Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, August 15, 2008

Lagi gambar ‘demam’ pilihan raya Permatang Pauh

Petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika menghadiri majlis taklimat Pilihan Raya Kecil Permatang Pauhdi Institut Perguruan Tengku Bainundi Bukit Mertajam, semalam.

Petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melihat beg-beg yang akan digunakan pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh selepas menghadiri majlis taklimat di Institut Perguruan Tengku Bainundi Bukit Mertajam, semalam.

Kampung Sama Gagah di Permatang Pauh telah bersedia dengan mood pilihan raya dengan menyediakan pusat operasi Barisan Nasional.

Jalan Kubang Semang di Permatang Pauh telah dihiasi dengan bendera Barisan Nasional dan Umno.

Jalan Kubang Semang di Permatang Pauh bukan sahaja dihias dengan bendera Barisan Nasional dan Umno malah turut sertadengan bendera festival ‘Hantu Lapar’.

Pelajar sekolah berbasikal melintasi barisan bendera Parti Keadilan Rakyat yang terletak di ‘flyover’ berdekatan Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh.

Beberapa anggota jentera kempen pilihan raya UMNO menyusun poster Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Mohd Najib Tun Abdul Razak di Bilik Gerakan Permatang Pauh sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Bukit Mertajam, semalam.

Sebuah kenderaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membawa bendera PKR mengadakan kempen pilihan raya di kawasan Kubang Semang,di Bukit Mertajam, semalam.

Barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) beramah mesra dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh Datuk Ariff Shah Omar Shah (kanan) ketika menghadiri Mesyarat Khas Exco Pemuda UMNO sempena pilihan raya kecil Pematang Pauh di Bukit Mertajam, semalam. Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (kiri).

Barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua kiri) memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh Datuk Ariff Shah Omar Shah (tiga, kanan) ketika menghadiri Mesyarat Khas Exco Pemuda UMNO sempena pilihan raya kecil Pematang Pauh di Bukit Mertajam, semalam. Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (kiri).

Calon Barisan Nasional pilihan raya Permatang Pauh, Datuk Arif Shah (kanan) menulis kaligrafi Cina “We are a big family” sambil diperhatikan oleh anak-anak dan isterinya.

Jangan diuji ‘ amuk’ Melayu – Zahid

Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam Malaysia dan cadangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim membuka ruang bagi kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM terus mencetuskan gelombang kemarahan masyarakat Melayu negara ini.

Khamis bertempat di Dewan Intekma UITM Shah Alam lebih 500 pelajar ahli GPMS cawangan UITM Shah Alam mendengar ucapan panas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi majlis perasmian Himpunan Pelajar Melayu Merdeka anjuran GPMS.

Mereka disertai Timbalan Naib Canselor UITM Datuk Seri Ibrahim Abu Shah, Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Timbalan Pengerusi Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS) Datuk Abdul Rahman Palil.

Zahid dengan tegas memberi amaran agar tidak menguji 'amuk' orang Melayu, jangan soal kedudukan agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.
"Hentikanlah mempertikaikan hal itu, samada ianya dari orang Melayu sendiri ataupun bangsa lain kerana dua perkara itu kita tidak boleh kompromi," katanya.

Menurutnya, apabila orang Melayu disentuh tentang soal Islam, ianya telah menyentuh hati nurani orang Melayu kerana orang Melayu itu Islam dan Islam itu adalah Melayu di Malaysia.

