Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, September 5, 2008

Saya pastikan 16 September tak berlaku - PM

PUTRAJAYA - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak ada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan meninggalkan parti itu menjelang 16 September ini untuk menyertai pembangkang menubuhkan kerajaan baru.
“Saya pastikan 16 September tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita,” kata Perdana Menteri.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beberapa berkata bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan pada 16 September ini.
“Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 September. Tidak,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Business Licensing Electronic Support System (BLESS) di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Beliau berkata perkara itu tidak mungkin berlaku jika ia hanya berpaksikan kepada faktor penghijrahan oleh Ahli Parlimen BN ke pembangkang.

Sebaliknya, kata Abdullah, adalah lebih wajar jika perhatian diberi kepada usaha meningkatkan kemajuan negara.
“Kerajaan tumpu pada kerja dan bukan memikirkan sesuatu yang mungkin berlaku. Tumpu pada kerja untuk menjadikan negara ini lebih baik, meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dan banyak lagi,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memaklumkan segala perkembangan kepada Seri Paduka Baginda.
“Saya beri taklimat mengenai apa yang berlaku. Saya juga bercakap apa yang diambil berat ialah perniagaan berjalan seperti biasa.

"Kita telah melakukan segala-galanya untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran ketika berurusan dengan rakyat.

“Pengundi telah beri amaran tentang apa yang tidak menggembirakan mereka tetapi mereka juga memberi sokongan yang mencukupi untuk (BN) menubuhkan kerajaan. Kita menyampaikan apa yang telah dijanjikan. Tuanku gembira dengan apa yang kita lakukan,” katanya.
Mengenai lawatan sambil belajar ke luar oleh Ahli Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Ahad ini sehingga 15 September nanti, Perdana Menteri berkata program itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat pada 16 September ini.
“Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN,” katanya.
Click here!

Umno P Pinang sokong Ahmad

Kesemua 13 bahagian Umno Pulau Pinang hari ini menyokong pendirian Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rashid Abdullah dalam satu sidang akhbar petang ini.

Ahmad telah mencetuskan kemarahan masyarakat Cina apabila menyatakan bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Ketua Umno Bukit Bendera itu didakwa membuat kenyataan itu ketika berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Perkauman - Dr Mahathir bersuara…

Kontroversi kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera ,Pulau Pinang Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berbau perkauman semasa satu ceramah kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini hingga mencetuskan desakan minta maaf dari kalangan pemimpin kaum Cina telah mendorong Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara.

Dalam tulisan terbarunya di laman webnya www.chedet.com bekas Perdana Menteri itu menegaskan orang Melayu hari ini sebenarnya takut jika mereka dilabelkan perkauman hingga tahap apabila hak mereka diburuk-burukkan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri.

Serentak dengan itu beliau mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf.

Dr Mahathir memberi contoh tentang memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang bukan sahaja penuh dengan unsur-unsur perkauman tetapi juga bersifat hasutan dan juga perbuatan penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

'Beliau bertanya apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.

''Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat," katanya.
Berikut ialah tulisan penuh Dr Mahathir :

"Pohon Maaf"

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.

4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh:

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious" (hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut.

Adun Lenggeng hadapi dua tuduhan rasuah

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan rasuah.

Beliau dituduh meminta suapan melalui Mustafa Pendek sebanyak RM3,000 daripada Manimaran a/l Marimuthu sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan kepada Manimaran untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir.

Kesalahan didakwa dilakukan di Lot 1321, Mukim Pantai di Seremban pada jam 11 pagi, 28 Ogos lalu.

Bagi tuduhan kedua, Mustafa, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Seremban, didakwa secara rasuah menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama, di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pada jam 5 petang 31 Ogos lalu.

Sekiranya disabitkan kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang 14 hari atau tidak melebihi 20 tahun serta didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Hakim Kamarudin Kansun menetapkan 26 dan 27 Februari tahun depan untuk perbicaraan.

