Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, September 17, 2008

Rebutan Jawatan Ketua Pemuda Mula Panas !! - Malaysiakini

Semalam , sekali lagi Khir Toyo mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk merebut kerusi ketua pemuda UMNO yang akan di kosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin pada pemilihan UMNO yang akan datang setelah Mukhriz sebelum ini sekali lagi mengumumkan untuk bertanding kerusi yang sama beberapa minggu yang lalu .Hari ini Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khiary Jamaluddin juga telah mengumumkan menwarkan diri untuk bertanding sebagai ketua pemuda UMNO kerana selaku Naib Ketua Pemuda UMNO beliau sememangnya layak untuk menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO untuk mengisi kekosongan yang akan di tinggalkan oleh Hisham.

Selain Khairy ,Khir Toyo , Mukriz nama seperti Zahidi Zainul Abidin dan juga Azimi Daim juga dikatakan telah menawarkan diri untuk merebut kerusi yang sama dan nampak gaya pertandingan kali ini nampaknya akan menjadi begitu panas apabila pertandingan yang akan dipenuhi dengan berbagai muslihat dan matlamat. Apabila pertandingan di sulam dendam maka batasan tidak mungkin akan dapat terkawal . Mukhriz anak kepada Tun mempunyai agenda khusus , dendam keluarga untuk menjatuhkan Khairy Jamaluddin kerana ayahnya Tun sememangnya berdendam dengan Perdana Menteri keatas isu jembatan bengkok sementara itu Khir Toyo selain dari membuat survival kerjaya dalam politik beliau juga menyimpan dendam politik terhadap Khairy yang dikatakan sebagai penyumbang kepada terlepasnya kerusi Menteri Besar dan negeri Selangor. Pertandingan ini akan menjadi satu pertandingan yang paling kotor apabila peperangan secara peribadi akan berlaku dan buktinya jika kita baca sebuah laman web yang pro Tun dan juga dibiayai oleh Khir Toyo hari ini telah mula menyerang Khairy Jamaluddin secara peribadi, Khir Toyo bekas menteri besar Selangor yang bertanggungjawab atas kehilangan negeri Selangor kepada pembangkang dan juga hilang kerusi Menteri Besar Selangor sepatutnya menawarkan diri sebagai Naib Presiden UMNO terpaksa menarik “reverse gear” dan hanya akan bertanding untuk merebut Ketua Pemuda kerana merasakan tidak cukup kekuatan untuk bersaing bagi merebut kerusi Naib Presiden UMNO kerana tewas dan Selangor tergadai ketika PRU12 yang lalu.

Sebaiknya Khir Toyo perlu menyingkap kebelakang untuk melihat betapa pula isu-isu yang boleh dimainkan oleh orang lain sebelum dia memulakan menyerang secara peribadi kerana beliau juga tidak mempunyai track record yang baik di zaman pemerintahan beliau ketika menjadi Menteri Besar dahulu. Serangan yang dilakukan terhadap lawan seolah-olah mengundang dirinya ditelanjangkan kembali dengan isu-isu kentraversi ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu.

Khir Toyo telah mengarahkan penulis laman web berkenaan untuk memukul gendang perang bagi menyerang keperibadian Khairy secara habis-habisan dan akan bermulalah episod kotor dalam pemilihan ketua pemuda UMNO ini, kita tunggu sahaja apabila laman web ini akan terus menyerang Khairy Jamaluddin secara konsisten sebagaimana yang pernah dilakukan oleh laman web Raja Petra sebelum ini. Khir akan melakukan apa saja untuk memastikan beliau akan berjaya menawan kerusi Ketua Pemuda UMNO. Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa beliau “desperado” untuk memenangi kerusi ini bagi dirinya .
Antara sebahagian dari isu yang akan dihadapi oleh Khir Toyo adalah seperti :

Isu penyapu adalah isu yang paling menghantui Khir Toyo dalam kerjaya beliau sebagai ahli politik apabila keputusan yang di katakan paling bodoh pernah dilakukan oleh mana-mana ahli politik khususnya orang Melayu. Isu ini masih bermain dan menjadi ingatan rakyat seluruh Malaysia khususnya rakyat Selangor yang terasa begitu malu dengan tindakan Khir Toyo memberikan penyapu kepada pegawai Majlis Perbandaran.