"keharmonian harus diwujudkan, kesefahaman yang ada dalam politik, sosial dan pendidikan, ianya harus diterjemahkan dengan baik dan saya harap hentikanlah kerana orang Melayu tidak mahu menggunakan istilah 'amuk' semula sebagai termaktub dalam kamus Oxford dan kamus-kamus yang lain," katanya.
Semasa ditanya wartawan di luar dewan mengenai isu-isu tersebut dibangkitkan kerana kelemahan pemimpin Melayu, Zahid menafikannya tetapi menganggap ada pihak yang mencari ruang kosong untuk menikam orang Melayu dari belakang.
"Saya tidak mahu ada pemimpin Melayu digunakan oleh orang lain untuk menikam bangsanya sendiri, ini harus ada kesedaran daripada kita (orang Melayu)", tegasnya.
Mengulas kebangkitan orang Melayu ekoran isu-isu terkini, Zahid menyeru semua pihak tanpa mengira batasan politik Melayu Islam tetapi semua NGO dan institusi Melayu Islam harus bersatu sebab maruah serta status mereka telah disentuh samada dikalangan orang Melayu atau bukan Melayu.
"Kita harus pertahankan, tidak ada kompromi," tambahnya.
Dalam isu UITM, Zahid lebih suka Menteri Besar Selangor itu tidak minta maaf kerana pemimpin itu harus bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan. Menurutnya, Khalid menyalahkan media dalam perkara ini tanpa beliau sedar bahawa sebagai pemimpin apa yang terlontar dari mulutnya adalah pertanggungjawapannya dan jangan salahkan media.
"Kita tidak mahu menafikan hak bangsa dan kaum lain, itu juga hak yang termaktub dan kita tidak mahu menyentuhnya, bagaimana kita tidak mahu orang menyentuh hak kita," katanya.
Di awal ucapan Zahid memetik ungkapan mantan Presiden MIC merangkap Menteri Kerjaraya Pos dan Telekom mendiang Tun VT. Sambathan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965"… Saya bernasib baik dilahirkan di negara ini, dimanakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain dari bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapatkan layanan politik yang baik untuk kaum pendatang, di manakah dalam sejarah dunia…"

Zahid meminta semua pihak merenungi ungkapan itu yang merupakan mukkadimah untuk memperlihatkan betapa pemimpin-pemimpin bangsa lain yang pernah menjadi tonggak kemerdekaan Malaya ketika itu kepada Persekutuan Tanah Melayu dan mencatatkan dalam sejarahnya bahawa bangsa Melayu adalah bangsa induk yang bersopan santun dan menerima bangsa lain untuk jadi warga negara Malaysia.
"Saya tidak faham, kalau pemimpin bangsa lain boleh menghargai bangsa Melayu tapi mutakhir ini ada pemimpin bangsa Melayu yang menjolok 'sarang tebuan' kepada orang Melayunya sendiri," katanya.
Menurut Zahid, UITM telah diwujudkan kerana mahu memartabatkan Melayu dan atas sebab Melayu tertinggal maka kewujudannya telah dapat menyamatarafkan kedudukan orang Melayu dengan bangsa lain di negara ini.
Dengan mendapat tepukan gemuruh dan bersemangat dari para pelajar, Zahid menegaskan,"ini adalah soal maruah kita…ini bukan soal keistimewaan yang ada dalam perlembagaan, ini hak kita tanpa kita mengenepikan hak bangsa atau warga negara lain…ini hak kita, jangan sesiapa yang cuba menganggu-gugat Perkara 121 dan Perkara 153 dalam perlembagaan."

"Saya lihat pertama kali dalam sejarah politik tanahair semua pemimpin di dalam kepelbagaian parti politik dan NGO bersatu padu atas nama agama dan bangsa kerana kita tidak mahu ada orang lain mempertikaikan hak kita yang telah dipersetujui sebagaimana telah disebut oleh Tun Sambathan dan pemimpin-pemimpin lain, mereka ini pemimpin yang bertopengkan kekucing kurapan yang tidak pernah tahu sejarah," katanya.

"kalau bukan bangsa Melayu yang jadi pemimpin jangan harap pemimpin-pemimpin itu, pertubuhan NGO itu menjadi profesional sebagai peguam.

"Kalau bukan kerana sopan santun orang Melayu, jangan harap ada peluang pendidikan diberikan pada mereka, jangan harap ada peluang ekonomi pada mereka… atas nama orang Melayulah mereka dimakmurkan dan diberikan kuasa politikdi negara ini.

"Tapi jangan, apabila betis telah diberi ianya sudah mula naik ke paha.