Mustafa, 50, yang diwakili tiga peguam terdiri S Paramasneswaran, Raftfizi Zainal Abidin dan Abdul Halim Othman, dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah, Abdul Razak Musa.
Click here!

Dr Osman - Pemeriksaan saya berkaitan liwat

Bercanggah dengan apa yang didakwa oleh majikannya - Hospital Pusrawi - Dr Mohd Osman Abdul Hamid bertegas bahawa beliau melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 06Dalam satu wawancara eksklusif semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.

"Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan.

Dr Osman muncul semalam selepas 'hilang' selama lebih sebulan sejak laporan perubatannya, yang memutuskan bahawa Saiful tidak diliwat, telah dibocorkan kepada pihak media.

Berikutan itu, Hospital Pusrawi menegaskan bahawa Osman tidak melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas pesakitnya itu.

Saiful, 23, telah mendakwa bahawa bekas majikannya, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya dan kes itu telah dibawa ke mahkamah.

Dr Osman kemudiannya membuat akuan berkanun yang mempertahankan keputusan laporan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman, yang ditemani peguamnya - M Puravalen dan Yusri Kamarudin - menegaskan sekali lagi perkara itu dalam satu sidang akhbar semalam.

Dr Osman juga menyangkal dakwaan majikannya bahawa beliau tidak berkelayakan untuk membuat kesimpulan mengenai kes liwat.

Pihak pengurusan Hospital Pusrawi telah menyatakan bahawa Dr Osman tidak layak membuat kesimpulan tersebut kerana beliau adalah seorang doktor yang ditempatkan di unit kecemasan dan bukannya seorang pakar.

SAYA TIDAK AKAN MINTA MAAF

Ketua UMNO Bukit Bendera tidak akan memohon maaf. Beliau tidak akan memohon maaf biar TPM Najib sudah meminta maaf buat UMNO. Beliau berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Kenyataan yang dipetik dari www.malaysiakini.com menunjukkan Ketua UMNO Bukit Bendera tersebut Datuk Ahmad Ismail percaya bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan menyentuh isu sensitif perkauman. Beliau akan membuat kenyataan akhbar pada Sabtu ini untuk menjelaskan tuduhan tersebut. Gabungan semua parti utama Cina dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sepakat untuk melaporkan kepada polis dan mendesak UMNO untuk mengambil tindakan atas isu ini.

Datuk Ahmad dikatakan dalam memberi ceramah telah menyentuh kedudukan orang Cina dalam negara ini dan menjelaskan bahawa kaum ini tidak boleh diberi peruntukkan lebih atas status mereka sebagai pendatang.

Apa pun isu perkauman ini sudah menjadi satu budaya tidak sihat dalam berkempen sungguhpun kaum lain perlu jelas mengenai kedudukan orang Melayu di Malaysia. Penyentuhan hak mana-mana kaum akan menerbitkan bantahan dan ini tidak nampak di peduli sewaktu berkempen. Apa pun kita nantikan justifikasi Ketua UMNO Bukit Bendera pada sidang media beliau.

'Ahli Umno tak takut politik wang...'

umno 2008 annual general meeting 310708Malaysiakini - Politik wang masih berterusan berlaku dalam Umno kerana peraturan serta etika pemilihan tidak berkesan untuk membendung amalan tersebut sewaktu pemilihan parti diadakan, kata beberapa pemimpin Umno.

Menurut mereka lagi, pihak-pihak yang melakukannya sebenarnya tidak takut dengan peraturan kerana jawatan parti menguntungkan mereka. -->>lanjut
"Saya hairan semakin banyak etika pemilihan, semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya," kata Ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

"Mereka tahu , jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa, mereka boleh terlepas daripada tindakan," katanya.
Click here!

Najib akui lulus retreat Ahli Parlimen BN ke luar negara

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau selaku Ketua Whip di Parlimen meluluskan permohonan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan retreat di luar negara mulai 7 hingga 19 September ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis Rakan Cop PLKN,hari ini.