Isu pencerobohan kampung setinggan dan juga pengambilan alih tanah setinggan secara paksa di Selangor seperti di kampung Berembang untuk dimajukan oleh Syarikat kroni masih bermain dalam ingatan kususnya rakyat Selangor yang terus menghukum Khir Toyo dan akibatnya Selangor tewas dan jatuh ke tangan pembangkang. Ketika ini Khir Toyo yang mempunyai kuasa tidak langsung mahu berkompromi dengan sesiapa sahaja kerana pada masa itu mungkin beliau merasakan bahawa beliaulah yang paling berkuasa.

Isu berwajah ayu.itu juga telah menjadi satu isu yang besar di Malaysia, isu yang tidak sepatutnya berlaku , sebagai seorang lelaki , mengapa Khir Toyo mahukan seraut wajah yang halus dan ayu. Bagaimana nanti jika seorang Ketua Pemuda UMNO berwajah Ayu, Sekarang tidak lah lagi kerana masalah politik dan kerjaya, nanti jika berjaya menjadi Ketua Pemuda tentu beliau mahukan keayuan itu lagi.

Isu penyalahan kuasa juga banyak diperkatakan dan mungkin apabila tercetusnya perang saraf memburukan sesama sendiri yang berlaku antara calon-calon mula dimainkan dan masing-masing cuba mendedahkan keburukkan calon-calon yang akan bertanding maka akan berlakulah satu pertandingan yang kurang sihat. Adalah lebih baik calon-calon yang bertanding , bertanding secara professional dan menumpukan kepada kekuatan masing-masing dan menghidangkan kepada perwakilan apakah visi masing-masing bagi membawa pemuda UMNO ke satu tahap yang dihormati dan disegani kerana pemuda mahu tahu , siapakah pemimpin yang benar-benar layak memimpin sayap muda UMNO ini.
Siapa yang bertanding tidak penting , sama ada menantu Perdana Menteri , anak mantan Perdana Menteri atau Bekas Menteri Besar Selangor atau sesiapa sahaja yang penting mereka perlu membuktikan bahawa mereka boleh memimpin sayap muda UMNO ini untuk kebaikan parti dan UMNO sendiri kerana mereka semua adalah ahli UMNO. Sebaik-baiknya beradulah dengan memaparkan kelebihan masing-masing dan bukan untuk mengaibkan orang lain.

Kini Najib dah jadi blogger - Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan laman web peribadinya www.1Malaysia.com.my supaya anggota masyarakat dapat berdialog secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri, laman web itu diharapkan dapat menyediakan satu forum bagi semua rakyat Malaysia untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu penting di samping menggalakkan pencapaian matlamat bersama dan mengetengahkan kepelbagaian unik negara.

wanita umno with leaders event najib 050808 02Najib dalam kenyataan itu berkata beliau merasa bimbang melihat ada pihak-pihak tertentu yang berusaha merenggangkan hubungan antara komuniti dalam negara bagi tujuan politik serta kepentingan peribadi.

Sehubungan itu, katanya, www.1Malaysia.com.my diharapkan dapat menjadi portal di mana anggota masyarakat boleh terbabit secara terus dalam dialog yang terbuka dan ikhlas, secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri.

Najib turut menggalakkan semua rakyat Malaysia menyertai dialog ini, dan mendapatkan perspektif sesama rakyat, dan menyediakan maklum balas terus mengenai cara bagaimana kerajaan dapat lebih menghormati sepenuhnya lagi masyarakat Malaysia.

Seorang lagi blogger ditahan - Malaysiakini

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang tadi.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

kickdefella syed azidi syed abdul azizSyed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Najib kini menteri kewangan - Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar tengahari tadi Adullah berkata, pertukaran jawatan itu berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada kabinet.

Abdullah yang juga presiden Umno berkata, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.

"Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010," katanya. Najib turut hadir.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.

umno ahmad ismail mt meet 100908 abdullah najib pcBagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut tetap berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Abdullah berkata, beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan Umno Disember ini.

Najib turut hadir di sidang akhbar tersebut dan apabila ditanya komennya, menjawab: "Kami telah bersetuju. Saya menyerahkannya kepada parti. Kami menawarkan diri kepada parti dan saya berharap mereka akan menerimanya".

Najib juga turut dilantik sebagai timbalan pengerusi badan pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings.

