Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, September 13, 2008

Wartawan Sin Chew Daily dibebaskan - Malaysiakini

tan hoon cheng 04 120908Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng - salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi - telah dibebaskan pagi ini dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam.

Difahamkan, Tan dibebaskan di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 11.10 pagi.

Dan wartawan tersebut kemudiannya dihantar pulang oleh pihak polis ke rumahnya pada kira-kira jam 4 petang tadi.

Sebelum ini, Tan dilaporkan telah dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur selepas ditahan malam tadi.

Tan, 33, ditahan pada jam 8.30 malam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tan merupakan wartawan yang melaporkan ucapan yang didakwa berbaur perkauman yang mengaitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

Pembebasan Tan telah dijangkakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar membayangkan bahawa beliau mungkin dibebaskan hari ini.

Bercakap di Johor Bahru pagi tadi, Syed Hamid berkata, penahanan Tan di bawah ISA adalah sebahagian daripada langkah perlindungan kerajan bagi "memastikan keselamatannya".

Menteri juga mendakwa, pihak perisikan polis mendapati nyawa wartawan tersebut terancam selepas dia melaporkan kenyataan berbaur perkauman yang diucapkan oleh Datuk Ahmad Ismail.

Sebelum itu, Bernama memetik Ayub sebagai berkata Tan dibawa ke Bukit Aman selepas dibenarkan berjumpa ibu bapanya - Tan Booi Siam dan Khor Ah Heok - di di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang jam 8.30 pagi.

Bapa wartawan berkenaan, yang berusia 70-an dan ibunya Khor, 60-an, memasuki pekarangan IPK sebelum jam 8 pagi dengan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat Perundangan Chia Loong Thye, dilihat membawa beg plastik berisi pakaian dan kuih.

Khor berkata, beliau dan suaminya berpeluang berjumpa dan meluangkan sama dengan anaknya selama 15 minit.
"Dia (Hoon Cheng) berada dalam keadaan tenang dan baik, pihak polis juga memberikan layanan yang baik kepadanya sepanjang bermalam di IPK.

"Dia juga cakap supaya kami jangan bimbang mengenai dirinya," katanyakepada pemberita di luar IPK selepas bertemu Hoon Cheng.
Di luar IPK Pulau Pinang, turut kelihatan abang wartawan itu, Tan Weng Khian, 35; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Yang turut menunggu ketibaan Tan di Bukit Aman pula adalah Pengarah Eksekutif Sin Chew Media Corporation, Rita Sim; Ketua Pegawai Eksekutif Sin Chew Daily, Koo Cheng; Ketua Pengarang Kumpulan Sin CHew, N C Siew dan Ketua Pengarang, Pook Ah Lek.

Rita berkata, kehadiran mereka di Bukit Aman hanyalah untuk menunggu ketibaan Tan dari Pulau Pinang dan bagi mempastikan wartawan itu berada dalam keadaan baik.
"Kami berharap akan dapat berjumpa dengan Tan untuk pastikan dia dalam keadaan baik. Kami juga ingin merayu kepada pihak berkuasa supaya Tan dibebaskan atau dikecualikan daripada tahanan ISA.

"Kami tak mahu buat sebarang spekulasi. Cuma kami harap wartawan kami diberi peluang membela diri," katanya kepada pemberita.

Lagi Berita Berkaitan :
Laporan dilakukan secara profesional - wartawan Sin Chew

PR Terus Buat Dakwaan, Tapi Gagal Namakan Pelompat Parti

Walaupun telah berkali-kali pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak mengisytiharkan bahawa tidak ada Anggota Parlimennya yang akan menyertai Pakatan Rakyat (PR), namun beberapa pegawai PR tetap mendakwa perkara itu akan berlaku.

Malam tadi, anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat(PKR) dari ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Badrul Hisham mendakwa tindakan melompat parti akan berlaku.