ADUN Lenggeng didakwa hari ini


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan kawasan Lenggeng, Mustafa Salim akan didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen, Seremban hari ini.

Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Shukri Abdull mengesahkan mengenainya semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kes itu termasuk pertuduhan ke atas Mustafa.

Pada 31 Ogos lalu, Mustafa ditahan kerana disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, kira-kira pukul 5 petang.

Beliau kemudian dibawa oleh sepasukan pegawai ke Ibu Pejabat BPR Negeri Sembilan di Jalan Dato’ Klana Maamor, Seremban untuk disoal siasat.

Isteri wakil rakyat berkenaan yang turut berada di restoran tersebut ketika serbuan itu juga dibawa bersama-sama beliau.

Wakil rakyat itu hanya dibebaskan dengan ikat jamin BPR pada kira-kira pukul 12 tengah malam 31 Ogos itu selepas tujuh jam disoal siasat.

Turun lagi 15 sen – PM * Jika harga minyak mentah dunia di bawah AS$109 setong

Oleh : HAMDEN RAMLI dan HELMI MOHD. FOAD

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga runcit minyak petrol dan diesel mungkin diturunkan lagi sebanyak 15 sen daripada harga semasa, jika harga minyak mentah dunia stabil di bawah paras AS$109 setong sehingga akhir tahun ini.

Beliau berkata, di bawah formula pengiraan subsidi bahan api, semakan semula harga runcit petrol dan diesel akan dilakukan pada 1 Oktober ini atau pertengahan bulan tersebut.
“Harga minyak dunia turun dan naik. Kalau ia kekal AS$109 sehingga penghujung tahun ini, sudah tentu saya akan berasa amat gembira untuk mengumumkan penurunan sebanyak 15 sen daripada apa yang ada sekarang.

“Sama-samalah kita berdoa supaya (minyak dunia) tidak naik, kalau boleh biar turun lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara semalam.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong berbanding AS$115 setong dua minggu lalu.

Abdullah berkata, harga runcit petrol dan diesel bulan lalu disemak lebih awal pada 22 Ogos bagi membolehkan rakyat mendapat tawaran terbaik dalam soal harga minyak.
“Pada masa itu, trend harga minyak dunia menunjukkan peningkatan dan jika dilengahkan kita khuatir rakyat tidak akan mendapat manfaat apa-apa.

“Jadi saya berpendapat, ini masa terbaik untuk membuat keputusan. Jika kita semak harga minyak pada 1 September seperti dijadualkan, ia akan meningkat sebanyak dua sen iaitu RM2.57 berbanding RM2.55 seperti diumumkan,” katanya.
Pada 23 Ogos lalu, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala harga runcit diesel sebanyak lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.
Click here!

TURUN PADANG...


Noh Omar meninjau jualan tiket bas sempena Aidilfitri di Hentian Pudu Raya, Kuala Lumpur, semalam.
Orang ramai yang memilih pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini mula menyerbu kaunter penjualan tiket bas.

Ini kerana perkhidmatan bas ekspres pada musim perayaan mulai 15 September sehingga 15 Oktober, yang pada mulanya dijangka tidak ditambah, berubah apabila kerajaan bersetuju menambah kuota subsidi diesel sehingga 9,000 liter. Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar telah turun padang bagi meninjau sendiri keadaan jualan tiket di kaunter penjualan tiket bas ekspres.
MENTERI Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Noh Omar serta pegawai Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bertanyakan sesuatu kepada kerani kaunter tiket sambil memegang 'walkie talkie' yang sering digunakan oleh 'ulat tiket' ketika membuat tinjauan penjualan tiket bas sempena Aidilfitri di Hentian Bas Pudu Raya, semalam. Noh memberi amaran kementeriannya tidak teragak-teragak untuk menarik lesen kepada mana-mana syarikat bas ekspres yang didapati bekerjasama dengan ulat-ulat tiket.
Turut hadir Penasihat Hal Ehwal Koperasi kepada Menteri, Datuk Ahmad Bahari Abdul Rahman dan Pengerusi Eksekutif Nadicorp Holdings Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.