Terdapat desakan yang semakin meningkat ke atas Abdullah supaya bersara lebih awal, tetapi kini nampaknya Najib telah mencapai persetujuan dengan bosnya itu untuk menenangkan tuntutan dari akar umbi Umno.

Kedua-dua mereka kini berdepan dengan kekalutan politik yang berpunca daripada pergeseran dalam Umno, di tengah-tengah cabaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru.

Anwar 'ancaman pada negara'

mahathir and umno 190508 02Para pemerhati berkata, langkah terbaru Abdullah hari ini adalah untuk memberi jaminan kepada Najib bahawa beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu dan juga untuk menangkis kempen yang diketuai oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan Abdullah daripada jawatan presiden.

Abdullah juga turut menyentuh tentang permintaan Anwar untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat kerana mendakwa mempunyai jumlah ahli parlimen mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baru.

Perdana menteri berkata, surat yang dihantar oleh pemimpin Pakatan tidak menyebut tentang peralihan kuasa.

SAPP keluar BN - Malaysiakini

Parti Maju Sabah (SAPP) telah memutuskan untuk keluar dari Barisan Nasional.

Majlis Tertinggi SAPP yang bermesyuarat hari ini, bagaimanapun memutuskan bahawa ia tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan yang kecewa dengan keputusan itu, telah meninggalkan mesyuarat tersebut.

Katanya, beliau akan meletak jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur negeri.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri.

Dua ahli parlimen SAPP ialah Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Dr Chua Soon Bui (Tawau). Manakala Adun pula terdiri daripada Tan (Tanjong Papat), timbalan menteri kewangan negeri, Melanie Chia (Luyang), Au Kam Wah (Elopura) dan Liew Teck Chan (Likas).

Menurut Tan, beliau belum lagi memutuskan sama ada akan keluar dari parti itu, tetapi berkata, Au yang juga ketua Pemuda - yang tidak menghadiri mesyuarat hari ini - telahpun meletakkan jawatan.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar pada jam 4.30 petang selepas mesyuarat MT tersebut.

Khairy umum bertanding ketua Pemuda - Malaysiakini

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

khairy jamaluddinBeliau membuat pengumuman di pusat khidmat ahli Parlimen Rembau di Chembong petang ini.

Majlis itu diadakan khas untuk beliau mengumumkan menawar diri bertanding jawatan tersebut

Turut hadir ialah 40 ketua Pemuda Umno bahagian dari seluruh negara untuk menyatakan sokongan kepada Khairy.

Hadir sama ialah lima ketua Pemuda negeri dari Perlis, Wilayah Persekutuan, Sabah, Perak dan Negeri Sembilan.

16 September Telah Berlalu - Malaysiakini

Oleh : MohdRafi
16 September 2008
telah berlalu. Pada saat-saat terakhir tarikh keramat untuk menukar kerajaan Anwar masih berdalih. Masih mahu menegakkan benang yang basah. Kenapa kalau sudah cukup kuorum tidak umumkan sahaja. Kenapa masih mahu berjumpa dengan PM. Kalau mahu berjumpa dengan PM kenapa tak jumpa sebelum ini – kemudian 16hb September 2008 terus ambil alih kerajaan. Kenapa pada 16hb September 2008 baru teringat mahu berjumpa PM dan sebelum itu penuh ghairah mahu menukar kerajaan.


Sebenarnya tindakan Anwar ini lebih kepada sabotaj ekonomi. Tindakan mengumumkan dan kemudian memberi notis dan mahu berjumpa akan terus menyebabkan ekonomi negara terganggu. Keadaan politik yang tidak stabil tidak membantu kepada ekonomi negara ini. Kekucar-kaciran politik akan menyebabkan ekonomi negara lemah dan dengan kelemahan ini maka kestabilan negara tergugat. Anwar berharap kepada kekucar-kaciran ini untuk timbul sebagai wira membantu ekonomi Malaysia atau setidak-tidak menjadi poin untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.

Kita perlu lebih realistik. Bukan sahaja kita tidak percaya pada dakwaan 16hb September 2008, malah antara Pakatan Rakyat juga tidak yakin perubahan kerajaan. Mereka tidak yakin mengenai apa yang Anwar lakukan dan hari ini 16hb September 2008 ketidakyakinan itu menjadi kebenaran. Anwar tidak berjaya menukar kerajaan tetapi terpaksa meneruskan penipuannya.

