)," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau didatangi oleh banyak pihak yang meyakinkan beliau bahawa beliau boleh membawa kebaikan kepada Umno, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, jika menyertainya semula.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang.

Khir Toyo Tak perlu bina image menentang pemimpin sendiri - Malaysiakini

Oleh : Wan Asmuni Wan Ibrahim
Dr Khir Toyo dilaman blognya mengulas dengan panjang lebar mengenai desakan beliau agar peralihan kuasa dilakukan dengan kadar segera kerana beliau telah nampak bahawa kepimpinan yang sedia ada sekarang sebagai lemah dan perlu ditukar kepada kepimpinan yang baru.

Kebelakangan ini Khir Toyo begitu lantang bersama Muhyiddin Yassin mengkritik kepimpinan Pak Lah dan mereka ini seolah-olah benci sangat kepada Perdana Menteri (bos mereka sendiri) dan kalau boleh mahu menyepak Perdana Menteri turun seberapa segera untuk digantikan dengan muka-muka baru.

Maksud beliau muka-muka baru sebagai Ketua Pemuda UMNO – Khir yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan ini. Jadi maksud beliau salah seorang muka baru adalah diri beliau sendiri.

Ada rakan – rakan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan baru-baru ini mempersoalkan ketika mereka membincangkan mengenai desakan keras Khir Toyo kepada Perdana Menteri telah berkata, pengunduran Pak Lah bukan satu perkara yang mesti dilakukan oleh Pak Lah kerana BN bukan kalah dan BN masih memerintah negara ini. UMNO bukanlah kalah tetapi usaha Pak Lah dan Najib perlu dihormati kerana beliau dengan relanya mahu melakukan proses peralihan ini setelah mempertimbangkan semasak-masaknya dan bersedia memberikan satu pengorbanan demi ingin melihat kenteraman dan kekuatan UMNO dipulihkan kembali. Pak Lah tentu boleh tidak mengumumkan peralihan kuasa ini dan terus menjadi Presiden dan Perdana Menteri Malaysia.

Menurut beliau :

Masalah UMNO, Barisan Nasional dan negara hari ini ialah kita mempunyai pemimpin yang lemah untuk memimpin. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan berlaku krisis keyakinan yang luar biasa sehingga mencetuskan keputusan yang luar dugaan dalam pilihan raya lalu. Kekalahan di Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih tinggi mengesahkan lagi masalah krisis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN.

Negara sudah tiada driven leader. UMNO tidak lagi menyediakan pemimpin yang boleh memimpin (lead)dan memacu (drive) pembangunan negara ini. Ini menyebabkan UMNO dan BN ditolak dalam pilihan raya lalu.

Ulasan :

Masalah UMNO, Barisan Nasional dan negara hari ini ialah kita mempunyai pemimpin yang lemah untuk memimpin, kelemahan kepimpinan Barisan Nasional bukanlah kerana Presiden dan Timbalannya. Kelemahan kita adalah kerana kita mempunyai pemimpin yang gilakan kuasa dan tidak sabar untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh kedua pemimpin ini.

Kelamahan kita sebenarnya adalah apabila orang dalaman khususnya ahli MT yang mengambil jalan yang ringkas dan terus menyalahkan Perdana Menteri apabila BN tewas di lima buah negeri. Kelemahan kita juga adalah kerana ada pemimpin yang mencari jalan yang ringkas dan tidak langsung mahu mencuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada kita sebaliknya mahu pemimpin atasan yang meletakan jawatan dan digantikan dengan pemimpin baru yang kita tidak lagi tahu sejauh manakah kelebihan pemimpin yang mahu menggantikan pucuk kepimpinan yang ada sekarang.

Kumpulan yang mendesak ini pula sebenarnya adalah kumpulan yang mahu menonjolkan diri dan mahukan jawatan yang akan ditinggalkan. Dengan cara menonjolkan diri sebagai kumpulan pendesak mereka berharap ahli UMNO akan menyebelahi mereka dan memilih mereka. Muhyiddin mendesak kerana beliau mahukan sangat-sangat kerusi Timbalan Perdana Menteri. Khir Toyo pula yang kini menjadi bloggers berebutkan kerusi Ketua Pemuda UMNO dengan Mukhriz. Fuad Zarkashi pula mahu bertanding sebagai MT UMNO. Tidak siapa diantara mereka ini menyatakan bahawa saya lakukan ini kerana orang Melayu atau UMNO.

Yang menariknya kata kawan-kawan, Pak Lah menang (Negara), Khir Toyo kalah (tergadai Negeri dan Jawatan ). Mengapa pula Pak Lah yang perlu meletakkan jawatan, sepatutnya Khir Toyo yang meletakkan jawatan. Tiba-tiba sahaja mereka ketawa besar dan salah seorang dari Pemuda ini berkata, Khir nak letak jawatan apa lagi kerana dia bukan ada jawatan, jawatan dia telah pun direntap oleh Khaled Ibrahim. Ia tak ia juga celah seorang kawan lagi.

