Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, August 16, 2008

WAKIL PEMUDA BATU BANTAH FORUM MAJLIS PEGUAM MALAYSIA - JANGAN BERMAIN DENGAN API !

Wilayahkini - Isu mengenai Forum yang bertajuk "Memeluk Islam" yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia masih menjadi tajuk hangat diperbahaskan setiap hari di media massa dan juga media alternatif.

Forum tersebut juga menerima tamparan yang hebat apabila dibatalkan ekoran daripada bantahan yang keras daripada masyarakat Islam , beberapa NGO dan tidak lupa Wakil Pemuda UMNO Batu, Wilayah Persekutuan (Gambar) yang turut menyertai majlis demontrasi tersebut dan membantah dengan keras tindakan Majlis Peguam Malaysia yang disifatkan sebagai boleh mendatangkan kemudaratan dari segi hubungan kaum dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Dalam emel yang dihantar ke Wilayahkini, pengirimnya Ahmad Fariz juga menyatakan rasa kekesalan Wakil Pemuda UMNO Batu dengan tindakan Majlis Peguam Malaysia. Beliau antara lain dengan lantang bertanya "Mengapa Perlekeh Islam?". Beliau memberikan amaran kepada Majlis Peguam Malaysia supaya jangan bermain dengan api.

Wilayahkini juga tertarik dengan satu lagi komen - mengenai tajuk yang sama dari Princess Aurora.

DARI PERMATANG PAUH….




8.40 pagi - Sabtu suasana di sekitar pusat penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainon dekat Bukit Mertajam terkawal walaupun ‘ agak panas’.Jumlah para penyokong pembangkang yang berkumpul di kawasan sekitar itu nampaknya jauh melebihi penyokong Barisan Nasional.Pada waktu berita ini ditulis Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengiringi calon BN Datuk Ariff Shah Omar Shah masuk ke pusat penamaan calon.Ramai para pemimpin BN turut hadir untuk memberi sokongan moral.

9 pagi - SEPERTI YANG DIRAMALKAN...calon Angkatan Keadilan Islam (AKIM),serpihan PAS, Hanafi Hamat sudah kelihatan di pintu masuk pusat penamaan calon.Ini bakal jadikan pertandingan tiga penjuru pilihanraya kecil Permatang Pauh.Datuk Seri Anwar Ibrahim pun sudah tiba diiringi beberapa tokoh pembangkang termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan orang kuat DAP Lim Kit Siang.

9.50 pagi - ...JANGAN DAHULUI KUASA TUHAN...itu kata Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang geram melihat gelagat sesetengah para penyokong pembangkang di Permatang Pauh yang disifatkannya terlalu taksud dengan Anwar.Bercakap pada para wartawan di pusat penamaan calon pilihanraya kecil itu pagi ini Shahrizat kata ini adalah pilihanraya kecil paling teruk pernah dihadirinya setakat ini.Beliau kesal melihat cara sebilangan penyokong pembangkang suka tunjuk tanda lucah dan sebagainya.

10 pagi - MUNGKIN EMPAT PENJURU..Selain calon BN Ariff,PKR Anwar dan AKIM Hanafi ...turut kelihatan masuk ke pusat penamaan calon ialah bekas pemimpin PKR P.Pinang Dr Mansor Othman.Beliau juga disebut-sebut nak tanding sebagai calon bebas.

10.39 pagi - SPARE TYRE...Pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh Mustapha Kamal Yusuf sahkan bahawa Dr Mansor Othman yang turut kemukakan borang pencalonan sebagai calon bebas cuma 'spare tyre' jika apa-apa berlaku pada borang pencalonan Anwar.Naib Presiden PKR Azmin Ali juga sahkan Dr Mansor masih ahli PKR.Dr Mansor dikatakan akan tarik diri bila semunya beres.

11.44 pagi - TIGA CALON SAHAJA...SPR umum senarai calon selepas selesai waktu bantahan.Sah hanya tiga calon saja akan berentap dalam pilihanraya kecil itu BN Ariff Shah,PKR Anwar manakala AKIM Hanafi.Apapun bermula dengan cuaca dan suasana panas tetapi berakhir dingin bila hujan turun dengan lebat sekali di kawasan itu tidak lama selepas penamaan calon selesai.

Galeri gambar sekitar penamaan calon di Permatang Pauh

JanaWangRapid.com

Bukan plot atau gimik politik - Najib

Tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat sumpah laknat yang beliau diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan satu plot politik kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata ia adalah urusan peribadi antara Mohd Saiful dengan bekas majikannya itu.
"Ia bukannya satu plot politik kerana Mohd Saiful sendiri menjelaskan semalam bahawa ia adalah urusan peribadi (antara Mohd Saiful dan Anwar)," katanya.
Click here!