Apa pun, kedudukan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional belum tergugat. Anwar dari awal lagi tidak akan berjaya dalam dakwaan tukar kerajaannya tetapi menggunakan helah itu untuk mensabotaj ekonomi negara dan secara tidak langsung mensabotaj kerajaan Barisan Nasional. Tindakan ini adalah tindakan relatif mengkhianati negara dan ini sepatutnya kita ketahui dan uar-uarkan kepada semua rakyat Malaysia. Anwar hanya mementingkan cara untuk meragut kuasa biar apa pun yang perlu dibuat. Anwar sanggup korbankan sesiapa juga asal kelak dia berkuasa.

Rakyat sepatutnya sedar bahawa helah Anwar hanya mahu menimbulkan keadaan yang tidak stabil. Keadaan yang tidak stabil inilah yang akan digunakan untuk merampas kuasa dengan cara yang tidak demokratik. Cara tidak demokratik ini seolah-olah dibolehkan oleh Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan “double standard” dalam memperkatakan mengenai demokrasi oleh pembangkang.

Itulah yang sepatutnya kita ketengahkan. Kita sikap Anwar Ibrahim. Kita perlu londehkan di sebalik apa yang Anwar ucapkan itu hanya retorik orang yang kemaruk kuasa. Anwar mempunyai sikap dendam yang tidak ada batasnya dan kehadirannya adalah untuk membalas dendam. Biar apa pun korban yang perlu di buat asalkan hasrat tercapai – itulah Anwar Ibrahim.

Apa pun 16 September 2008 hanya omongan Anwar. 9/16 adalah senjata sabotaj dan tidak lebih dari itu. UMNO perlu bangkit segera menangani bentuk-bentuk serangan sedemikian kerana UMNO masih lemah dalam berdepan dengan manipulasi sedemikian. Sekiranya UMNO gagal memberi penerangan yang cukup pada rakyat akibatnya akan jadi sebegini. Anwar Ibrahim akan terus dengan senjata sabotajnya dan UMNO akan terkial-kial mencari jalan keluar.

Mungkin bagi Anwar Ibrahim penipuannya akan sentiasa nampak seakan kebenaran kepada penyokongnya tetapi sedarlah Anwar Ibrahim hanya tahu menggigit orang yang telah memberi banyak peluang kepada beliau.

Raja Petra mohon dibebaskan daripada ISA - Malaysiakini

Penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam agar beliau dibebaskan daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Notis usul itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi pada kira-kira jam 3.45 petang semalam melalui Tetuan Mathews Hun Kandiah.

Peguam Asok Kandiah yang mewakili Raja Petra berkata sijil kesegeraan juga difailkan sebagai sokongan agar permohonan itu didengar dengan segera.

Dalam permohonannya, Raja Petra mendakwa penahanan beliau menyalahi undang undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam afidavit sokongannya, isteri beliau Mable @ Marina Lee pula berkata penahanan suami beliau tidak mematuhi lunas undang-undang dan penangkapannya pula dilakukan dengan niat jahat.

Marina mendakwa tindakan polis menahan Raja Petra mengikut ISA semata-mata bertujuan untuk menutup mulut suaminya dan bagi mendapatkan maklumat tentang pihak yang menjadi sumber bagi rencana tulisan Raja Petra dalam blog Malaysia Today.

Katanya Raja Petra dituduh melakukan beberapa kesalahan dan kes ini masih belum diselesaikan oleh mahkamah dan setakat ini, suaminya tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan.

“Jadi, Raja Petra tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah,” katanya.

Beliau berkata sebelum penahanan Raja Petra, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Syed Albar dilaporkan pernah berkata bahawa penulis itu akan hanya ditahan mengikut ISA sebagai langkah terakhir.

“Perbicaraan bagi semua kesnya (Raja Petra) masih berjalan dan langkah lain masih ada,” katanya.

Raja Petra ditangkap Jumaat lalu di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor sebelum wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim turut ditahan mengikut akta yang sama.

Teresa memfailkan permohonan serupa di Mahkamah Tinggi kelmarin, manakala Tan dibebaskan setelah ditahan selama 18 jam.