"UITM tidak ada agenda tersembunyi, ianya telah menterjemahkan apa yang tersirat dan tersurat untuk orang Melayu tanpa UITM tidak ada ramai professional Melayu yang akan menggerakkan dan memperkasakan ekonomi di Malaysia ini, hanya UITM menjadi wadah utama untuk memprofesionalkan orang Melayu di negara kita ini," katanya.
Beliau seterusnya mahu orang Melayu melihat bahawa terdapat duri dalam daging yang perlu dicabut kerana telah membusukkan orang Melayu.
"Jangan ajak orang Melayu mengamuk dan jangan ajar orang Melayu seperti 'Harimau yang makan daging', jangan sesiapa yang cuba menjolok sarang tebuan dan jangan sesiapa yang cuba bermain api dengan bangsa Melayu. Dan 'amuk' ini ada dalam darah orang Melayu tanpa diminta oleh sesiapa pun. Melayu akan mengamuk bukan dengan tidak ada emosi dan tidak ada inti intelektual tetapi itu sifat orang Melayu," kata Zahid.

"Jangan suruh orang Melayu mengamuk kerana apabila haknya dicabar, apabila maruahnya digadai maka orang Melayu akan menterjemahkan 'amuk' itu dalam makna yang sebenarnya.

Saya harap bukan sekadar 5000 orang pelajar UITM berarak, saya mahu 200 ribu siswa dan siswi UITM agar bangun dan memperlihatkan pada mereka bahawa kita tidak boleh diperkotak-katikkan. Jiwa saya adalah jiwa Melayu yang tidak boleh dirobak-rabikkan semangatnya." ujarnya.

Video temuramah Datuk Arif Shah Omar Shah

JanaWangRapid.com

PEMUDA BN TIDAK LAYAN PROVOKASI PKR - HISHAMMUDDIN

Butterworth – Pemuda Barisan Nasional (BN) tidak akan terperangkap dengan sebarang bentuk provokasi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata jentera BN tidak akan melayani sebarang bentuk provokasi murahan, sebaliknya akan memberikan tumpuan kepada gerak kerja dan strategi parti dalam usaha memastikan kemenangan BN pada pilihan raya tersebut.

Menurut beliau jentera Pemuda BN telah dididik serta diasuh dengan penuh disiplin untuk menentang lawan mereka dan bukannya digilap mantap untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini dalam mana-mana kempen pilihan raya.
"Parti lawan sudah pasti akan mencabar kesabaran kita sepanjang tempoh kempen nanti. Tambahan pula ini merupakan kubu kuat mereka dan kita sudah masak dan faham dengan tingkah laku mereka dalam pilihan raya sebelum ini.

"Sebab itulah saya beri penekanan agar jentera kita bersabar dan tidak terpengaruh dengan provokasi mereka. Ini merupakan peringatan awal kita dan Pemuda BN akan mendekati akar umbi untuk menyampaikan maklumat dan informasi yang benar demi kebaikan dan kepentingan mereka di Permatang pauh ini.
"Malah komitmen Pemuda BN di semua peringkat berada dalam momentum yang cukup tinggi untuk membantu BN berdepan dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini", katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Pemuda BN di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Sdr Khairy Jamaluddin, Setiausaha Pemuda BN, Datuk Abd Rahman Dahlan, Bendaharinya, Datuk Abd hamid Nazahar dan Ketua-Ketua Pemuda parti komponen termasuk daripada Sabah dan Sarawak.

AntaranyaDatuk Liow Tiong Lay (Pemuda MCA), Datuk Seri Tiong King Seng (SPDP), T Mohan (Pemuda MIC), T Murugiah (Pemuda PPP), Donald Peter Mojuntin (Pemuda UPKO), Jahid Jahim (Pemuda PBS) dan Chin Shu Ying (Pemuda LDP).

Hishammuddin yang juga Ketuan Pemuda UMNO seterusnya menaruh keyakinan BN mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sekiranya strategi kempen yang dijalankan memenuhi cita rasa penduduk tempatan.

Justeru katanya pergerakan itu akan berjuang habis-habisan untuk memastikan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah mencapai kemenangan kelak untuk memberi khidmat pembelaan terbaik kepada penduduk Permatang Pauh.
"Bukan sesuatu yang mustahil bagi penduduk di kawasan berkenaan untuk menukar undi mereka kali ini sekiranya calon yang dipilih memenuhi cita rasa mereka.

"Walaupun Permatang Pauh adalah kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun berdasarkan sejarah, mereka boleh menukar undi, jadi bukan alasan kenapa mereka tidak boleh mengundi calon BN," katanya.
Click here!

Lagi kemarahan pelajar UiTM merebak kini ke Sarawak pulak

Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera merebak hingga ke Sarawak.

Seramai 1,500 pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan berkumpul dan berarak bagi menyuarakan bantahan mereka itu mengenai cadangan itu yang disifatkan mereka mencabar hak istimewa kaum bumiputera, hari ini.

Perhimpunan yang bermula pada pukul 11 pagi di Bangunan Pusat Pelajar itu kemudiannya berarak ke pintu hadapan kampus untuk menyerahkan memorandum bantahan yang ditandatangani oleh 3,834 pelajar kepada pihak pentadbiran universiti.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM itu, Dinie Zulhilmi Sulaiman berkata, mereka telah membuat dua salinan memorandum bantahan tersebut untuk diserahkan kepada Abdul Khalid dan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

5,000 pelajar UiTM Permatang Pauh bantah

Hari ini kira-kira 5,000 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Permatang Pauh pula mengadakan perhimpunan aman memprotes cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Kumpulan penuntut itu yang turut memakai pakaian serba hitam diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu, Mohd Faizal Zainol di Padang UiTM Permatang Pauh sejak jam 9 pagi selama sejam sambil menyanyikan lagu rasmi universiti serta lagu patriotik seperti 'Anak Kecil Bermain Api'.

Mereka turut membawa pelbagai sepanduk bertulis 'Hidup Melayu', 'UiTM Milik Melayu' dan 'Jangan Jual Bangsa Melayu' sambil melaung-laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.

Perhimpunan itu berakhir selepas Mohd Faizal menyerahkan memorandum yang ditandatangani mereka kepada Timbalan Pengarah Bahagian Akademik UiTM, Dr Mohd Abdullah Hemdi.

Mohd Abdullah memberitahu pemberita bahawa memorandum itu akan diserahkan kepada Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah untuk dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Mohd Faizal berkata pelajar UiTM kesal dengan tindakan Abdul Khalid itu kerana sanggup mengemukakan syor yang dianggapnya menjual maruah bangsa di tanah air sendiri.
"Kalau Abdul Khalid tidak tarik balik kenyataan beliau, semua warga UiTM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam.

"Kami berharap isu kuota bukan Bumiputera untuk masuk ke UiTM sebagai pelajar tidak perlu dibincangkan lagi. Kami kesal Abdul Khalid membelakangkan hak kaum sendiri," katanya.
Semalam kira-kira 20,000 penuntut cawangan UiTM di enam kampus iaitu di Seri Iskandar (Perak), Arau (Perlis), Bandar Jengka (Pahang), Melaka, Sungai Petani (Kedah) dan Kuala Terengganu (Terengganu) mengadakan perhimpunan bantahan di seluruh negara.

Penuntut di kampus induk di Shah Alam, Selangor dan cawangan di Machang, Kelantan mengadakan perhimpunan yang sama pada Rabu lalu.

Arif Shah The Giant Killer... ???

p/s : yang pastinya, orang dalam gambar ni komfem undi Arif Shah... alaaahai...
CALON dengan nama yang bermula huruf 'A' sudah pasti akan bertembung di Permatang Pauh. Yang menarik, Datuk Arif Shah Omar Shah merupakan 'anak buah' Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lebih sedekad lalu.

Kali ini mereka akan bertemu semula dari sudut yang berlainan - masing-masing sebagai calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Arif merupakan satu-satunya calon BN menguasai salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu.

Dengan itu beliau mewarisi harapan BN agar mendapatkan semula kerusi Permatang Pauh yang dikuasai pembangkang - Pakatan Rakyat.

Masing-masing calon - jika melepasi hari penamaan calon Sabtu ini merupakan muka yang tidak asing kepada lebih 50,000 pemilih Permatang Pauh.

Di sebalik kesibukan merebut jawatan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Arif Shah kini menjadi tumpuan seluruh negara sejak malam semalam selepas diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

BN dan Pakatan Rakyat yakin akan memperoleh kemenangan di Permatang Pauh.
"Saya sudah bersedia untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mungkin popular, tetapi saya tidak bimbang dengan beliau.

"Saya akan jadi giant killer kali ini. Saya mengenali beliau dari dulu lagi. Saya merupakan Ketua Pemuda Umno semasa Anwar menjadi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh," kata beliau selepas diumumkan sebagai calon Umno dan BN bagi pilihan raya kecil kawasan Permatang Pauh.
Anwar merupakan bekas wakil rakyat Permatang Pauh - dari 1982 hingga 1999 dan diketuai isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding kali pada pilihan raya umum 1999 dan memenangi dua pilihan raya umum susulan.

Kelmarin ketika mengumumkan calon BN, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN serta Timbalan Presiden Umno berkata, pemilihan Arif Shah, 52, dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor tempatan dan semasa.

Kata Najib, beliau adalah calon terbaik menentang Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk merebut kerusi kawasan parlimen berkenaan.

Anwar pula ketika dihubungi wartawan malam semalam untuk mendapatkan ulasan mengenai pemilihan Arif Shah berkata beliau akan mengadakan sidang media waktu terdekat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengunduran penyandangnya Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PKR pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga penasihat parti itu.

Penamaan calon ialah Sabtu ini.

Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Seberang Jaya yang diwakili oleh Arif Shah, Permatang Pasir (diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS) dan DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR.

Arif Shah mula terpilih sebagai ADUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum 2004 dengan mengalahkan calon PKR Dr Mansor Othman dengan majoriti 4,464 undi.

Pada pilihan Mac lepas beliau mengekalkan kerusi DUN itu untuk penggal kedua menewaskan calon PKR Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.

Pemilihan Arif Shah juga adalah atas faktor kemenangannya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum lepas.

Arif Shah dilahirkan di Pulau Pinang dan berpendidikan sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina di Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Beliau petah berbahasa Mandarin dan Hokkien dan kefasihannya bertutur bahasa itu menyebabkan ramai kaum Cina kagum dengan ucapannya.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Seberang Jaya dan ketua penerangan tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam parti pada pemilihan lepas.

Dalam laman web peribadinya http://arifshah.com Arif Shah berkata: "Harapan beliau ialah supaya YAB pucuk pimpinan parti akan memberi peluang kepada beliau untuk terus disambung menjadi calon di dalam pilihanraya akan datang dan berdoa untuk memenangi di dalam pilihanraya tersebut dengan majoriti yang lebih tinggi .

"Semoga beliau akan memberikan sumbangan tenaga, idea dan kepakaran bukan sahaja di peringkat kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya tetapi ke peringkat Negeri Pulau Pinang dan Pusat. Insya-Allah."

Apakah impian beliau itu akan menjadi kenyataan pada 26 Ogos ini?

p/s : bila anak buah bertemu bapak buah... ;)
Click here!

Gambar sekitar kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh


Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh (P44) Datuk Ariff Shah Omar Shah menunjukan buku "tiga 555" yang selalu dibawanya untuk menulis masalah rakyat ketika mengadakan sidang media di rumahnya di sini, hari ini. Ariff Shah, 52, yang fasih berbahasa Mandarin dan Hokkien menjadikan beliau mudah didampingi dengan pengundi kaum Cina di kawasan itu.


Datuk Ariff Shah Omar Shah menunjukan kebolehannya membaca akhbar berbahasa Cina selepas mengadakan sidang media di rumahnya, semalam. Ariff Shah, 52, yang fasih berbahasa Mandarin dan Hokkien menjadikan beliau mudah didampingi dengan pengundi kaum Cina di kawasan itu.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ariff Shah Omar Shah yang akan bertanding pada pilihanraya Kecil Pematang Pauh 26 Ogos ini yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pusat Konvensyen Sunway Carnival kelmarin. Ariff Shah, 52, ialah Anggota Dewan Undangan Seberang Jaya yang memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac Lepas.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya Kecil Pematang Pauh Datuk Ariff Shah Omar Shah selepas majlis pengumuman calon di Pusat Konvensyen Sunway Carnival kelmarin. Turu hadir Pengerusi BN Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.


Mula berkempen: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ceramahnya di Yayasan Aman di Penanti, Permatang Pauh kelmarin.


Anwar meneruskan kempen ceramahnya di Kampung Kota in Permatang Pauh, kelmarin.

Siapakah Arif Shah??

Keahlian UMNO sebelum UMNO Baru diwujudkan. Secara rasmi beliau merupakan ali UMNO semenjak 13hb January 1989 dengan nombor keahlian 00483844

Jawatan-jawatan politik yang disandang -

1. Ahli UMNO Cawangan Tuna;
2. Bertukar menjadi Ahli UMNO Cawangan Sri Kalui;
3. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Kalui;
4. AJK beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
5. Pengerusi beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
6. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh;
7. Bendahari Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang;
8. AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh;
9. Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh; dan
10. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh.


Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya (N10).

Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan-kegiatan NGO. Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

1. Pengerusi Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Negeri Pulau Pinang;
2. Timbalan Pengerusi PEMADAM Seberang Perai Tengah;
3. Ahli Lembaga Pengarah Kooperasi Seberang Jaya Berhad;
4. Penasihat Kelab Belia Tamil Permatang Pauh; dan
5. Penaung dan Penasihat kepada kepada banyak Pertubuhan NGO di Peringkat Negeri dan Pusat.


Setelah diberi peluang oleh YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk beliau menjadi calon pilihanraya pada Tahun 2004, beliau telah memenangi pilihanraya tersebut dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya N10 dengan memperolehi majoriti 4464 undi.

Beliau telah mewujudkan beberapa sekretariat-

1. Sekretariat Permasalahan Rakyat;
2. Sekretariat Sumber Manusia;
3. Sekretariat Kebajikan;
4. Sekretariat Keselamatan;
5. Sekretariat Hal Ehwal Cina;
6. Sekretariat Hal Ehwal India;
7. Unit Agama Islam dan Qariah;
8. Unit Perhubungan Awam dan lain.


Untuk mencapai ke tahap cemerlang Pusat Khidmat YB Arif Shah telah diiktiraf dengan Persijilan ISO 9001 2000.

Pusat Khidmat YB Arif Shah adalah di antara Pusat Khidmat yang paling aktif dengan berbagai kegiatan dan aktiviti dijalankan dari masa ke semasa.

Arif Shah sedia beri laluan ketua bahagian

BUKIT MERTAJAM - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Arif Shah Omar Shah tidak berhasrat untuk merebut jawatan Ketua Umno Bahagian itu jika menang pilihan raya 26 Ogos ini.

Katanya beliau akan memberi laluan kepada penyandang iaitu Datuk Abdul Jalil Majid atau sesiapa yang lain untuk memegang jawatan ketua Umno bahagian itu.
“Jika saya menang pada pilihan raya kecil ini saya mahu berkongsi kuasa sebagai wakil rakyat dengan kepemimpinan Umno,” katanya selepas bertemu jentera pilihan raya Umno bahagian itu, malam tadi.
Arif Shah adalah antara ketua cawangan dalam Umno Bahagian Permatang Pauh yang mendapat pencalonan untuk bertanding menentang Abdul Jalil.

Beliau berkata, kepemimpinan Umno bahagian itu telah memberikan kerjasama yang baik dalam membentuk jentera pilihan raya.
JanaWangRapid.com

Azalina serah pada lembaga disiplin

Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said berkata, beliau menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan berlakunya politik wang di Pengerang.
"Saya percaya kepada lembaga disiplin untuk menjalankan siasatan tersebut. Saya tidak tahu mengenai dakwaan itu.

"Bagaimanapun, sehingga ini saya belum disiasat berhubung dakwaan tersebut," katanya dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.
Baru-baru ini Ketua Umno bahagian Pengerang, Datuk Harun Abdullah mendakwa seorang pemimpin bahagian berkenaan telah membahagikan wang kepada ahli Umno untuk mendapatkan pencalonan.

Harun mendakwa, ada yang dapat RM50, RM100 malah RM1,000.

Harun gagal mendapat minima 20 peratus atau tujuh pencalonan untuk membolehkannya mempertahankan jawatan tersebut.

Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Selat hanya mendapat empat pencalonan, manakala Azalina 27 pencalonan.

Berikutan itu, Azalina yang kini naib ketua bahagian, menang tanpa bertanding jawatan ketua bahagian.

Harun menjadi ketua bahagian Pengerang sejak 2004 selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya Parlimen Kota Tinggi. Sebelum itu beliau merupakan timbalan ketua bahagian Kota Tinggi.

Beliau juga sudah dua penggal menjadi Adun Tanjung Selat. Sebelum ini, Harun merupakan Adun Pengerang pada 1999.
Click here!