Mukhriz tanding ketua Pemuda Umno

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti itu Disember depan.

Beliau yang juga ahli exco Pemuda Umno itu akan membuat pengumuman rasmi mengenainya Sabtu ini.

Mukhriz akan berbuat demikian dalam satu majlis di perkarangan Pondok Maharizan di Alor Star.

Menurut pembantunya, ketua-ketua Pemuda Umno bahagian dari seluruh negara dijangka turut menghadiri majlis tersebut.

Majlis tersebut akan disusuli dengan satu sidang akhbar serta majlis sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di Masjid Tok Kepak.

Selain Mukhriz beberapa pemimpin pergerakan itu, termasuk Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin dijangka turut bertanding jawatan tersebut.

Seorang lagi ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang telah memberitahu media sebelum ini yang beliau akan bertanding jawatan tersebut.

Manakala Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob pula dilaporkan semalam, sebagai berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan itu.

Jawatan ketua Pemuda kosong selepas penyandangnya Datuk Hishammuddin Hussein mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut Disember ini.

Tiada had umur dikenakan oleh mana-mana pemimpin untuk bertanding jawatan ketua Pemuda pusat. Juga tiada had umur bagi tempoh seseorang itu memegang jawatan tersebut.

Ahmad kena minta maaf


Abdullah mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara, di Putrajaya, semalam. Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (tengah).
PUTRAJAYA - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tampil memberi penjelasan dan memohon maaf, selepas mengeluarkan kenyataan orang Cina hanya penumpang di negara ini ketika berceramah pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, bulan lalu.

Perdana Menteri berkata, Ahmad perlu akur dengan kehendak pelbagai pihak yang mahu beliau berbuat demikian terutama pemimpin komponen Barisan Nasional (BN).
"Dia sepatutnya menjelaskan bukan niatnya untuk mengguris perasaan bukan Melayu dan perlu akur dengan kehendak orang ramai memintanya memohon maaf atas kesilapannya... seperti pepatah Melayu 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.

"Kenyataan beliau juga bukan disengajakan. Saya akan menghubungi dan menemuinya apabila ke Pulau Pinang dan saya tahu wartawan juga ada mencarinya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara, di sini, semalam.
Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, kenyataan Ahmad adalah pandangan peribadinya.

Oleh itu, beliau mengingatkan rakyat dan pemimpin bukan Melayu bahawa ia bukan dasar Umno dan BN.
"Dalam keluarga Umno yang begitu besar maka akan ada ahli yang akan menyuarakan pandangan masing-masing," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah memohon maaf bagi pihak Umno dan berharap bukan Melayu tidak terganggu dengan kenyataan Ahmad itu.

Sementara itu, Abdullah berkata, Kabinet kelmarin sudah dimaklumkan mengenai tindakan Kementerian Pertahanan mengenai operasi mengiringi empat kapal MISC oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Somalia.
JanaWangRapid.com

Pegawai Najib nafi arah Ramlang atur sumpah Saiful

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Malaysiakini - [..] "Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar itu diterbitkan di halaman utama kedua-dua penerbitan itu.

"Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut," beliau dilaporkan berkata dalam kenyataan.

"Kenyataan Ramlang melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab.

"Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiaya saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam."

Pegawai khas Najib itu berkata dua penerbitan itu tidak pernah berusaha mendapatkan komen daripadanya mengenai dakwaan Ramlang itu sebelum menerbitkan laporan masing-masing. -->>lanjut
Click here!

Banyak perkara Ramlang kena jawab

Agendadaily - Semakin banyak perkara yang perlu dijelaskan imam nikah serta iman masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi apabila pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Prof Masya Khairil Annas Jusoh menafikan beliau dalang yang mengaturkan angkat sumpah Mohd Saiful Bukhar Azlan pada 15 Ogos lalu.