Saiful bersumpah

MOHD. Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah sambil diperhatikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim (kanan) dan imam masjid, Ramlang Porigi (kiri) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR - Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam (15hb Ogos 2008/Jumaat) melafazkan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang demi membuktikan dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Beliau berbaju Melayu coklat sambil memegang Al-Quran duduk menghadap kiblat ketika melafazkan sumpah di Dewan Solat Utama Masjid semalam.
“Bismillahirrahmanirrahim, pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan, nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687, dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

“A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga ke kiamat. Wallahualam.”
Beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali dan diikuti bacaan Surah Al-Fatihah.

Turut sama menyaksikan lafaz sumpah ialah pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), beberapa pegawai masjid dan ahli keluarganya.

Lagi galeri gambar 'demam' pilihan raya Permatang Pauh


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (berkemeja biru) mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah (berbaju Melayu kuning) tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.
Turut mengiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam
(berbaju kemeja putih).

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) diiringi isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (kiri), Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (belakang, tengah) ketika tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun, di sini hari ini.

Pelbagai aksi ditunjukkan oleh para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkumpul di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini yang menjadi pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerbu seorang penyokong Barisan Nasional (BN) (tiga, kiri) yang lalu di hadapan mereka semasa menuju ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.

Beberapa anggota Puteri UMNO memberi bantuan kepada seorang rakan mereka yang pengsan ketika memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah yang mengemukakan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh di institut itu hari ini.

Calon Barisan Nasional Datuk Seri Arif Shah Omar Shah (kanan) bersalaman dengan barisan pemuda Umno selepas melancarkan jentera pemuda Umno Permatang Pauh, semalam.

Calon Barisan Nasional Datuk Seri Arif Shah Omar Shah bersama-sama barisan pemuda Umno selepas melancarkan jentera pemuda Umno Permatang Pauh, semalam.

Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disambut anggota-anggota Wanita dan Puteri UMNO semasa mengadakan perjumpaan tertutup bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika hadir di sesi taklimat mengenai persiapan anggota polis pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah, semalam.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Wira Ayob Yaakob (kanan).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sesuatu pada sidang media mengenai persiapan anggota polis pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah, semalam.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Wira Ayob Yaakob (kiri).

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan exco pemuda Datuk Mukhriz Mahathir ketika hadir pada pelancaran Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh, semalam.

Beberapa Pemuda Barisan Nasional (BN) mencuba pakaian dan topi BN yang diberikan bagi membantu BN menghadapi pilihan raya Kecil Permatang Pauh pada pelancaran Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh, semalam.

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (empat dari kanan) bersama ketua-ketua pemuda Barisan Nasional (BN) melaungkan "Barisan Boleh" pada pelancaran Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh. Turut hadir Ketua Pemuda MCA Datuk Liow Tiong Lai (tiga dari kanan), semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (tengah) bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh (P44) Datuk Arif Shah Omar Shah (kiri) pada majlis perjumpaan Jentera UMNO Pilihan Raya kecil Permatang Pauh, semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (kiri) mendengar sesuatu dari calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh (P44) Datuk Arif Shah Omar Shah pada majlis perjumpaan Jentera UMNO Pilihan Raya kecil Permatang Pauh, semalam.

Jentera pilihan raya BN (dari kanan) Mohd. Faizal Zakaria, Mohd. Nazi Ishak, Norsidi Arope, Mohd. Fadzli Zaidi, Jamhaizal Norsidi dan Aidil Musraffix Hasnol menggunakan 'masking tape' untuk memadamkan perkataan kerusi Dun Seberang Jaya bagi menggantikan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk pilihan raya kali ini di pusat operasi Seberang Jaya, semalam.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Siti Noor Akasyah Jalil (kiri) dan Azlina Alias sibuk membuat persediaan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh di Maktab Perguruan Tuanku Bainun bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon, semalam.

Jalan sesak apabila demam pilihan raya bermula sepanjang jalan di Permatang Pauh, semalam.

Anggota-anggota polis memasanga kawat duri di Padang Maktab Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini sebagai persediaan untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, semalam.

3 penjuru di Permatang Pauh

Malaysiakini - Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Menurut Roslan, Suruhanjaya Pilihanraya menerima lims bantahan tetapi semuanya ditolak. -->>lanjut