Sementara itu Marina dibenarkan melawat suaminya yang ditahan di ibu pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Marina diiringi dua anak perempuannya Sarah, 19, dan Suraya, 34, bersama beberapa penyokong tiba di Bukit Aman pada jam 10.30 pagi semalam.

Mereka membawa bersama ubat-ubatan, cokelat dan minuman untuk diserahkan kepada editor blog Malaysia Today itu, namun hanya Marina dan dua anaknya dibenarkan menemui Raja Petra.

Pertemuan berlangsung selama kira-kira satu setengah jam, dan Marina berkata sebelum meninggalkan Raja Petra, beliau memberitahu suaminya itu bahawa beliau akan kembali dalam empat hari lagi.

Beliau berkata peguam-peguam Raja Petra akan menemui suaminya itu untuk berbincang mengenai penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari Khamis ini.

Khir Toyo tetap tanding jawatan Ketua Pemuda Umno - Malaysiakini

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tetap dengan pendirian awalnya menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada pemilihan parti Disember ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata beliau menerima maklum balas menggalakkan daripada pimpinan Pergerakan Pemuda Umno bahagian dan cawangan sejak beliau mengumumkan hasratnya pada April lalu.
“Diharap Pergerakan Pemuda Umno bahagian di seluruh negara dapat mencalonkan saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Timbalan Menteri dakwa cuba disogok sertai pembangkang - Malaysiakini

KUALA PILAH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek berkata beliau pernah ditawarkan wang dan jawatan sekiranya meninggalkan Umno bagi menyertai pembangkang.

Malah, kata Ahli Parlimen Kuala Pilah itu, beliau masih dipujuk walaupun tawaran itu ditolaknya kerana beliau mempunyai maruah.

“Bagi saya, jawatan bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli dengan sewenang-wenangnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Motivasi Pelajar anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pejabat Pelajaran daerah di sini semalam.

Beliau berkata individu terbabit beranggapan bahawa orang Umno mudah dibeli.

“Saya akan tetap setia bersama Umno,” katanya.

Mencari Ketua Pemuda UMNO - Malaysiakini

Berikut adalah artikel tulisan wartawan Zulkiflee Bakar yang di siarkan di dalam Mingguan Malaysia. Artikel ini sangat menarik terutamanya di tempoh mesyuarat Pemuda Bahagian yang bakal tiba
Mencari ketua Pemuda
(Mingguan Malaysia)

Apabila Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan secara rasmi bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, maka bermulalah pertarungan sebenarnya bagi merebut jawatan yang dianggap semakin penting berikutan perkembangan politik semasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Setakat ini selain Mukhriz, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo juga telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan itu dan pada masa yang sama ahli-ahli Pemuda masih menunggu pendirian Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin yang dijangka mengumumkan pendiriannya dalam tempoh dua tiga hari lagi.

1. Tidak kisah siapapun bertanding, apa yang pasti keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan Pemuda UMNO yang sebelum ini diterajui oleh Hishammuddin selama 10 tahun harus diberi nafas baru.

2. Selain itu pertarungan merebut jawatan ketua Pemuda bukan sekadar meneruskan demokrasi dalam UMNO tetapi juga bagi menyediakan barisan kedua yang benar-benar mampu memperjuangkan nasib parti di masa depan terutamanya dalam berhadapan keampuhan parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

3. Rentetan sejarah perjuangan Pemuda telah diwarnai dengan pelbagai peristiwa malah suatu ketika dulu suara Pemuda amat digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan.

4. Pemuda dianggap kumpulan pendesak yang sentiasa berada di barisan hadapan bagi menjayakan visi dan misi UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Malah jika kedudukan parti diancam atau tergugat manakala kerajaan BN dikecam oleh mana-mana pihak, Pemudalah paling hadapan tampil melakukan pembelaan.

5. Dalam kedudukan UMNO kini berikutan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu, pemilihan ketua Pemuda kali ini amat penting. Pemuda tidak memerlukan pemimpin yang hanya bijak bercakap atau dilihat berani memberi pandangan semata-mata.

6. Sebaliknya Pemuda memerlukan ketua yang mampu memimpin, merancang dan bertindak bagi memastikan UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat terutamanya generasi muda yang bakal menjadi pengundi penentu dalam pilihan raya umum akan datang.
Justeru ahli-ahli Pemuda harus menilai dengan bijaksana siapakah yang sepatutnya dipilih memimpin mereka.
Kepimpinan

1. Dalam soal ini, sudah pastilah UMNO memerlukan barisan kepimpinan Pemuda yang berwibawa dan dihormati atau bak kata orang mempunyai semangat kunyit – nampak gebu tetapi mampu memberi kesan dalam jangka panjang.

2. Ertinya, ketua Pemuda yang bakal dipilih harus bijak mengatur strategi dan menjayakan misi yang diamanahkan oleh parti. Jika mereka membangkitkan atau mempertahankan sesuatu isu biarpun nampak ‘lembut’ tetapi kesannya amat memberangsangkan seperti mana warna kunyit yang sukar dihapuskan.

3. Sudah sampai masanya, Pemuda melahirkan semula semangat perjuangan sebagai wira yang dihormati oleh kawan dan lawan. Pemuda tidak boleh lagi dilihat terlalu ‘bermain cara selamat’ demi untuk menjaga hati pihak tertentu.

4. Jika apa yang hendak diperjuangkan adalah satu kebenaran demi agama, bangsa dan negara serta kepentingan BN, maka mereka perlu ke hadapan dan bukannya sekadar menjadi pemerhati semata-mata. Ketika diminta mengulas isu ini seorang ahli Pemuda di sebuah bahagian di Negeri Sembilan berkata, sama ada hendak diakui atau tidak, Pemuda sekarang tidak lagi digeruni.

‘‘Kita bukannya mahu Pemuda menjadi pendesak tidak tentu fasal tetapi biarlah apabila Pemuda bersuara orang akan berasa gerun dan menghormatinya,” kata beliau ketika dihubungi.

5. Oleh itu Pemuda memerlukan satu barisan yang benar-benar berwibawa, bertanggungjawab dan tegas dalam menegakkan perjuangan.

6. Pemuda sudah tidak ada masa lagi untuk berlenggang-lenggok dalam perjuangannya. Sebaliknya sayap paling kanan UMNO itu harus memainkan peranan yang benar-benar berkesan sebagai benteng parti.
Dalam soal ini, tidak perlulah kita menoleh sejarah yang ditinggalkan oleh Hishammuddin. Sepanjang 10 tahun, beliau sudah melakukan segala-galanya untuk memastikan barisan Pemuda menjadi satu pasukan yang berjaya. Tetapi perkembangan politik negara memerlukan tuntutan dan pendekatan baru.

1. Bakal ketua Pemuda UMNO nanti mestilah memiliki karisma yang mampu menarik generasi muda memberi sokongan kepada parti tersebut dan membuang imej parti itu yang dilihat milik golongan elit.

2. Dalam soal ini, seseorang calon yang mempunyai sifat rendah diri, memiliki moral yang tinggi dan berwibawa perlu menjadi pilihan utama kepada ahli-ahli Pemuda.

3. Mereka tidak harus menilai personaliti seseorang itu secara peribadi semata-mata.

4. Tindakan membuat penilaian seumpama itu dibimbangi akan mengorbankan calon yang berwibawa untuk memimpin sayap tersebut.

5. Ahli-ahli Pemuda perlu bijak menilai dan mengkaji siapakah yang paling layak untuk memimpin mereka.

6. Sebarang keputusan yang hendak dibuat harus berasaskan kepada pertimbangan jangka panjang mengenai peranan serta tanggungjawab besar yang menanti pergerakan itu.

7. Ahli-ahli Pemuda tidak wajar terpengaruh dengan apa-apa juga tawaran berbentuk material yang sudah pastilah hanya demi kepentingan peribadi mana-mana calon untuk meraih jawatan.

8. Sebaliknya mereka perlu memilih seorang calon yang mampu membentuk satu barisan Pemuda yang mempunyai visi dan misi yang cukup jelas bagi meletakkan pergerakan itu sebagai satu pasukan yang akan sentiasa dihormati.

9. Apa yang perlu difahami, pemilihan Pemuda kali ini bukan sahaja mendapat perhatian ahli-ahli UMNO tetapi juga rakyat terutamanya generasi muda.

10. Mereka ingin melihat sejauh mana bijaknya ahli-ahli Pemuda memilih pemimpin yang bakal diketengahkan. Jika ketua yang dipilih itu berwibawa dan mempunyai wawasan sudah pasti generasi muda akan menyokong UMNO dan BN.