Katanya, dakwaan Ramlang menerusi artikel "Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.2008-3.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.2008-6.9.2008) adalah tidak benar.

Beliau menuntut pihak terbabit memohon maaf atau berdepan peguam-peguamnya yang sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang terhadap haknya ke atas Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut.

Penafian Khairl Annas menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Khamis, semakin merumitkan kes membabitkan Ramlang yang kini masih menyambung cuti yang diambilnya sebelum pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Sebelum ini, Rampang muncul di pentas kempen PKR ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh pada 24 Ogos lalu. Beliau turut mendakwa dirinya diarah hadir menjadi saksi Mohd Saiful bersumpah dan mengatakan sumpah bekas pembantu Anwar itu tidak sah. -->>lanjut

Khairy akui Pemuda UMNO dilanda krisis keyakinan…

Kini krisis keyakinan melanda Pergerakan Pemuda UMNO bila generasi muda telah menampakkan sikap mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO semasa pilihan raya umum lalu dan terbaru semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menegaskan BN/UMNO sedang berdepan dengan masalah besar iaitu penerimaan golongan muda.

Sambil mengakui suasana itu merupakan masalah masa depan Pemuda UMNO, Khairy berkata,"ramai dikalangan ahli pemuda atau umur pemuda tidak menyokong BN dan UMNO lagi, ianya menuntut satu perubahan.”

Khairy berkata demikian ketika berucap semasa menjadi tetamu kehormat Program Nur Ramadhan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dan bantuan pada anak-anak yatim dan ibu tunggal sekitar Cheras di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, petang Rabu.

Beliau juga membangkitkan cakap-cakap banyak pihak dalam UMNO yang mendesak agar perubahan dilakukan hingga ada yang menyebut perlunya ada perubahan kepimpinan termasuk perubahan Presiden parti.

Dengan nada kesal Khairy berkata, “perkara ini telah ditangani oleh pucuk pimpinan parti dengan pelan peralihan kuasa yang tersusun dan teratur tetapi masih lagi kedengaran suara yang menuntut agar perubahan ini berlaku pada kadar segera”.

“Malangnya, bila kita mendengar suara yang menuntut perubahan itu tidak pula menyatakan cara perubahan yang perlu dilakukan dalam parti kita ini, mereka seharusnya lebih spesifik, mereka perlu melakarkan dan melukiskan satu perancangan perubahan yang perlu berlaku,” tambah Khairy.

Beliau berkata, “bukan kita hanya tahu mengkritik bahawa perubahan perlu berlaku kerana apa yang ada selama ini tidak memenuhi citarasa golongan muda, maka kita akan berdepan dengan persoalan dari golongan muda tentang apakah bentuk perubahan yang hendak kita lakukan untuk membolehkan parti UMNO diterima semula oleh mereka.”

Khairy menganggap Pergerakan Pemuda UMNO sekarang perlu turun ke bawah menjadi pemberi khidmat, jurucakap dan pendamping masyarakat dengan menghulurkan tenaga usaha bagi membantu serta menyelesaikan masalah yang dihadapi “UMNO bukan lagi badan yang hanya menyelesaikan masalah orang Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia, UMNO perlu menjadi parti yang berjiwa besar dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan perlu turun ke bawah memberi penerangan tentang perjuangan UMNO, Agenda Melayu dalam konteks kebangsaan terutama kepada masyarakat majmuk di Wilayah Persekutuan ini,” katanya.


“Perjuangan Agenda Melayu dalam negara Malaysia yang tidak menidak hak-hak kaum lain di negara ini, dengan cara ini kita akan mendapat sokongan serta keyakinan semula dari generasi muda dari pelbagai kaum di negara ini,” ujarnya.

Turut hadir di majlis tersebut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Paduka Norza Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali AlHabshee, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Pengerusi Biro Agama Datuk Shamsul Najmi, ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan.