Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, August 18, 2008

SPR khuatir ‘panas’ Lunas, Ijok berulang di Permatang Pauh

Ketegangan pilihan raya kecil Ijok dan Lunas bakal muncul di Permatang Pauh kali ini?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tersebut walaupun tempoh berkempen masih di peringkat awal.
“Nampaknya daripada pemerhatian kami, keadaan agak panas… sama seperti di beberapa pilihan raya kecil seperti di Ijok, Sanggang, Lunas dan Pendang,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi wartawan.
Kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh masuk hari ketiga hari ini. Pengundian pada 26 Ogos ini.

Kempen sebelah pagi hari ini agak terjejas ekoran hujan lebat sejak 9 pagi lagi.

difahamkan kempen yang agak dingin sepanjang dua hari lalu akan agresif dan lebih rancak selepas ini memandangkan lebih ramai penyokong parti-parti politik yang bertanding akan membanjiri Permatang Pauh.

Sehubungan itu Wan Ahmad menegaskan, para penyokong parti politik harus menghormati undang-undang dan tidak bertindak menguatkuasakan undang-undang.
“Jangan ada mana-mana pihak yang bertindak menjadi polis… biarkan pihak polis yang buat kerja,” kata beliau.
Sejak 2000, Lunas, Pendang, Sanggang dan Ijok dilihat sebagai antara pilihan raya kecil paling panas, sekali gus menyaksikan pertembungan antara penyokong parti-parti yang bertanding. Malah kaum wanita juga tidak terkecuali daripada kejadian-kejadian kurang senonoh.

Meskipun parti-parti yang bertanding berjanji bahawa akan berusaha mengelak sebarang bentuk provokasi dan kekasaran ketika kempen tetapi insiden buruk telah direkodkan tidak sampai dua jam selepas sesi penamaan calon berakhir Sabtu lalu.

Wan Ahmad ditanya pendirian suruhanjaya berhubung perkembangan kempen sejak Sabtu lalu dan ekoran kekasaran yang dilaporkan dialami pekerja-pekerja BN dan wakil media.

Pada Sabtu lalu, jurugambar Kumpulan New Straits Times Press, Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan Halim Berbar dari HBL Press News di Perancis diserang sekumpulan lelaki dekat pusat penamaan calon di pekarangan Institut Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam.

Semalam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk menuding jari ke arah pihaknya berhubung insiden tersebut.

Anwar yang juga calon PKR dan Pakatan Rakyat memberitahu, siasatan polis perlu dikendalikan dan perlu diambil tindakan tidak kira parti mereka wakili.

Sementara itu, dalam sesi ceramahnya di Bukit Jelutong di Permatang Pasir dekat sini, Anwar menasihati penyokongnya agar tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis.
“Saya ini bukanlah antipolis. Jadi kita buatlah apa yang mereka suruh asal jangan bertentangan dengan apa yang kita mahu. Kita bukan mahu keganasan, kita mahu satu perubahan,” katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berada di sini semalam juga menyifatkan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong PKR memukul dan mencederakan dua petugas media yang meliputi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kelmarin sebagai amat memalukan.

Perdana Menteri berkata, perbuatan mereka itu adalah serius dan boleh dibawa kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan menurut undang-undang jenayah.

Semalam Pemuda Umno juga membuat laporan polis, mendakwa pekerja-pekerja BN telah dihalang daripada menaikkan poster dan kain rentang.

Ketika ditanya mengenai tindakan SPR, jelas beliau, pihaknya akan memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanoa sebarang suasana tegang wujud.
“Saya rasa pemimpin-pemimpin parti dan penyokong perlu menghormati tugas dan tanggungjawab polis.

“Saya rasa membimbangkan (apabila mendengar ada perkembangan tidak sihat) tapi SPR akan terus menjalankan tugas untuk memastikan kelancaran proses pilihan raya.

“Kalau orang ramai bimbang akan berlaku keganasan dan ada orang tidak peraturan, ini akan menyebabkan minat orang ramai untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya akan terjejas,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Strategik Pilihan Raya Kebangsaan PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, pihaknya menolak keganasan dan kesal dengan berlaku setakat ini.
“Kami menolak keganasan, kesal dengan apa yang berlaku, mahu siasatan… faktanya kekal, dalam sejarah pilihan raya kecil di Malaysia, yang pernah mati bukannya penyokong BN, yang pernah maut adalah penyokong pembangkang.

“Saya merujuk kepada pilihan raya kecil Padang Terap 1986, dalam tragedi Lubuk Merbau, semasa lawatan petang Datuk Seri Najib (Tun Razak), ketika itu Ketua Pemuda, di Felda Lubuk Merbau.

“Penyokong Pas yang mati dipukul dengan batu-bata ialah Osman Talib, 33. Dia adalah ahli Pas yang dipukul oleh samseng Umno. Itu adalah fakta yang jangan dilupakan,” kata pada sidang media harian PKR di Penanti dekat sini.
Tambah Saifudin, dalam pilihan raya kecil Indera Kayangan, beliau selaku Pengarah Pilihan Raya Pemuda telah membuat 43 laporan polis sepanjang 10 hari berkempen.
“Bagaimana penyokong kita dipukul, dihalang berjumpa pengundi. Itu fakta, boleh semak dengan Ibu Pejabat Polis di Kangar,” katanya.
JanaWangRapid.com

Galeri gambar terbaru dari Permatang Pauh


Click here!

Kerajaan akan kekalkan undi pos dalam pilihan raya

Pengundian pos masih relevan dan terus diguna pakai dalam pilihan raya akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, mereka yang bertugas di luar negara, petugas pilihan raya, anggota tentera, Pasukan Gerakan Am (PGA), polis dan pasangan serta pelajar dan pasangan yang sedang menuntut sepenuh masa di luar negara dibenarkan membuat pengundian pos.

Sekiranya dihapuskan, ia boleh memudaratkan sistem keselamatan dan ketenteraman awam yang merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan negara dan menghalang hak asasi kakitangan serta pelajar di luar negara, katanya.
“Saya tak rasa ia boleh dimansuhkan tetapi mungkin kaedahnya boleh dimantapkan lagi tetapi untuk dihapuskan tidak boleh kerana ini merupakan hak asasi setiap orang (rakyat) untuk mengundi pada pilihan raya,” katanya ketika menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) mengenai keperluan pemansuhan undi pos dalam pilihan raya akan datang.

Lagi gambar ‘demam’ pilihan raya Permatang Pauh

KEMPEN: Arif Shah bersama ahli Gerakan bermesra dengan penduduk ketika lawatan ke rumah di Permatang Pauh, semalam.BERI PENJELASAN: Najib berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran jentera pilihan raya Parlimen Permatang Pauh peringkat DUN Permatang Pasir, semalam.TANYA KHABAR: Arif Shah bertanya sesuatu kepada Halim dan Mohd Sairien (kanan) ketika melawat bilik operasi kumpulan NSTP, semalam.KAWAL: Sebahagian anggota Unit Simpanan Persekutuan mengawal keadaan.TERKEJUT: Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang, Bukit Mertajam, Salmah Isa cuba menahan orang ramai yang merempuh pintu pagar sekolah ketika hujan selepas penamaan calon, kelmarin. Salmah akhirnya tidak dapat mengawal perasaan dan ditenteramkan oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar kecil).Penyokong PKR mengejar kenderaan petugas Barisan Nasional (gambar 1). Jurugambar NSTP, Mohd Sairien Nafis yang berada di tempat kejadian kemudian menaiki kenderaan itu bagi merakamkan tindakan penyokong PKR (gambar 2) sebelum dia ditolak dari pacuan empat roda terbabit lalu dipukul (gambar 3) dan kameranya bernilai lebih RM15,000 dirampas selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, kelmarin. Mohd Sairien kemudian diselamatkan polis (gambar 4).

GAMBAR MANGSA PUTERI UMNO YANG DIKASARI SEWAKTU PENAMAAN CALON PERMATANG PAUH

Berikut adalah gambar yang dapat dari www.masterdedah.com , mangsa adalah seorang ahli Puteri UMNO bernama Rohana. Dari gambarnya saya melihat agak teruk juga beliau dikasari.


Saya nasihatkan anda semua supaya:-
1) Jangan jalan berseorangan...Jalan dalan berkumpulan.
2) Pastikan juga hp anda ada no telefon Polis dan juga apa jua no telefon Pihak Keselamatan.Dan Juga No.Tel.Bilik Gerakan(Tapi yang paling penting...HP kena lah ada kredit..camana nak telefon kalau telefon masuk air).
3) Belajar Menjerit dan menendang dengan tepat..(saya boleh ajar..saya ada Black Belt kaler Biru huhuhh)ala...boleh lah ajau sikit-sikit...Tapi kalau you all nak lebih ilmu bab ni kena tanya MAntan Ketua Puteri UMNO "Dato AZA"..haa..dia memang terror..huhuh..Tapi you all kalau boleh janganlah tunjuk berani bila mereka provoke.Orang PKR suka benar provoke kaum lemah macam kita ni.
4) Pakai baju yang sopan. Tapi kalau boleh pakai seluar supaya senang lari.
5) Kalau apa-pun yang berlaku...jangan lupa buat laporan POLIS. AMbik gambar. Kena ada Bukti Beb...
JanaWangRapid.com

Masa untuk berkempen - PRK Permatang Pauh

TURUN PADANG... Semalam merupakan hari kedua, dan sibuk bagi calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh. Sejak awal pagi lagi mereka menemui penduduk tempatan di banyak kawasan.

Misalnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang turut turun padang bersalaman dengan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah di Kampung Sungai Semambu, Tanah Liat. Turut hadir Ketua Umno bahagian itu, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Dalam pada itu, Anwar, calon PKR menghadiri enam majlis kahwin hari ini. Antaranya beliau bersalaman dengan pengantin lelaki, Mohd Noorzamee Mohd Aris (gambar bawah) sambil diperhatikan isterinya, Rusni Sidek di Dewan Akira, Seberang Jaya.
Click here!

Polis akan bertindak terhadap penyokong PKR belasah dua jurugambar


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjawab soalan wartawan sambil diperhatikan dari kiri, calon Barisan Nasional Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada sidang media di Seberang Jaya, semalam.

BUKIT MERTAJAM: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penyokong parti politik yang membelasah dua jurugambar media pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, kelmarin.

Pada masa sama, polis memberi jaminan akan membuat pemantauan berterusan bagi mengelak berulangnya kejadian tidak diingini sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Jaminan itu diberi Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, semalam.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menyifatkan tindakan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang dua jurugambar itu sebagai amat memalukan.

Perdana Menteri berkata, semua pihak patut menggunakan proses demokrasi dengan cara yang betul untuk berkempen bagi memilih wakil masing-masing ke Parlimen.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

"Bertindak liar, ganas dan mencederakan seseorang itu adalah satu kesalahan jenayah dan pihak terbabit patut dikenakan tindakan," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jawatankuasa dan pegawai masjid serta pemimpin masyarakat Cina Parlimen Permatang Pauh di Seberang Jaya dekat sini, semalam.

Dalam kejadian berdekatan pusat penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun itu, jurugambar The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Mohd Sairien Nafis, 26, cedera di pinggang, manakala kameranya bernilai kira-kira RM15,000 dirampas penyokong PKR.

Turut diserang dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu ialah jurugambar agensi berita asing, Halim Berbar.

Abdullah berkata, semua pihak perlu menghormati undang-undang dan tidak bertindak sesuka hati.

CEDERA: Jurugambar NSTP, Mohd Sairien Nafis dipukul selepas penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, kelmarin.
"Kalau berlaku macam itu, ia menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang dan nak harapkan orang seperti ini membantu memenangkan calon mereka. Ini tidak wajar sebenarnya," katanya.
Perdana Menteri berkata, walaupun rakyat diberi kebebasan memilih wakil mereka, ia ada had dan bukan dengan mengadakan demonstrasi.
"Inikah demokrasi yang dikatakan oleh pihak Barat, mesti ada demonstrasi untuk menuntut kebebasan, seolah-olah negara ini tidak ada kebebasan.

"Surat khabar macam-macam tulis dan mengata kita dan internet juga, tetapi orang kata masih tidak bebas lagi. Nak bebas macam mana, saya pun hairan apa kebebasan yang dituntut sekarang. Mana boleh kebebasan yang tiada had dalam dunia ini," katanya.
Ismail yang dihubungi Berita Harian di Kuala Lumpur pula, menasihatkan orang ramai supaya tidak panik kerana keadaan di Permatang Pauh masih selamat dan terkawal.

Beliau juga berkata, penambahan anggota polis di Permatang Pauh akan dibuat mengikut keadaan dan keperluan.

Sementara itu, Mohd Bakri mengesahkan polis sudah menerima laporan berhubung salah laku penyokong parti terbabit.
"Polis akan menyiasat dan bertindak tegas. Saya mahu beri amaran kepada semua pihak supaya jangan mengambil tindakan undang-undang secara sendiri," katanya.
Mengenai dakwaan sekumpulan ahli Puteri Umno diraba di punggung dan diludah penyokong PKR, Mohd Bakri meminta mangsa membuat laporan polis kerana perbuatan itu satu jenayah cabul.

"Kita tidak boleh mengambil tindakan berdasarkan andaian atau laporan akhbar semata-mata, sebaliknya pihak terbabit perlu membuat laporan," katanya.

Budak PKR langgar semua kereta penyokong UMNO depan pejabat bahagian

Kira jam 10 malam semalam seorang pemuda penyokong parti Keadilan yang membawa kereta wira telah melanggar semua kereta dan motor yang parking dihadapan pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh. Penyokong UMNO telah menyerbu dan memukul budak berkenaan dan pihak FRU telah menutup jalan bagi menenangkan keadaan pada malam semalam.