Sama seperti pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Badrul, yang mewakili ketua publisiti kebangsaan PKR Tian Chua pada satu perhimpunan anjuran PKR Cawangan Lanang di sini, juga tidak dapat menamakan siapakah Anggota Perlimen BN yang akan melompat parti.

Semalam, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Datuk Douglas Uggah Embas berkata tidak ada Anggota Parlimen BN dari negeri ini yang akan menyertai PR bagi membolehkannya membentuk kerajaan baru. PBB adalah tulang belakang BN Sarawak.

Sementara itu, para pemimpin tiga lagi parti komponen BN Sarawak -- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) -- juga mengisytiharkan tidak ada Anggota Parlimen mereka yang akan melompat parti.

Hasrat Orang Asal hantar memo tidak kesampaian - Malaysiakini

Malaysiakini | Hasrat sekumpulan Orang Asal dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong tidak kesampaian apabila mereka tidak dibenarkan oleh pihak polis berarak ke Istana Negara pagi tadi.

Kumpulan seramai kira-kira 120 orang diketuai oleh Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Andrean Lasimbang. -->>lanjut

Tiada lagi tangkapan ISA - Malaysiakini

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar tidak ada lagi yang dijangka ditangkap di bawah ISA tetapi ia bergantung kepada keadaan ketenteraman awam.

Manakala wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, katanya, mungkin dibebaskan hari ini.


Menurut Star Online, Tan yang ditahan di bawah ISA malam tadi, telah dihantar ke Bukit Aman pada kira-kira jam 8.30 pagi ini. Sebelum itu, ibubapanya telah dibenarkan menemui Tan di ibupejabat polis Pulau Pinang.

Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Stop it.

tepakbersulam | Hari ini Pak Lah menyuarakan kebosanan rakyat dan juga kebosanan kerajaan ke atas aliran politik tanah air yang tiada hentinya sehingga mengganggu perjalanan pentadbiran kerajaan. Luahan Pak Lah ini adalah amaran bahawa kerajaan akan mula bertegas dan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada perkara-perkara yang boleh mengugat kesetabilan negara.

Seharusnya suara dan keputusan rakyat telah diterjemahkan dalam pilihanraya yang adil dan tidak lagi perlu dinafikan kerana itu adalah keputusan yang sah dan muktamad. Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah amanah yang perlu dihormati dan perlu diterjemahkan dengan melaksanakan segala tanggungjawab yang dituntut.

Namun apa yang berlaku sekarang adalah kemelut ketidakpuasan hati pembangkang yang seolah-olah tidak boleh menerima hakikat keputusan pilihanraya dan mahu merampas kerajaan pilihan rakyat secara sah. Pembangkang yang terus memainkan gelombang politik yang bertali arus ini juga akan memeberikan impak yang tidak baik kepada ekonomi negara dan akhirnya rakyat akan menanggung segala kerosakan yang dilakukan oleh mereka. Sememngnya rakyat telah mula bosan dengan politik tanah air. Rakyat sudah mula mual dan terjeluak dan cuma masih belum mahu muntah sahaja.

Kini segalanya terpulang kepada Pak Lah untuk melaksanakan ketegasan kerana sekumpulan rakyat sudah mula biadab dan tidak menghormati sensitiviti rakyat lain dan juga undang-undang negara. Ketika tulisan ini ditulis penulis mendapat sms yang mengatakan bahawa Teresa Kok juga telah ditahan bawah akta Keselamatan Negara. Pak Lah patut melakukan lama dahulu.. Mereka perlu di dispilinkan kembali. Kuasa di tangan Kerajaan.

Kebosanan rakyat sudah sampai ketahap maksimum dan jika Pak Lah berlembut lagi takut rakyat akan menjadi mual pula. Pak Lah tidak boleh berlembut lagi. Pak Lah perlu tegas mulai sekarang. Syabas kepada Pak Lah yang sudah mula menujukkan taringnya sekarang. Kita lihat siapa yang mahu jadi hero. Anwar juga patut ditahan di Sungai Buluh. Jika ini berlaku. Pak Lah akan menguasai kembali kepercayaan rakyat.

Peringatan sebelum UMNO ditalkinkan...

Oleh : MohdRafi
PERJUANGAN UMNO adalah perjuangan legasi yang perlu diteruskan. UMNO selama ini adalah wadah perjuangan Melayu dan merupakan satu-satunya wadah yang membela agama, nasib bangsa dan negara. UMNO bertapak sewaktu Melayu gersang mencari wadah, sewaktu Melayu terpisah dan sewaktu Melayu dan Tanah Melayu ini digugat kedaulatannya.

UMNO lahir dalam kesedaran, UMNO lahir dengan pengorbanan orang Melayu dan UMNO lahir menjadi benteng menyelamatkan negara ini dari diragut kedaulatannya dan bangsa ini dari terus menjadi melukut di tepian gantang. UMNO lahir dari kepimpinan UMNO tak kala itu bertanggung jawab menyatukan kita , memperkuatkan kesatuan ini demi untuk mempertahankan bangsa.

Atas alasan inilah UMNO adalah parti yang paling berjasa kepada orang Melayu dan Tanah Melayu ini. Tidak ada siapa yang dapat menafikan hakikat ini dan hakikat inilah yang menjadikan semangat kita lebih utuh dalam mempertahankan UMNO dan seterusnya memastikan UMNO adalah roh kepada Melayu di muka bumi ini.

UMNO tidak pernah menolak partisipasi bangsa lain. Perjuangan Melayu untuk memartabatkan Melayu tidak pernah dibuat dengan mendiskriminasikan kepentingan bangsa lain. Perjuangan Melayu adalah untuk membangunkan bangsa itu separa dengan bangsa lain.

Atas semangat inilah UMNO dan Barisan Nasional bertindak bersama-sama untuk menentukan bukan sahaja Melayu terbela tetapi semua bangsa, di bawah langit yang kita junjung dan bumi yang kita pijak terbela dan menikmati hidup dalam keharmonian. ?

Inilah di UMNO di dalam Barisan Nasional. Usaha dan perjuangan adalah untuk Malaysia bergerak sejajar dengan pembangunan negara- negara lain serantau ini. Kita mahu memastikan kejayaan negara ini adalah kejayaan bersama semua bangsa, semua keturunan. Ini adalah prinsip dan ini adalah hakikat kehadiran UMNO.

Namun hari-hari yang dilalui kini semakin mencabar. Senario dan landskap politik semakin berubah. Pembangunan dan kemodenan yang UMNO dan Barisan Nasional perjuangkan hari ini sudah melekakan kita orang Melayu. Kita seakan terlena sehingga lupa bahawa perjuangan kita ini perlu diteruskan. Kita lena dalam buaian kejayaan dan baru-baru ini kita disedarkan akan cabaran yang perlu kita tangani. ?

UMNO hari ini dicabar. UMNO hari ini seakan diketepikan dan UMNO hari ini seakan ketinggalan. Barisan Nasional dan UMNO bagai dilanda ribut dan PRU 12 menjadi pengajaran untuk UMNO supaya tidak leka dan tidak mengambil mudah. UMNO hari ini perlu terus memperbaiki luka-luka yang ada untuk survival parti ini. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyedarkan orang Melayu khususnya bahawa UMNO harus terus relevan dan harus terus disokong demi kepentingan agama dan bangsa. UMNO perlu hari ini sedar bahawa senario kemodenan telah banyak mengubah masyarakat kita.

Melayu hari ini harus sedar dari lena dalam arus pembangunan pesat sehingga kesedaran mengenai sejarah perjuangan kepimpinan dan mereka yang menyertai UMNO dilupakan. UMNO seakan tersisih dari segi idealisme dan perjuangan. Orang Melayu hari ini seakan menghadapi krisis keyakinan terhadap UMNO dan ini perlu diperbetulkan sebelum UMNO hilang dalam lipatan sejarah.

Perubahan dalam UMNO perlu dilakukan sealiran dengan perkembangan kemasyarakatan orang Melayu. UMNO perlu dilihat bukan sahaja relevan tetapi mampu menyempurnakan kehendak dan tuntutan semasa sesuai dengan pemikiran baru Melayu hari ini. Kemampuan inilah yang perlu di tunjukkan oleh UMNO agar UMNO terus berdaya dalam merealisasikan harapan orang Melayu zaman ini. UMNO perlu sealiran dalam tuntutan semasa, era globalisasi dan era kemodenan negara ini.

UMNO adalah parti yang senantiasa menyempurnakan harapan dan cita-cita Melayu. UMNO selama ini tidak pernah mengabaikan tuntutan orang Melayu, memastikan agar kehidupan orang Melayu senatiasa meningkat dan senatiasa membangun. Ini adalah idealisme UMNO dan inilah inti pati penubuhan UMNO. Namun dalam merealisasikan cita-cita dan matlamat perjuangan yang tidak pernah diabaikan.

UMNO berhadapan dengan serangan bentuk baru, serangan definisi yang mempengaruhi minda, serangan yang berbentuk pengisian minda yang tidak konklusif dan akhirnya menghakis nilai kemelayuan. Serangan ini mendefinisikan bentuk-bentuk baru demokrasi, mendefinisikan semula hak kemanusiaan serta mencorakkan kehidupan yang hanya mahu memanfaatkan cita-cita politik sesetengah pihak. ?

Melayu sendiri terpengaruh dengan dakyah kebebasan mutlak, demokrasi total dan nilai yang terlampau terbuka tanpa batasan. Serangan berbentuk baru inilah yang sedang kita hadapi dan kita perlu berdepan dengan nada dan cara yang berbeza. Kita perlu berdepan dengan serangan bentuk baru,serangan minda dengan kekuatan baru yang perlu kita bentuk. Kita perlu selangkah ke hadapan dalam antisipasi bentuk-bentuk serangan yang akan dibuat.

Serangan bentuk ini memerlukan ahli UMNO bersiap sedia, penuh dengan ilmu dan pengetahuan untuk memulakan bukan sahaja bentuk-bentuk jawapan defensif tetapi bentuk-bentuk penerangan yang ofensif. Ahli UMNO perlu bersedia,perlu melengkapi diri untuk bertembung dengan serangan minda, serangan tuntutan bentuk demokrasi total yang dilaungkan oleh mereka serta serangan berbentuk melonggarkan pegangan Melayu sebagai bumiputera di negara ini.?

Laungan seperti Ketuanan Rakyat sebenarnya adalah bentuk-bentuk penjualan hak yang selama ini kita perjuangkan dan kita peroleh dari pengorbanan perjuangan ahli UMNO yang terdahulu dari kita. Kita perlu mempertahankan agar keadilan dapat di tegakkan dan diayah penipuan yang menuntut kesamarataan sedangkan kita masih ketinggalan di bumi kita ini.

Kita harus berani berdepan dengan serangan konon-kononnya UMNO mengamalkan budaya rasis kerana serangan ini adalah seperti melihat kuman di seberang sedangkan mereka sendiri adalah Pakatan yang terpisah dengan batasan rasis. ?

Tuntutan demokrasi total yang sebenarnya menolak bentuk-bentuk hak keistimewaan sebenarnya lebih merugikan kaum Melayu. Kaum Melayu adalah kaum yang tertinggal dan perlu bantuan. Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat konsentrasi kepada kaum Melayu sahaja tetapi di label oleh pembangkang sebagai parti rasis yang memperjuangkan hanya Melayu. ?

Serangan ini tidak seharusnya diambil mudah. Baru-baru ini Majlis Peguam Negara telah mengadakan forum mengenai Sosial Kontrak yang dikatakan hanya satu ilusi oleh orang Melayu dan kepimpinan Melayu hari ini dan sebelum ini. Mereka mengatakan bahawa Kontrak Sosial tidak pernah ada dan ada antara panel yang hadir mengatakan bahawa ilusi Kontrak Sosial ini adalah untuk menghalang kaum lain dari mendapat kongsi kuasa.

Ini adalah bentuk sadis perjuangan mereka untuk terus menipu dan terus menipu. Kita perlu bangkit dan mempertahankan perkara-perkara sedemikian dengan tegas tetapi harus perlu ada penjelasan. Kita perlu menghadapi serangan intelektual ini dengan cara yang intelektual.

Kita harus sedarkan bahawa Kontrak Sosial adalah perundingan sihat antara semua kaum di waktu itu dengan mengambil sensitiviti dan pengorbanan orang Melayu dengan memberi peluang mereka menghirup dan berteduh di bawah langit Tanah Melayu.

Serangan ini bukan di adakah oleh semua yang berbangsa lain di Malaysia. Serangan ini adalah serangan bermotif, motif utama adalah untuk memperoleh kuasa. Ini bukan soal keadilan tetapi ini adalah soal menghasut untuk mendapat sokongan dan untuk terus menjajah minda kita orang Melayu. Malangnya serangnya semakin membesar dan kita sehingga hari ini belum berjaya menangkis serangan berbentuk penjajahan minda ini. ?

UMNO patut mengorak langkah. Kita seharusnya hari ini melihat serangan besar ini dengan lebih serius dan mendahulukan perjuangan ini sebelum perjuangan tempat untuk diri sendiri. Kita perlu yakin bahawa kita mampu mengubah senario UMNO agar lebih kukuh dan lebih kental untuk menawarkan diri dalam barisan kepimpinan dan ahli pula perlu arif dalam mendahulukan kepentingan perjuangan dari hanya perjuangan memastikan tempat.

Kita akan berdepan dengan keadaan bila mana kita memilih kepimpinan yang akan menentukan arah perjuangan kita, kita harus bersedia menolak kepentingan lain selain dari kepentingan memilih kepimpinan yang mampu berdepan dengan serangan alaf baru.

Kita perlu memilih kepimpinan yang mampu membebaskan Melayu dari dijajah minda. Kita harus memilih kepimpinan yang sedar keperluan untuk UMNO berubah seiringan dengan kehendak semasa dan seiringan dengan kehendak Melayu hari ini.

Kita perlu memastikan kepimpinan itu dipilih tanpa mengorbankan erti kita hidup sekeluarga, erti hidup kita dalam UMNO dan erti kesatuan kita sebagai Parti Melayu unggul di Malaysia.

Kita perlu faham bahawa demokrasi tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan diri. Kita tidak mahu memberi interpretasi yang salah kepada demokrasi. Kita perlu sedar bahawa demokrasi yang ada adalah sistem untuk memastikan keadilan dan bukan untuk memporak-perandakan apa yang ada hari ini.

Demokrasi tidak boleh disalahertikan untuk meruntuhkan institusi yang ada semata-mata untuk menyempurnakan cita-cita orang-orang tertentu.

Kita perlu sedar bahawa hak kemanusiaan perlu diperjuangkan dalam kerangka mengharmonikan sistem kemasyarakatan yang ada. Kita tidak mahu atas nama hak kemanusiaan maka nilai moral seperti yang digariskan dalam agama kita menjadi rujukan nombor 2.

Kita tidak mahu perjuangan hak kemanusiaan digunakan untuk keuntungan pihak-pihak tertentu. Kita perlu berdepan dengan demokrasi dan perjuangan hak kemanusiaan bersesuaian dengan tuntutan keadilan dan keharmonian yang ada sekarang ini.

Kegemilangan pemerintahan UMNO perlu ada semula. Melayu perlu disedarkan bahawa usaha menjajah minda mereka sedang luas dilaksanakan. Kita perlu kuatkan kesatuan kita dan kita harus elakkan dari meruntuhkan apa yang selama ini ada. Kita harus pertahankan idealisme kita sebagai ahli UMNO dan kita perlu melangkah ke hadapan dengan kekuatan dan ketahanan yang dinamik dan proaktif. Kita tidak mahu Melayu dilabel sebagai lembik dan pemalas. Kita Melayu harus progresif.

UMNO perlu menentukan kekuatan ahli dalaman, keutuhan semangat kekeluargaan oleh kita dalam UMNO dan membina kekuatan minda kalangan ahli kita. Ini perlu untuk kita memulakan langkah untuk mempertahankan UMNO kerana UMNO adalah nadi kepada Melayu.

UMNO adalah parti yang memperjuangkan Melayu dan ini perlu disedarkan. Kita harus memastikan agar kita terus terikat dalam ikatan kekeluargaan yang mementingkan perjuangan agama, bangsa dan negara.

Dengan iltizam yang akan kita bina, dengan kepercayaan kita kepada perjuangan UMNO dan dengan kasih dan sayang kita pada bangsa kita, kita mulakan langkah kita hari ini, kita satukan dan kita perjuangkan. Kita laungkan slogan MAJU Melayu agar Melayu bukan sahaja untuk hidup malah menikmati kemajuan yang kita perjuangkan bersama.?

Kerajaan tidak guna ISA tanpa alasan konkrit, kata Abdullah

Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin tanpa alasan konkrit, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya tanpa ada alasan konkrit yang kerajaan yakini boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam.

Bercakap kepada para pemberita selepas bermesyuarat dengan pemimpin kanan Khazanah Nasional di Kementerian Kewangan di sini, Abdullah percaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar telahpun mengambil kira soal ketenteraman awam yang boleh terjejas ekoran tindakan Raja Petra itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan Raja Petra di rumahnya di Kuala Lumpur tengah hari semalam.

Amaran untuk penulis blog - Zahid

Bernama | Penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi merupakan satu amaran kepada penulis blog lain yang tidak bertanggungjawab bahawa tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penulis blog seperti itu sebelum ini mungkin beranggapan mereka tidak akan dikenakan tindakan kerana alasan laman blog mereka berpangkalan di luar negara yang didakwa tidak tertakluk dengan undang-undang negara ini.

"Adalah tidak wajar sekiranya Raja Petra sahaja yang dikenakan tindakan sedangkan penulis blog tidak bertanggungjawab yang lain masih bebas," katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Burung.
Zahid mengulas penahanan Raja Petra mengikut ISA dekat Kuala Lumpur berikutan artikelnya bertajuk 'I promise to be a good, non-hypocritical Muslim' yang menggunakan ayat-ayat menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today. -->>lanjut

Peralihan kuasa : Najib serah pada ahli Umno - Malaysiakini

najib at bn leaders mca function in permatang pauh 250808 01Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada ahli Umno untuk memutuskan bilakah peralihan kuasa daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu dilakukan.

Beliau berkata pelan peralihan kuasa itu diputuskan pada Julai lalu oleh Perdana Menteri dan beliau sendiri serta disahkan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Najib berkata dalam perjumpaannya dengan ketua-ketua Umno bahagian, beliau telahpun menyatakan bahawa pelan itu mesti mendapat sokongan bahagian-bahagian Umno, khususnya dalam persidangan perwakilan tahun ini, demikian menurut laporan Bernama.
"Oleh itu, kerana Umno yang merupakan parti yang mengamalkan prinsip demokrasi, perkara ini hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli parti melalui proses dalaman parti, iaitu melalui mesyuarat tahunan dalam bahagian-bahagian," katanya selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Guangdong-Malaysia di ibunegara semalam.
Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010. -->>lanjut

Lagi berita berkaitan :
Muhyiddin tak takut risiko...
Cadangan peralihan kuasa Disember ini
Zaid : Muhyiddin letak jawatan atau disingkir

ISA: Teresa Kok turut ditahan - Malaysiakini

federal territory round table retrieat 170408 teresa kokPemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam tadi.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.