Sepatutnmya sebelum Khir Toyo memawarkan diri untuk bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO beliau perlu menjelaskan kepada rakyat khususnya rakyat negeri Selangor yang sungguh kecewa apabila mereka kehilangan negeri yang terkaya kepada PKR. Khir Toyo mungkin tidak tahu bahawa dia berhutang dengan rakyat Selangor satu penjelasan mengapa dia terlepas negeri Selangor. Apakah sebab sikap beliau yang terlalu banyak membuat kontraversi dan tidak langsung mahu mendengar pandangan orang lain.

Sikap beliau yang tidak memikirkan perasaan rakyat bawahan apabila banyak rumah-rumah rakyat dan kampung–kampung rakyat dirampas untuk dimajukan dan banyak lagi rungutan-rungutan yang kita dengar. Surau-surau yang diroboh yang menjadi kontraversi, kuil–kuil dan rumah ibadah yang diroboh yang menjadi kemarahan rakyat. Sungguh pun Khir Toyo mempunyai alasan tersendiri tetapi ini tetap menjadi kemarahan rakyat. Keputusan yang dilakukan boleh dikatakan tidak bijak apabila ianya menjadi kemarahan rakyat. Bermakna tidak ada kompromi anatar pemimpin dan rakyat. Kita belum sentuh hal-hal lain lagi.

Ataupun jika Khir Toyo ada alasan lain mengapa beliau terlepas negeri Selangor kepada tangan pembangkang dan terlepasnya Selangor ke tangan pembangkang langsung tidak ada kena mengena dengan beliau dan beliau langsung tidak bersalah, rakyat ingin mengetahuinya. Bagaimana beliau akan memimpin UMNO jika beliau sudah ada Track Record sebagai pemimpin yang pernah kalah. Kalah dalam kepimpinan.

Katanya lagi: Negara sudah tiada driven leader. UMNO tidak lagi menyediakan pemimpin yang boleh memimpin (lead) dan memacu (drive) pembangunan negara ini. Ini menyebabkan UMNO dan BN ditolak dalam pilihan raya lalu.

Setelah mereka-mereka ini menawarkan diri ini bererti Khir Toyo ingin menyampaikan memberi tahu rakyat, mereka yang punyai driven leader dan pemimpin (lead) dan memacu (drive) adalah Muhyiddin, Mukhriz , Fuad Zarkashi dan beliau sendiri, kerana jawatan–jawatan yang mereka tawarkan diri adalah jawatan pemimpin yang boleh memimpin (lead) memacu (drive) .

Tetapi bila kita baca kembali track record mereka, Khir MB yang diturunkan dengan “perechut” ketika Selangor memerlukan seorang MB juga tidak boleh lead dan drive negeri Selangor sehingga negeri Selangor tergelincir ke tangan pembangkang. Mukhriz juga baru dalam arena kempimpinan dan pernah tewas dalam pemilihan pemuda UMNO di Kubang Pasu. Muhyiddin Yassin pernah gagal sebagai MB Johor sehingga digantikan dengan Ghani Othman. Fuad Zaekashi juga belum ada mempunyai track record yang memberangsangkan yang boleh di banggakan.

Akhir sekali saya ingin menyentuh satu perkara yang amat menyedihkan dan mungkin akan menguriskan hati penyokong UMNO apabila Khir Toyo mempersalahkan Perdana Menteri kerana kekalahan UMNO di Permatang Pauh. Sekali dengar suara Khir tidak ubah seperti suara Karpal Singh. Kita semua maklum kenapa kita tewas teruk di Permatang Pauh, kita bukan tewas tetapi Anwar yang menang. Tewasnya Permatang Pauh sepatutnya dipikul bersama oleh Khir Toyo yang juga berada di sana sewaktu pilihanraya kecil berkenaan. Kerana Khir Toyo juga bertungkus lumus disana berkempen (Bukan kempen pilihanraya kecil, kempen untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO)

Seabaiknya jika Khir Toyo mahu berkempen untuk kerusi Ketua Pemuda, kempenlah mengenai visi dan arah mana yang mahu beliau bawa untuk memajukan pemuda UMNO dan tidak perlu membuat trade mark sebagai jaguhan yang menentang Perdana Menteri atau mengikuti perangai pembangkang mengarahkan orang-orangnya mengaibkan calon lain yang sama–sama bertanding, melainkan track record Khir sememangnya perfect. Lagi banyak Khir menulis akan kelemahan orang lain lagi banyak kelemahan beliau akan terselah. Adalah lebih baik tumpukan berkempen secara yang bersih.

Seorang lagi blogger ditahan - Malaysiakini

Mahkamah Majistret di sini, semalam memerintahkan agar seorang penulis blog ditahan reman selama dua hari bermula semalam.

Majistret Tengku Amalin A’Ishah Putri Sultan Ismail Petra mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan polis menyiasat lelaki berusia 38 tahun itu mengikut Akta Hasutan.