Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, July 31, 2008

KHIR TOYO DITENTANG DI BAHAGIAN SUNGAI BESAR

Dari blog - dkuris.blogspot.com

Wah, nampaknya perebutan jawatan diperingkat UMNO Bahagian dinegeri Selangor semakin rancak. Setahu saya, Bahagian Sepang, Kelana Jaya, Tanjung Karang, PJU dan PJS yang tiada pertandingan. Terakhir saya dengar Khir Toyo juga akan ditentang. Saya hairan kenapa bekas Menteri Besar ini ditentang apakah tidak cukup kuat walhal pernah bergelar YAB dan ahli MKT nombor satu. Apakah dia tidak berjasa di Sungai Besar atau ramai ahli yang tidak puashati. Memanglah tidak mudah menjaga semua orang tetapi orang menilai kita dan dapat menghidu apa yang kita rancang. Saya percaya Khir Toyo boleh menang di dalam pertandingan ini. Ini perlu baginya kerana beliau ingin bertanding Ketua Pemuda Malaysia.

Khir Toyo mungkin melalui zaman kejatuhanya kerana selepas negeri Selangor tewas dibawah pemerintahanya dia melepaskan jawatan Pengerusi UMNO Perhubungan atas tekanan daripada ramai Ketua Bahagian. Kemudian hari ini dia dicabar di Bahagian sendiri. Sekiranya tewas mempertahankan jawatan tersebut saya rasa berakhirlah kerier politiknya. Jika menang, Khir Toyo bolehlah bertanding Ketua Pemuda Malaysia tetapi saya tidak tahu samada UMNO Selangor merestuinya sebagai calon negeri atau tidak. Saya percaya selain daripada saya ramai Ketua Bahagian yang diketepikan oleh Khir Toyo bertanding didalam pilihanraya yang lepas atas pelbagai alasan menyimpan perasaan kecewa denganya.

Apapun saya tetap ingin melihat kejayaan sahabat saya itu. Saya harap perancangan beliau kali ini akan lebih bersifat 'berhemah' iaitu tidak menjatuhkan mana-mana pihak kerana ingin naik. Kurangkan sifat mencurigai dan lebih 'friendly' rasanya perlu diamalkan oleh beliau. Belajarlah dengan Muhammad Taib yang pernah jatuh dan bangun didalam politik. Lihat bagaimana beliau berinteraksi dengan orang ramai. Inilah yang perlu sama-sama kita pelajari.