11. Kepada calon-calon yang menawarkan diri pula, mereka perlu ikhlas dan bukannya menjadi pemilihan Pemuda sebagai medan untuk menyambung hayat politik mereka.

12. Sebaliknya, penawaran diri tersebut adalah berasaskan keyakinan bahawa beliau mampu melakukan sesuatu bagi memartabatkan Pemuda UMNO.

13. Mereka tidak perlu menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk meraih undi sebaliknya membentangkan agenda yang hendak dilakukan jika terpilih. Agenda itu bukan sekadar untuk memperkasakan Pemuda UMNO sahaja tetapi juga Pemuda BN.

14. Penawaran diri kali ini harus disertakan dengan penyenaraian agenda-agenda itu supaya ahli-ahli Pemuda mampu membuat keputusan yang tepat.

15. Kalau sekadar menawarkan diri semata-mata tanpa memberitahu apa yang hendak dilakukan adalah lebih baik calon tersebut tidak bertanding.

16. Ini kerana tindakan sedemikian mungkin akan menyebabkan ahli Pemuda tersalah pilih calon kerana terpedaya dengan personaliti sedangkan calon itu ibarat tin kosong, bunyi sahaja kuat tetapi isinya tiada.

17. Apa pun keadaannya, pemilihan Pemuda kali ini terlalu penting untuk UMNO dalam usaha untuk meraih kembali sokongan rakyat kepada parti Melayu itu serta BN.

18. Jika dalam pilihan raya umum akan datang, generasi muda masih terus menolak UMNO dan BN, maka ketua yang dipilih itu harus belajar untuk bertanggungjawab dengan mengundurkan diri secara sukarela.

19. Senario politik negara tidak memerlukan lagi pemimpin yang hanya pandai bercakap kerana rakyat sekarang sudah terlalu bijak dalam soal membuat penilaian mengenai politik.
Kini terserahlah kepada ahli-ahli Pemuda untuk menentukan siapa yang ingin mereka pilih tetapi apa-apa pun mereka perlu memahami Pilihan Raya Umum Ke-13 bukanlah lagi gelanggang memperkukuhkan UMNO dan BN tetapi medan memulihkan kembali sokongan rakyat kepada kedua-dua parti tersebut.

Tiada cuti 16 Sept, ISA tetap kekal di Malaysia - Malaysiakini

Kerajaan tidak bercadang menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Perdana Menteti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Tidak ada, tidak ada, tidak ada...,’’ katanya kepada pemberita selepas menemui semua Ketua Setiuasaha Kementerian di Putrajaya semalam.

Kerajaan akan terus mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjamin, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"ISA adalah baik sebab kita hendak pastikan apa yang kita nak kuat kuasakan adalah wajar dan adil,'' katanya.

Najib yakin kuasa terus ditangan BN - Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa disebalik rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan semalam.

"Kami memang yakin. Kami sentiasa yakin yang kerajaan yang sama akan terus memerintah.

"Sebab itu kenapa kami memilih tarikh 16 Sept (untuk melancarkan projek ini)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) antara kerajaan dan Telekom Malaysia Berhad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Najib berkata beliau memilih tarikh semalam untuk melancarkan projek itu kerana beliau yakin yang kerajaan sedia ada akan kekal berkuasa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan anggota Parlimen Permatang Pauh yang baru, sebelum ini mengembar-gemburkan yang pembangkang telah mendapatkan lebih 30 anggota Parlimen yang akan berpaling tadah daripada BN dan menetapkan 16 Sept sebagai tarikh untuk mengambil alih kerajaan.

"Projek ini menandakan masa depan yang baru bagi Malaysia. Projek yang memaparkan konsep Malaysia moden. Projek ini menunjukkan betapa majunya kerajaan sekarang," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Anwar yang beliau sudah mempunyai bilangan anggota Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, Najib berkata: "Ya, beliau boleh kata apa-apa pun. Biarlah."

Terdahulu, Najib sebelum memulakan ucapan perasmiannya berkata tarikh semalam dipilih kerana yakin kerajaan yang ada pada hari ini akan kekal berkuasa.

"Ini satu lagi yang dilakukan oleh parti pembangkang, politik pembohongan yang jelas sekali tidak akan menjadi kenyataan.

"Visi yang jelas sekali tidak akan menjadi kenyataan. Majlis hari ini akan sentiasa diingati," katanya.